OK aku ubah pendapat aku tentang Rock Oo....keh keh keh. Review yang post sebelum ini adalah sebelum aku menonton filem tersebut. Review yang ni adalah selepas aku menontonnya. Aku suka dan aku terhiburlah sedikit. tapi suka dan terhibur tak bermakna filem ini baik-itu lain hal dan aku tak berminat nak bercakap sesuatu filem itu baik ataupun bagus. Kesemua penilaian aku tentang seni, filem, teater adalah berkaitan dengan pengamatan peribadi. Wallahualam.
Berubah pendapat dalam menilai karya seni ni perkara biasa. Review pertama A Streetcar Named Desire pun tak memihak pada produksi itu pada mulanya. Hanya kemudian barulah.....
Satu yang tak berubah adalah pendapat aku tentang Que Haidar. heh
- Filem ini bermula dengan lagu Sweet Charity, permulaan yang paling tepat. bagi kebanyakan orang, termasuklah aku percaya yang Sweet Charity adalah kumpulan Rock Melayu yang pertama. Sweet Chrity to rock kangkang is like Black Sabbtah to heavy metal. Oh kalau bukan bagaimana Ramli Sarip boleh mendapat nama Papa Rock cuba bagitahu aku.
-Beberapa babak hanya diketahui oleh insider scene. Contoh yang paling nyata adalah Pak Syed (lakonan Jaafar Onn) adalah manager SYJ. Pak Syed to SYJ is like Malcolm McLaren to Sex Pistol. Cuma connection antara Wings dan Bumiputra Rockers tu aku tak jelas.
- Ya ini filem nostalgia, jadi jika anda suka pada rock kangkang adakah anda akan automatic suka pada filem ini? tak semestinya. Atau mungkin kenyataan yang paling jelas ialah jika anda suka pada Rock Kangkang dan anda membesar di Perak maka anda akan suka Rock Oo? Kemungkinan besar ya.
-Babak di shopping kompleks dengan kedai yang banyak dah tutup, dinding yang kotor membayangkan memori lama yang tak mungkin akan kembali, ie dan karakter itu yang terus belegar-legar disitu seakan-akan hantu yang tak mahu pergi. Ah semiotic semiotic! . Hassan Mutalib tentu setuju dengan yang ini.
-Poster-poster lama didinding memang cool. Walaupun ada masa-masanya nampak keterlaluan. In the end we would ask ourselves, Siot mana diaorang dapat poster-poster ni? Especially the one with Camel Rzonna Search 1988.
-.....itu belum tentang kasut Aliph lagi.
- Jenaka-jenakanya adalah sesuatu yang dijangkakan, tapi itu tak mengapa kerana tanpa jenakanya, fesyen dalam filem ini sudah cukup membuatkan aku tersengih.
- Beberapa suntingan 'gilligan cut'nya berjaya jugalah mencuit hati. Ini ditambah dengan ketawa penonton yang sporting. Jadi sewaktu menonton filem itu, selain dari ketawa dengan apa yang dipaparkan di skrin, aku juga ketawa dengan suara ketawa audience yang lain.
- Que Haidar buat keputusan yang betul untuk berhenti berlakon.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment