Aku ambik cuti Khamis dan Jumaat sebab nak bersiap dengan
kedatangan Mak dan naufal, tapi mereka tak jadi datang.
Rancangan aku mudah sahaja, pada hari Jumaat aku akan ke
Amcorp Mall (sebab petang khamis dapat sms dari diaorang ada stock DVD baru)
lepas tu aku boleh pergi ke PWTC untuk Pesta Buku dan kemudian menonton Iron
Man 3 dengan Azhar, kawan sepanggugn wayang yang baru pada pukul 3.
Tapi aku ada 1 masalah; Hari tu hari Jumaat.
Kalau aku gerak dari Amcorp pukul 12 aku akan sampai ke PWTC
pukul 1 dan aku harus gerak dari situ p[ada pukul 2 untuk sampai ke One Utama
sebelum pukul 3,bila masa aku nak sembahyang Jumaat?
Ada beberapa masjid yang boleh aku singgah dalam perjalanan
ke PWTC. Yang paling hampir pada memori aku ialah masjid UM. Masjid ni paling anti Barisan Nasional.
Kalau aku berjemaah disitu pasti ada tazkirah yang berapi-rapi. Tapi aku tak
sempat singgah di UM, aku teruskan perjalanan ke PWTC, Masjid Negara pun aku
tak sempat singgah.
AKu tiba di PWTC pukul 1 tengahari. Aku tak sure kalau-kalau
ada masjid berdekatan dengan PWTC ataupun C how kit ni. Rasanya takde. Aku
memberanikan diri masuk kedalam PWTC. Jam dihandphone menunjukkan pukul 1.10.
pukul 1.10 kalau masih tak pergi masjid tu tandanya tak semp[at dengar khutbah.
Pada mulanya aku takut aku berasa asing di Pesta Buku itu
tapi hati aku sejuk sedikit bila melihat ramai lelaki-lelaki berjanggut
panjang, berjubah selamba menolak anak kecil dalam trolley sewaktu pukul 1.15.
Aku rasa sama level dan sama taraf dengan mereka-mereka ini. Ini sebenarnya
perasaan yang tak baik dan bermoral, menyama ratakan kesalahan dan berdosa atas
sama meninggalkan solat. Aku tak seharusnya bersifat dan berfikiran begitu.
Banyak juga gerai-gerai buku yang menjual buku agama tapi
penjual lelakinya terus berada dip WCT walau jam dah menunjukkan pukul 1.30.
Hanya kedai-kedai buku dari Arab dan Persian sahaja yang menutup gerai mereka
dengan kain putih,tanpa mereka meninggalkan business dan pergi solat.
Aku mula terbayangkan usaha untuk membuat group OUTDOOR SITE
SOLAT, sebuah group ini akan bersolat dimana-mana ruang terbuka. Usahanya
adalah untuk mengeluarkan solat berjemaah keluar dari masjid ataupun surau,
umpama Monet bawa painting easel keluar dari studio dan melakukan painting
secara outdoor.. Mungkin memang akan ada bantahan, orang akan menuduh group itu
sebagai nak show off, cari publisiti , ada masjid taknak pakai…tapi aku rasa
ideanya cool dan revolusionary.
Ke PWTC untuk pesta buku sebenarnya sama jugalah macam ke
One Utama untuk shopping, bermaksud perjalanan kesana akan lebih menarik kalau
ada banyak duit. Aku takde duit. Tak banyak. Tak lebih dari rm50 sahaja yang
boleh aku peruntukkan untuk membeli belah buku kali ni. RM50 berapa banyaklah
buku yang boleh aku beli?
So aku aim Etger Keret punya buku …dan itu jelah kot.
Yang paling menariknya untuk pesta-pesta buku macam ni ialah
kecenderungan rakyat jelata, terutama remaja membeli buku. Seronok juga hati
aku melihat budak-budak berebut membeli buku sampai ada yang beratur panjang
pada sesetengah gerai. Rata-ratanya perempuan hijabster. PWTC sesak macam biasa.
Aku pun masuk kedalam hall. Terus aku terjumpa gerai ITBM.
Aku spend 2012 berangan-angan kalau ITBM boleh terbitkan novel aku. Tapi takde
cerita. Sepanjang tahun aku terus berangan-angan dan menyimpan cita-cita.
Hujung tahun lepas bila aku telefon ITBM katanya manuskrip aku tu kena reject.
Awal tahun 2012 bila Dato Seri Najib announce peruntukan yang banyak untuk
publication local, ramai yang melompat-lompat seronok. Tapi menurut ketua ITBM pada
minggu perjumpaan dengan Timbalan Menteri awal bulan 4 lepas, sebanyak 100
manuskrip telah ditolak. Mnuskrip aku antara 100 itu keh keh keh. Lalu
buku-buku terbitan ITBM hanyalah kumpulan-kumpulan cerpen dan kumpulan-kumpulan
puisi. Jadi bila Muhyiddin Yassin maklumkan yang kerajaan akan bagi 2 juta
peruntukan untuk penulis tempatan (akan katanya akan…itupun kalau BN menang
PU13 katanya dan semua penulis pun maklum tentang itu) ,aku takdelah ghairah
sangat sebab aku tahu aku takkan dapat apa-apa pun dari tu.
Aku singgah disebuah kedai dan beli esei dan interview Pram.
Harganya RM16, harga ideal bagi buku-buku tempatan. Yang penting covernya aku
suka-Pram dihadapan mesin taip sambil galak menulis dengan curut dimulut.
Dibelakangnya rak buku yang sendat.
Bila aku rasakan shopping buku aku dah cukup,aku pun keluar dari PWTC tu. Nak beli apa lagi? duit dah takde....nanti tengok buku-buku best meleleh pula air liur.
Dan dalam keadaan begini kedai yang aku cari adalah kedai
aiskrim. Seperti yang aku jangkakan ada ‘gerai’ aiskrim diluar hall. Aku beli
aiskrim yang aku dah lupa namanya dan makan sambil berdiri tepi laluan. Kalau
tak silap aku tahun lepas pun aku spend duit juga untuk beli aiskrim. Tapi aku
dah lupa harga aiskrimnya tahun lepas. Aiskrim yang aku beli pada Pesta Buku
2013 ni berharga RM3.00. Mahal juga tapi ….Aku cari juga aiskrim yang berharga
RM1.60 tapi takde. Aku kena beli jugak rasanya sebab aku dah bukak peti sejuk
tu. Aiskrimnya sedap. Ini aiskrim yang tak cair ditangan tapi cair dimulut. Ada bijik-bijik apa entah bila aku makan-aku
tak sure samada ianya gula ataupun coklat. Tapi bagi aku ianya menganggu
jugalah proses nak menghadam aiskrim itu. Selain dari itu aiskrim ini oklah jugak.
Masalahnya bila dah makan aiskrim ni lepas tu haus pulaklah
nak minum air.
.
.
1 comment:
salam sdr., di pwtc ada surau solat jumaat,
Post a Comment