Sunday, September 30, 2012

Musang Berjanggut

"Saya rasa Ali Baba kosong, encik Saat" kata Walid sebaik sahajausai sahaja rehearsal pertama teater Ali Babs Bujang Laps.. Walib ketika itu baru saja tamat teaternya yang mendapat pujian ramai, termasuklah aku sendiri. Culik adalah teater kanak-kanak yang mengisahkan seorang kanak-kanak yang diculik oleh 2 pemuda Melayu yang lucu dan diakhirnya kanak-kanak itu mati tertelan turpentine (Ataupun thinner, aku dah lupa) . Mati sebab terminum turpentine- Satu idea yang amat brilliant yang penggiat teater indie lain tak pernah pikir. Walid bagi aku adalah the next best thing dalam teater tempatan.

 "Kosong apa? Kosong lagu Dewa?"Tanya aku balik. Walid pada masa itu baru mahsyur lepas kejayaannya dengan Culik. Dia semakin konfident dan berani. Tu baru buat teater kaBila Walid sound aku seriau jugaklah darah aku. Walid walaupun the next best thing tapi tak pernah dengar nama Edward Albee dan Eugene Ionesco. Biasanya kalau komen2 dari orang yang tak kenal Albee dan Ionesco ni aku buat tak tahu je, tapi ini Walid....the next best thing.

Mungkin Walid betul mungkin Walid salah.  Tapi aku tak boleh mengupas tentang Ali bab Bujang Laps disini.  Post ini bertujuan untuk memuji-muji Teater Musang Berjanggut

 Teater Lagenda adalah kesinambungan teater-teater IPT diploma Showcase Fakulti Filem Teater dan Animasi (Dulunya Fakulti seni persembahan dan Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik). kali ini Teater Lagenda diarahkan oleh sekawan pengarah-pengarah hebat. Mereka terdiri dari AMinah Rhapor, Umi, Jumilah Tahir dan Saat Omar. Ada 4 adaptasi semuanya, iaitu Ibu Mertuaku, Keluarga 69, Musang Berjanggut dan Ali Babs Bujang Laps. Ali Baba biasa-biasa je, ada beberapa part tu nampak cute. Ini mungkin kerana kecenderungan pengarahnya yang suka pada benda-benda comel. Ibu Mertuanya pun sweet juga. AKu suka cara dia bermain dengan set . Cuma aku rasa satu cerita tu kena sampai habis jugak endingnya. Keluarga 69 terlalu mengikut jalan cerita filem asal sehingga banyak babak-babak tak perlu pun ada dalam tu.

Dan Musang berjanggut?

 Musang berjanggut adalah adaptasi yang paling aku suka antara 4. Semua tentang Musang Berjanggut adalah cantik, kemas,teratur. costume pun cantik. Pelakonnya menyanyi live tanpa muzik dan ianya memang mengasyikkan mendengar alunan suara tanpa bingit dari band itu. Oh sungguh aku terpesona. Damn, Musang Berjanggut aku boleh tonton hari-harilah senang cerita.

 Paling aku suka gaya adalah acting minimalnya, terutama 15 minit terawal. Ianya membuatkan aku inzal ya amat. Ianya babak yang mudah;Tun Nila Utama nak berangkat mencari 'perempuan', dan dia dirumah dengan ayah dan ibunya. semasa tun nila (dengan gaya minimal) sedang mengemas pakaiannya, ayahnya hampir mengadap depan penonton, menggulung rokoknya secara perlhana, menyalakannya dan mengisap dengan cool. Tak seidkit pun dia berpaling pada Tun Nila Utama atau pada isterinya. Argh! babak ini membuatkan aku orgasm. Ada lebih dari 5 minit babak sebegini.
Babak-babak dalam Musang Berjanggut yang merungkam jiwa dan naluri aku.



Ini element yang aku cuba terap dalam ABBL, terutama dengan watak Pensyarah dan student yang hanya berbual sambil duduk dikerusi.  Tapi pelakon-pelakon aku tak faham. Walid pun rasanya tak faham tentang konsep ini.

 "nanti penonton bosan, encik Saat" kata mereka.
"Nanti ayah saya 15 minit je dalam dewan lepas tu"
Dan " Penonton dah bayar RM15 encik Saat. Tak obleh buat penonton bosan"

 Diaorang ni kena banyak tengok Iran movie dan bertapa bawah pokok.

3 teater yang lain banyak korup sebab pelakon berebut-rebut nak add-lib sampai ada yang rosak cerita. hanya Pelakon Musang Berjanggut sahaja yang maintain ikut dialog asal. Aku tanya pelakon Musang berjanggut bagaimana korang boleh maintain cool atas stage, tak add-lib bagai dan ikut aturan. Kata mereka director tak bagi add lib, walaupun dihati merekka berkobar-kobar nak tambah dialog sesuka hati.

Jadi memang ada reason kenapa Musang Berjanggut terbaik antara 4 . Selain dari itu mungkin aku sendiri yang dah ada angin Mak Yong?

Kesimpulannya adalah penting dalam produksi teater untuk anah buah atau pemain mengikut kata pengarah. Katanya tentera Islam kalah di Perang Uhud sebab tentera-tentera Islam tak dengar kata Rasullullah. Lebih kurang begitulah.


No comments: