Monday, March 4, 2013

rock

*
Genre rockers dan Rock Kankang masih belum mendapat treatment sewajarnya dari industri perfileman tanahair (Gambar rujukan adalah Kumpulan SYJ yang akan perform dalam konsert UiTM di Hati di Dewan Seri Budiman 13 Mac ini)


Banyak yang kecewa bila menonton Rock Oo. Aku tak, sebabnya....... aku belum lagi menonton filem tu.

Tapi aku tahu kalau aku tonton filem tu aku juga akan kecewa macam semua. Bagaimana aku boleh yakin?  Jawapannya adalah......... Que Haidar.

Dalam Metro Que Haidar cakap dia menangis dalam set Rock Oo sebab Mamat Khalid cakap dia berlakon macam kayu. Aku tak perlu tonton Rock Oo untuk tahu Que Haidar berlakon macam kayu, aku tahu Que Haidar berlakon macam kayu.

Filem-filem Mamat Khalid mudah untuk diklasifikasikan, Ah hampir kesemua filem-filem Mamat Khalid adalah tribute to something else. Zombie Kg Pisang a tribute pada George Romero, Estet a tribute pada filem Tamil, Man Laksa a tribute pada M Daud Kilau, Di Kala Malam Bulan Mengambang a tribute pada noir dan filem Melayu Lama, Senario a tribute Senario. Jadi dimana suara original Mamat Khalid?  ah! mungkin semua filem Mamat Khalid adalah nostalgia pada kenangan lampau. Jika itu benar maka mana satu suara orginal Mamat Khalid? (bagi aku mungkin drama Rombongan CIk Kiah ke Sukan Komenwel)

Jadi Rock Oo ni a tribute pada masa silam yang tak akan datang balik. Ianya bukan sahaja tirbute pada zaman rockers di penghujung tahun 80an tapi juga adalah manifestasi keruntuhan akhlak pembikin lagu tempatan sekarang. Zaman rock kapak kini hanya tinggal kenangan. Tak ada lagi rockers dan pembikin muzik yang mantop sekarang. Mesejnya jelas dan mudah. tapi aplikasinya yang menjadi persoalan. Ataupun dalam ayat yang lebih mudah, bagaimana Que Haidar boleh meyakinkan kita yang dia seorang pelakon rockers yang baik? Disitu gagalnya Que Haidar dan Mamat Khalid.

Contoh watak dan lakonan rockers yang baik mungkin datang dari Jack Black dalam filem School of Rock. To that extend character of a rocker boleh diterokai. Que Haidar ni lembik sikit. Dia ni macam set-set Orlando Bloom dalam LOTR. Watak-watak lelaki penggoda wanita bolehlah dibagi pada dia, tapi rockers? ......hmmm. Que Haidar is no Jack Black. Jadi apa yang kita boleh buat kalau Que Haidar bukannya Jack Black? Kita simpan idea Rock Oo sampailah kita jumpa our own Jack Black. Dan bila Mamat Khalid kata lakonan Que Haidar sebagao rocker tu macam kayu, itu bukannya salah siapa kecuali Mamat Khalid sendiri. Dia sepatutnya sudah tahu lama tentang itu.

1 comment:

Fasyali Fadzly bin Saipul Bahri said...

Setuju dengan kenyataan bahawa Mamat Khalid dalam Rock Oo masih bernostalgia. Bernostalgia tak habis2. Saya tak suka filem ni. Jalan cerita lemah nak mampus. Editing macam taik. Lagu bersepah sana-sini. Jangan tengok kat wayang, boleh tengok time raya nanti.