Menonton Total Eclipse membuatkan aku tahu sebutan 'Rimbaud' sebenarnya lebih dekat kepada "Rambo". Dan sudah tentu juga selepas itu maka aku akan menyelak tulisan-tulisan Rimbaud dan juga Valerie.
Ada persamaan jelas antara Rimbaud dan Chairil Anwar, selain mereka adalah rebel. Chairil Anwar juga selibertine itu. Mungkin sifat itu adalah sifat totok bagi seorang poet sejati. Sifat rebel dan-.....Akhirnya kisah-kisah poet berkelana diwaktu malam ada dimana-mana kota besar. Rimbaud di London dan Paris, Chairil Anwar menjadi kutu malam di Jakarta...tetapi di Kuala Lumpur pula? akan adakah poet yang dikenang kerana berkelana diwaktu malamnya? Tiada seingat aku. Yang ada pun budak-budak skinhead di penhujung tahun 90an.
Menonton Crying Game buat kali kedua membuatkan jikalau ditanya pada aku apa filem British terbaik sepanjang zaman, maka aku akan menjawab Crying Game. Kenapa tidak? Semua ada dalam Crying Game, twist, gender, pub, IRA, gun blazing, cricket, Boy George song, penis,love, kebijaksanaan, loyal, persahabatan dan macam-macam lagi. Ada sesuatu yang murni dengan percintaan Dil dan Jimmy. Semua ada dalam Crying Game.
Menonton kedua-dua filem itu pada hari minggu membuatkan hari Isnin aku jadi lemu. (Atau lemau?) Leonardo Di Caprio memang nampak semacam perempuan muda yang cantik dan Yeah I don find Yaye Davidson cute and attractive. Ok thats it no more gay movie for u Saat.
Atau mungkin memang kebiasaannya aku lemau pada everyday Monday.
Aku rasa aku memang lemau pada hari Isnin, bukan salah Total Eclipse ataupun The Crying Game
Monday, March 25, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment