Politik pejabat? there is no such thing as politic pejabat. either u work hard or not and thats that.
Aku bernasib baik kerja disini kerana aku boleh katakan tak ada lansung politik pejabat. Kalau ada pun aku tak ambik kisah itu semua. Aku buat hal aku kau buat hal kau.
Kebelakangan ini banyak isu tentang SKT. Biasa dalam meeting pun dibangkitkan tentang hal ini. pekerja-pekerja disarankan supaya bekerja lebih kuat untuk mendapat SKT yang tinggi dihujung tahun. Seingat akau sebelum ini, jarang big boss berbicara tentang SKT dalam mesyuarat.
Apa itu SKT?
Bagi pekerja gomen, setiap tahuna akan dinilai. penilaian ini dipanggil sebagai SKT. Kalau SKT kurang dari 80% tak boleh naik pangkat. Kalau dapat 90% boleh dapat cemerlang. Dapat cemerlang ada habuannya, yang pertama dapat duit cash seribu ringgit, kemudian diraikan di majlis makan dan kemudian mudah untuk proses kenaikan pangkat, atau skim kenaikan gaji yang dipanggil melintang dan menegak? (Aku tak mahir dalam hal-hal ni) . Aku dah kerja 10 tahun dan sekali pun tak pernah dapat cemerlang. Dan aku rasa bila aku kerja sampai pencen pun aku tak akan dapat cemerlang lol.
Kalau dapat below 80% maksudnya kau tak perform. Kalau dapat 80% tak boleh naik pangkat dan sebagainya.
SKT tahunan aku taklah memuaskan sangat.Rekod aku tak baik.
Sejak 10 tahun bekerja disini aku ada dua kali tak dapat atas dari 80%. Means aku tak perform. Aku tak pernah ambil hati kalau SKT aku low atau apa. Percaya atau tidak, beberapa tahun yang lepas aku tak tahu dan tak peduli SKT tu apa. Konsep aku berapa kau nak bagi aku pun bagilah - aku kerja cara mana aku nak bekerja. Kesan daripadanya, seperti yang aku katakan tadi, dua kali SKT aku rendah bawah 80%. Efek daripada itu, aku tak boleh beli rumah dan tak dapat sah dalam jawatan.
Walaupun aku tak pernah dan tak akan dapat Cemerlang, aku tak rasa aku pekerja yang teruk sangat. Aku tak pernah engkar cakap boss aku. Boss aku suruh aku buat apa sahaja aku ikut. Walaupun kadang-kadang arahan itu takdelah masuk akal sangat pun. Aku bukannya suka melawan, sebab aku rasa boss aku memang bijak dalam pengurusan. dan bukannya nature aku suka memberontak. 'Ikut sahaja apa boss cakap'-aku tak tahu samada ini mantra yang cool ataupun tidak. tapi aku rasa kalau seseorang tu jujur atau lurus bentul,Insyallah pasti ada jalan untuk dia ( pengajaran yang aku belajar dari filem Forrest Gump)
Aku tak tahu samada aku patut berbangga dan proud bila aku kata aku tak peduli berapa SKT aku dapat dihujung tahun. Aku rasa kalau seseorang tu ikhlas bekerja dan keras berusaha, dia memang patut kecewa kalau akhirnya dia tak dapat keputusan yang baik. Aku tak.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment