Poster design by Hamzah Tahir.
Masa mula-mula aku baca Conference of the Birds, kepala aku macam diketuk dengan benda keras. Pang! Ini naskah teater yang sangat mengesankan sehinggakan aku ras aku seorang lelaki yang dungu kerana tak terfikirkan idea-idea seperti ini sebelum ini. Dan ianya satu pemurniaan bagi jiwa yang berkarat seperti aku. Lantas aku terus mengucapkan terima kasih kepada colleague, Prof John F. William Skinner kerana memberi peluang kepada aku untuk membaca (hanya untuk membaca ) naskah ulung ini. Ya, aku hampir-hampir menangis bila membaca penamatnya. Aku mengambil keputusan yang ini adalah naskah yang harus dipentas oleh setiap kanak-kanak muslim dinegara ini.
Terjemahan aku adalah tulus dari naskah asal oleh Peter Brooks. Kalau Peter Brooks tipu, tipulah aku. Tak sedikit pun aku terpesong dari jejak-jejak asalnya. Ini untuk memastikan nawaitu asalnya tak lari. dan mungkin ada banyak kisah-kisah sampingan yang aku sendiri sukar untuk jellaskan sepenuhnya. jadi mungkin ada beberapa benda yang nampak 'tergantung' lol.
tajuk asalnya adalah PERSIDANGAN BURUNG. tapi kahirnya ditukar ke tajuk lain kerana mesyaurat merasakan perkataan burung itu berbaur lucah. Tajuk barunya adalah SIDANG BURUNG-BURUNG.
Masa production, seminggu lagi sebelum pementasan, kerana kecewa dengan performance pelajar dan pengurusan, Prof Chess Skinner hampir-hampir memutuskan untuk membatalkan sahaja pementasan itu. Pelakon tak hafal skrip, produksi macam tak jalan, Stage Manager takde, studio takde aircond, pelajar tak datangn rehearsal, Man U kalah dengan Real Madrid. Ini semua membuatkan pengarah yang banyak bersabar itu hilang sahabr. Ini produksi pertama Management tidak lagi memberikan khidmat dalam pengurusan. jadi produksi kali ini lebih kepada guerilla style.
Pelakon pun ketawa-ketawa dan boleh berbual masa run through. Kalau dengan Aminah Rhapor mesti semua pelakon dan kena jerit.
Malam full dress banyak lagi tak settle, terutama bahagian technical. Tapi akhirnya malam pertama went well. Aku pun terkejut.
Ada juga beberapa orang yang faham naskah ni. Boss besar tak faham, itu mungkin sebab dia tengok tak sampai habis. Ada student yang faham jabat tangan dengan aku masa show tamat. Mak seorang pelakon menitiskan air matanya. Aku rasa spirit of the show naik tinggi sebab muziknya dan lightingnya. Mungkin sebab muziknya macam Sigur Ros.
Sewaktu usai pementasan, pelajar-pelajar diserang histeria dalam bas sewaktu perjalanan pulang. Ada hantu dari Dewan Seri Budiman ikut mereka balik ke Puncak Perdana.
No comments:
Post a Comment