Sunday, June 9, 2013

Kil

Ah kacau! aku kah seekor ekornya manusia di negara ini yang tak terpesona dengan KIL? kah kah keh.

Ok mungkin aku bersikap tak adil....mari menilai KIL dengan seadanya. Oh yaa, yang paling cantik dalam KIL adalah posternya. Posternya memang terbaik-nampak ruang yang nyata antara mereka,dan antara tunggang terbalik wajahnya menunjukkan hormon yang tak statik.

Selain dari itu KIL biasa-biasanya sahaja. Banyak yang memuji KIL kerana kontent ceritanya lain dari biasa-kisah Melayu nak bunuh diri. Tapi kalau mereka baca antologi Bila Larut Malam, takde yang extravaganzanya dengan kisah Lelaki yang nak bunuh diri ni (ehem ehem) KIL tak boleh bergantung pada kontent ini sahaja untuk membuatkan ianya  'different' thus make it a rewarding watch.

KIL is a typical loner who wants to die. Apa masalah dia? dia handsome, bekerja di KL, naik komuter ke pejabat. - seolah-olah tak ada reason untuk dia bunuh diri.if anything suffer Kil tak nampak. Dan dia tak buat banyak untuk menghilangkan kesensaraannya itu. Datang Suzanne untuk . Suzanne sepatutnya full of character's character. Kalau ada perempuan yang boleh ubah Kil dari suicidal kepada hope, Suzannelah orangnya. Tapi berkawan dengan Suzanne pun boleh membuatkan seseorang itu nak mati. Suzanne boring, a typical post-90s Gen X girl.

Cristina Suzanne is our own Zooey Deschanel. Mata besar dan...apa entah lagi. memang dia penyeri filem ni. Dan macam Zoeey, setakat itu jelah contribution Suzanne dalam filem ni.

Ada yang memuji chemistry antara Kil dan Suzanne menjadi penyebab filem ni nampak mantap. come on bebeh! nak tau apa good chemistry tu please tonton semula Pretty Woman ataupun Azura (heh he)

Yang nyatanya aku harapkan yang lebih besar dari filem ini. Tambah-tambahan lagi setelah aku menghadam banyak karya-karya Lena Dunham.Dialog-dialog KIL biasa-biasa sahaja. banyak bola tanggung tapi takde killer.

Banyak awkward moment dalam filem ni. Ini termasuklah  bila Harun Salim Bachik sebut perkataan "eutnasia". Selain dari itu pengarah buat biggest mistake as director bila dia biarkan pelakon utama pakai baju Back To The Future pada babak-babak kritikal. sangat distract bagi aku kerana fikiran aku terus merewang membayangkan Marty dan Doc. Itu sebab kenapa pelakon kena pakai baju plain dalam filem, teater....

Nmun begitu ada juga benda yang aku suka tentang KIL selain dari mata besar Suzanne. Warna ; warnanya harmoni. Itu warna KL dekad ini-warna- warna Hong Kong's Infernal Affair.

Kalau suka filem ini boleh cuba tonton filem Thailand Last Life in Universe.Apa-apa pun, supportlah filem tempatan.


2 comments:

Angah said...

saya tak pandai menilai filem...tapi saya suka si hero ini dalam'pisau cukur'

saat omar said...

Pisau Cukur ek