Wednesday, April 3, 2013

Interview General Election 13

REPORTER: Tuan tuan dan puan-puan  hari ni saya nak interview pakar penganalisa politik tempatan yang tersohor di tanahir kita ini  iaitu tak lain tak bukan, Mr. Saat Omar. Assalamualaikum Mr Saat. Apa khabar?

SAAT: Khabar baik, khabar baik.

REPORTER: Nak interview tentang election...

SAAT: Ah election! Ya silakan.

REPORTER: Pada pendapat Mr Saat siapa yang akan menang GE ke 13 ini?

SAAT: Hmm...Pakatan Rakyat nampak ada peluang besar untuk menakluki Putrajaya dan Cyberjaya kali ini.

REPORTER: Kenapa Mr Saat bercakap begitu?

SAAT: People who wants to change, they vote, people who wants to maintain with old system dont go to vote. Selain dari itu kalau kita tengok trend di Internet, di blog-blog serta jumlah penglibatan rakyat pada aktiviti-aktiviti sosial seperti BERSIH dan lain-lain lagi aktiviti yang melibatkan Mat Sabu, kita dapati penyokong parti pembangkang sangat banyak jumlahnya. Mereka-mereka ini datang tanpa tawaran KFC free. lagipun menurut teori RAHMAN tu, Najib adalah yang terakhir dalam huruf N. sorry Muhyiddin..

REPORTER: Encik Saat nampaknya sangat superstituos. Jadi apa lepas RAHMAN?

SAAT: lepas RAHMAN, huruf awalan ANWAR adalah membentuk nama-nama Perdana Menteri Malaysia seterusnya. A untuk Anwar, N untuk Nurul Izzah, W untuk Wan Azizah, A untuk Azmin Ali....

REPORTER : R untuk apa pula?

SAAT: R untuk Rahman balik. Mungkin masa ni BN  ambil alih Putrajaya balik. takada orang nama R dalam Pakatan Rakyat. Mungkin sebab itu Ezam dan Zulkifli dah blah awal-awal kot.


REPORTER: Apa kurangnya kerajaan sekarang?

SAAT: Itu soalan yang sukar untuk dijawab. Selain isu-isu ekonomi, korupsi, salah tadbiran....apa lagi. Kadang-kadang ianya bukanlah cara kerajaan memerintah juga tetapi sifat manusia itu sendiri yang mahu berubah dan mencari gaya dan teknik baru dalam politik tempatan. Some people need to move althought they know their in good position.
Tapi kalau kita tengok ada beberapa hal yang berbangkit, selain dari isu-isu korupsi dan tak puas hati sebab tak dapat tender. 1) rakyat Malaysia suka parti yang rebel. Tak rebel tak cool. 2) rakyat tak suka pemimpin yang nampak kaya atau kaya. Kalau pemimpin tu naik kereta besar dia dikatakan tak berjiwa rakyat maka dia bukanlah seorang pemimpin yang boleh dicontohi atau baik. Mereka suka pemimpin mereka naik motor pergi berkempen, kalau boleh jalan kaki. dan nak lain nampak berjiwa rakyat baju kena koyak rabak..barulah pemimpin itu disukai semua orang.
3) Takde kerajaan dalam dunia di yang bertahan lama, baik Roman, Greek dan kerajaan Firaun. Manusia percaya usaha-usaha penambah baikan hanya akan berlaku kalau kita tukar kerajaan. Rakyat tak minta pemimpin yang bijak, mereka cuma mahu pemimpin yak tak korupt.

REPORTER: Apa kelemahan Prime Minister sekarang?

SAAT: In a way, kelemahan Dato Najib bukan sahaja kelemahan dia tapi kelemahan orang-orang sekelilingnya. Najib is not as charming as Anwar bila dia berucap. senyumannya juga tak semanis DSAI, tapi apa yang dia buat.
Selain dari itu dia tak mahu/tiada kuasa untuk bertindak pada politician yang corrupt seperti isu lembu , taib Mahmud dan lain-lain lagi.Ini menimbulkan amarah pada rakyat. Kelemahan yang paling utama pada Dato Najib ialah dia menyokong Manchester United.

REPORTER: Kerajaan sekarang disalahkan kerana banyak aktiviti rasuah dan salah guna kuasa....

SAAT: Memang itu ada berlaku. tapi hanya pada peringkat tertinggi. Orang marhaem tak terlibat dalam benda-benda ni. Lagipun pemahaman korupsi berbeza pada generasi. Generasi dulu faham konsep korupsi berdasarkan bangsa "Oh takde dia korup. Asalkan dia Melayu. Duit tu masuk ke bangsa kita, orang kita. Asal bukan ke tangan Cina dan India. Takpe" itu orang dulu. Generasi sekarang, takde siapa, Melayu ke Cina ke apa ke, korup is korup.

REPORTER: Apa pula kekuatan Dato Najib?

SAAT: I think hes a cool guy. Dia nampak lebih rileks dan tak melatah sangat.And he works hard, people know he works hard.  Kalau politic is about menabur money to its people I think Najib is a champion in that field-lah. Dan lagi, pada zaman Mahathir, people raise the issue of chronism dan lain-lain lagi, di Zaman Najib.....pembangkang macam tiada isu sehingga attack his own wife.

REPORTER: Bagaimana corruption by other people effect him?

SAAT: At the end orang melihat parti dan bukannya pemimpin. Which is to me a wrong impression. PKR kuat kerana Anwar Ibrahim, itu sahaja. Tengoklah buktinya-masa Anwar dalam penjara, Pak Lah menang besar. Bila Anwar keluar penjara sahaja, habis dia kaut semua jadi orang dia.

REPORTER: Our first lady juga tak popular among rakyat.

SAAT: Itu saya no komen. Tapi yang macam saya katakan tadi, ianya sepatutnya takde kena mengena dengan imej Datok Najib sebagai Perdana Menteri. Yang patut dinilai adalah Datok Najib sendiri sebagai Perdana Menteri dan bukanlah isterinya. Biarlah siapa pun yang jadi isterinya kerana yang penting....

REPORTER: Bagaimana dengan isu-isu berkenaan belian cincin berlian dan sebagainya?

SAAT: Itu masalah jugak tu....Mungkin itu memang duit dia. Tapi rakyat kita percaya, mudah percaya kalau pemimpin corrupt ,tapi kalau pemimpin terlibat dengan skandal seks mereka akan kata itu fitnah.

REPORTER: banyak kali PM diajak berdebat dengan pemimpin-pemimpin parti pembangkang tapi menolak.

SAAT: Bagi saya itu pendapat yang silap. Tak semestinya seseorang itu pandai berdebat maka dia akan jadi pemimpin yang baik. seorang yang pandai berdebat adalah seorang yang pandai bercakap. Orang yang pandai bercakap ni...kadang-kadang hanya pandai bercakap je.Dato Najib tahu dia tak akan menang kalau berdebat dengan Anwar, so buat apa berdebat?  Dato Najib doing the right thing. dan penyokong kuat Anwar pun tahu takde siapa boleh kalahkan pemimpin kesayangan mereka itu.

REPORTER: Kenapa UMNO dah tak popular ?

SAAT: Itu kena tanya anugerah Bintang Popular Berita Harian.

REPORTER: Bagaimana pula dengan ancaman dari pengundi hantu? Adakah ianya benar-benar wujud?

SAAT: Saya tak percaya pada pengundi hantu, tapi saya percaya pada hantu.

REPORTER: Sejauh mana Malaysia akan berubah bila Pakatan Rakyat memimpin?

SAAT: Saya harapkan satu jelah....saya harapkan agar DVD cetak rompak masih lagi dijual di Amcorp Mall.

REPORTER: Whay will happen kalau BN tak lagi memerintah? Bagaimana nasib orang Melayu? siapa yang akan bela orang Melayu kalau UMNO takde?

SAAT: Takpe, Mat Sabu ada.

REPORTER: Baiklah kita akan break seketika dan sambung selepas ini untuk membicarakan tentang Parti Pakatan Rakyat pula dan nasib Malaysia post-UMNO....jangan kemana-mana. Zasssss!!

4 comments:

Sally said...

Aku tahu dkt2 election mmg best baca pandangan ko..so cerita Abu cmner..lama tak baca cerita Abu..emm..Abu layak mengundi tak?...hehhe

saat omar said...

Abu nak mengundi tapi malas nak mendaftar heh

Sally said...

Aku rasa Abu pun mcm aku gak la...tak cukup umur..hhehe

Anonymous said...

Bon idée, Je vois ici différentes astuces,
merci pour le partage. Je ne commente jamais sur les blogs, même quand le contenu
est bon

Check out my blog; Lisa