Monday, September 30, 2013

Launch SERO,NOK di Central Market Annexe, 28 Sept 2013


Aku sampai CM 11.30 tetapi orang dah pun ramai. Dalam dewan kecil itu Hassan Mutalib mula bagi talk. Aku berdiri sebelah meja jual bukunya. Nak beli ke tak nak? Memang aku pikir datang kesini nak beli buku tu. Tunggu punya tunggu piir punya pikir buku Cinema Dalam Botol tu pun sold out!

Ches Skinner datang dalam pukul 12. Lepas habis Hassan Mutallib punya presentation dia ajak aku makan. Kalau Ches ajak aku lunch sudah tentulah aku pergi, dah tentu dia yang akan bayar kot. Kami pun ke Restoran Thai di atas CM. Aku pernah makan dengan dia disini dulu, nasi goreng dalam mangkuk nenas. Sedap beb. Dan harganya takdelah mahal sangat. Ches kata dia tak boleh lama. Mungkin dia tak dapat tengok launch aku. AKu tak kata no problem, tak rugi apa-apa pun. Terima kasih kerana datang kata aku. Dia beli 2 buku aku. Dan aku sign aku tulis "To to godfather, the greatest human being on earth".
 Pukul 2.45 aku minta diri dulu dari Ches dan bergegas kembali ke Annexe. Launch Seronok dah mula katanya...Aku masuk termengah-mengah.

Ada 3 penulis, Rozlan, Dayang Noor dan aku. Rozlan dan Dayang Noor memang penulis yang dah dikenali , aku seorang je yang paling muda kat situ. Beberapa soalan tentang Fixi aku jawap dengan penuh konfident; apa beza menulis dengan DBP dan FIXI, Kenapa ada adegan kolej, kenapa cover gambar pisang, apa projek selepas ini?...memang entah apa-apa aku jawab. Harap FIXI tak rugi bayar sewa hall ni untuk promote SERONOK.

Yang paling menarik jumpa kawan lama Linda Zainuddin. Dia kata nak datang dan dia memang datang. Kami lepak lama. Macam orang lain dia pun terkejut tengok betapa besarnya aku sekarang.

 Aku sign beberapa buku macam poyo. "Adik umur berapa?" tanya aku pada seorang hijabster yang beli buku pisang.
"18" jawab dia malu.
"Oh oklah 18 tahun. Kalau bawah 18 saya tak galakkan baca buku ni." kata aku.
"Dia mengerling "Takpe, saya dah selalu baca buku FIXI" katanya, kena balik kat aku. Takde hijabster macam tu, memang takde industri buku-buku tempatan ni.


No comments: