Thursday, February 28, 2013
Monument Valley, Utah
Tak boleh lari dah. Stuck disini. Terima apa yang ada.
Aku bukan Ajin. Walaupun sedih (dalam masa yang sama gembira juga) bila dia kata dia nak quit his job and travel the world. Sedih kerana dia orang pertama yang aku mendengar menjerit "I fucking love teaching". Ajin boleh menjerit macam tu, aku tak. Tapi akhirnya Ajin bercadang untuk berhenti kerja juga.
Fakulti ini dah tak macam fakulti ini dulu. Banyak benda pelik-pelik disini sekarang. Banyak benda mengarut-ngarut, walaupun aku tahu kenapa ianya wujud dan kepentingannya tapi aku tak larat melayannya.
Kah kah kah...buat pertama kalinya aku berdoa kepada Tuhan apa nak jadi, jadilah.
Kalaulah aku pun boleh quit my job like Aji, like Panjang, like Shushi...tapi aku tak boleh. Bukan sebab aku tak boleh tapi sebab aku tak berani. Aku ada 5 perut nak disuap (termasuk 2 perut aku) .
Manusia memang perlu lari sekali sekala. Bukannya untuk pergi ke tempat yang mereka tuju , tapi kerana mereka harus percaya yang ianya mampu mengubah masalah mereka. Ianya tak penting kemana kau berlari tapi yang kau harus terus berlari. Mungkin suatu hari kau akan berhenti, bukan nsahaja kerana kau jumpa apa yang kau cari, tetapi kerana kau dah penat. Bagi Forrest Gump ianya di Monument Valley Utah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment