Monday, October 8, 2012

Meeting

Banyak rakan sekerja paling tak suka meeting. Aku suka meeting. Mungkin sebab dalam meeting yang aku perlu buat hanya duduk dan dengar orang bercakap, atau tengok bergaduh.

Kerja yang paling aku suka ialah bila bos suruh aku pergi meeting, aku no problem. Cakap je kemana-mana, KL, Shah Alam, semua aku sanggup pergi. Dapat gak jalan-jalan dari duduk opis je tengok orang lain like komen orang lain.

Ada beberapa aturan semulajadi meeting yang kita perlu tahu-selain dari peluang untuk makan karipap free;yang pertama adalah, kalau kau bukan sesiapa atau apa-apa, tak perlu bercakap dalam meeting. Biar orang besar-besar atau yang hebat-hebat sahaja yang bercakap dalam meeting. Ini benar ye, kalau takde orang kenal kau, kalau kau bukan sesiapa, bila kau bercakap, semua ahli mesyuarat akan pasti tiba-tiba berpaling pada kau.

Tapi sebaliknya kalau kau nak dikenali, ataupun senang naik pangkat pula, meeting adalah platform terbaik untuk kau mengetengahkan bakat, idea dan kepimpinan. Ini benar ya, aku dah tengok banyak orang naik pangkat sebab mereka pandai bercakap dalam meeting.

Aku takde semua tu-cita-cita dan bakat. jadi aku tak perlu nak tunjuk bakat. Aku cuma duduk mengadap orang lain dan doodle buku lukisan aku.
Tapi aku no problem kalau disuruh pergi meeting. Aku akan duduk dan tengok orang lain bercakap sampai habis. Diakhirnya mereka akan suruh kita pergi menjamu selera. Ada karipap, bihun dan air teh. Ini tipikal gomen punya meeting, aku tahu. Sebab aku tahu budget makanan2 macam ni memang tak boleh expect lebih-lebih.

Sekali sekala aku akan disuruh bentang progress dalam meeting-biasanya aku akan cakap semuanya ok je. Dan memang ok pun. Aku kalau buat kerja mana tak pernah ok. kalau ada benda yang tak ok pun aku tak akan cakap ok kat diaorang. Diaorang,pengerusi biasanya taknak dengar masalah.

"Encik saat macamana progress?"
"Progress ok"
"Ada masalah?"
"Takde tuan pengerusi"
"Baguslah sebab saya taknak dengar masalah"

Semua orang kalau pergi meeting mesti nak habis cepat. Buat apa habis meeting cepat? Duduk lama-lama kat meja tu pun ok. Meeting adalah satu-satunya cara nak lari dari FB.

tapi yang paling membazir dalam meeting bukanlah kuih karipap atau kuih lodey, sebaliknya adalah kertas minit mesyuarat lepas. Print bebanyak, bagi kat semua orang tapi takde orang pun nak baca . Semua pura-pura tengok macam baca, tapi tak baca.Buat-buat busy dan buat-buat faham.

"Ada sesiapa nak mengesahkan minit ini?"
"Saya!" kata orang yang paling berani dalam bilik mesyuarat itu. Lepas tu kertas minit mesyuarat tu tak berguna dah lagi.

No comments: