Kadang-kadang aku kasihan juga
tengok rakan2 sepejabat bekerja. Mereka ni, sesetengah dari mereka
cukup loyal dengan bos. Kalau ada projek, bila
aku ada sesuatu idea yang realistic ang boleh digunakan bagi menampung masalah2
yang akan merosakkan majlis mereka akan cepat-cepat menafikan idea aku itu
dengan berkata “Eh bos taknak macam tu. Dia nak macam ni” kata mereka. Aku tak
tahu samada mereka tolak idea aku itu sebab itu idea aku atau memang benar
mereka ikutkan kata boss.
Mereka loyal pada arahan bos, buat
apa sahaja agar arahn boss itu jadi kenyataan. Eloklah macam tu;setiap pekerja
awam memang patut macam tu. Cuma aku rasakan yang ssekali sekala mungkin boss
perlu juga hargai kerja-kerja mereka ini. Pekerja=pekerja ini bukannya nak apa
pun, kadang-kadang cukuplah untuk bos tegur dan tersenyum sikit pun cukuplah.
Kalau ada duit lebih belanja minum teh ais pun dah kira cukuplah tu. Pekerja
bawahan ni bukannya mintak lebih-lebih sangat pun. Kalau takut bankrupt belanja
minum, tegur tanya khabar kalau berselisih pun ok jugaklah. Aku tengok
pekerja-pekerja bawahan ni kerja bermati-matian tapi….
Tak lama lagi Hari karyawan, siapa
pula yang nak membentang karpet merah untuk dipijak oleh artist Melayu nanti?
No comments:
Post a Comment