Perjalanan dari rumah aku menuju ke tengah KL mengambil masa sejam setengah.
Ini bermaksud kalau Teater itu bermula pada waktu 8.30, aku kena gerak dari rumah pukul 7 malam...ini bermaksud aku terpaksa tinggalkan solat Maghrib untuk pergi menonton teater.
Aku tak sanggup. Unless kalau pergi tengok konsert rock, boleh. Tapi kalau Teater..Tetaer sesuatu benda yang mulia dan suci, jadi nak tak nak aku terpaksa solat Maghrib dirumah dan selepas itu barulah aku boleh bergerak ke KL.
Pukul 7 aku dah naik keatas bersiap sedia untuk solat. Semasa menunggu aku baring atas katil dan membaca majalah hiburan. Tapi bunyi azan tidak berkumandang. AKhirnya aku melihat jam didinding...dah pukul 7.23. Pasti telah dilaungkan azan samada aku tak dengar atau apa entah. Aku pun bergegas mendirikan solat Maghrib.
Selepas itu aku terus turun kebawah menyarungkan satu-satunya seluar jeans yang aku ada dan memakai baju teater aku. Aku mengucapkan goodbye pada Fahan serta ibunya kemudian aku terus menyarungkan helmet buruk aku.
Diluar hari macam nak hujan. Tapi rain or shine aku harus tempuhi. Aku dah miss dua show dan ini hari terakhir pementasan Teater Abridge. Kalau aku miss yang ni jugak, Ches Skinner akan siat-siat aku.
Aku sempat singgah di Stesyen Minyak Shell untuk isi minyak RM5 dan cucuk duit di mesin ATM. Siapqa yang cipta ATM mesin ini adalah orang genius. Tanpa mesin ATM ini ekonomi dunia takkan pesat macam ni. Tanpa ATM ini orang akan keluarkan semua duit mereka diawal bulan dan simpan setengahnya dibawah bantal.
Aku ada sejam untuk ke KL. Ini misi yang mustahil. Namun begitu aku tak terburu-buru. Speed aku pada kadar normal. Cool. aku tahu aku pasti akan lambat sampai ke stor DBP. Takpe, yang penting kena tunjuk muka.Habis show nanti pasti Ches SKinner belanja makan mee goreng.
Dalam angan-angan aku aku jangkakan sesuatu yang buruk telah berlaku.
What worse thing could happen? tayar pancit dimalam hari. Dan sebelum sampai Bandar Seri Damansara itulah yang berlaku. tayar depan aku pancit. Seumur hidup aku ada lebih kurang beratus kali tayar motor aku pancit. Tayar pancit dah sebati dengan aku macam heroin dengan Keith Richard. Yang bermain difkiran aku ialah Ches Skinner membebel pada aku sebab aku tak datang tengok Teater dia. AKu terus jadi serba salah.
Tayar motor depan aku memang kantoi. AKu tak boleh nak buat apa untuk bagi dia bergerak. perjlanan masih jauh lagi.
Tiba-tiba datang satu idea yang berani dan spontan; Teksi. Teksi not bad solution. Paling banyak pun aku kena kikis dalam RM100, tapi takpe, demi Ches Skinner aku sanggup.
Aku memberanikan diri berjumpa dengan pemandu teksi itu seorang lelaki gemuk Melayu.
"Bang, nak ke KL berapa bang?"
Dia buat tak tahu dengan aku. Maka betullah research orang yang cakap pemandu teksi KL ni kurang hajaq. Kenapa dia ingat aku takde duit ke nak upah teksi dia?
Aku tak putus asa;masih sempat lagi untuk tengok teater Abridge. Ada seorang lagi pemandu teksi duduk tercongok kat bangku tepi dinding. AKu memberanikan diri menghampiri lelaki itu yang wajahnya sugul, mungkin penat sebab tunggu customer.
"Bang nak ke KL berapa bang?"
Wajahnya serba salah nak menyebut tambang ke KL. Mungkin sebab dia ingat aku takde duit.
"RM 40" berat je wajahnya menyebut angka itu.
"OK" kata aku ringkas. rm40 tu memang budget aku.RM40 no hal. Just nice. Bukan selalu, sekali sekala.
Aku pun naik kereta brader tu.
Dia bersembang lagi macam kebiasaan pemandu teksi tempatan. Dia jelaskan kenapa pemandu Teksi di Malaysia di refuse nak pakai meter.
Dia tanya aku apa tujuan aku pergi DBP aku jawab ada show.
Dia terus bebrual sementara aku sibuk merancang bagaimana untuk balik. Paling kuatkan aku akan mintak Ches SKinner untuk tumpangkan aku balik kerumah.Entahlah so far aku takde plan lagi. Aku cuma nak membayangkan bagaimana Azim, Qayem dan Fathi berlakon kat stage nanti.
Sampai sahaja ke Dewan Bahasa dan Pustaka aku dapat sms.
"Are u coming?" sms dari Ches Skinner.
Aku keluar dari teksi denga bergaya. Dari jauh aku lambai prof Ches Skinner. Aku datang tepat pada masanya.Prof Ches mula tersenyum, takut dia ingat aku tak datang.
Ini Saat ok, kalau aku janji aku datang aku akan datang! :)
Monday, October 15, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment