Benda ni yang buat aku excited ketika ini.
Walaupun belum keluar tapi aku bayangkan yang ianya dah keluar. Aku akan tulis "Out now! Buku yang takde kedai Print sudi untuk cetak kini telah terbit! " di Facebook aku nanti.
Tajuknya Alegori Robot Derhaka-pusi,cerita pendek dan catatan. Jangan tanya aku apa maksud ARD tu. Takde makna sangat. Cuma bunyinya nampak cool.
Ya benar, susah bebenor aku nak cari kedai print yang boleh tolong print buku ni. Bukannya aku takde duit, ada duit. Cakap je berapa aku kata, aku bayarkan. Tapi takde siapa yang sudi. Naka kata aku tak nama untuk jual produk ini itu aku tak boleh terima. Sebab bukan aku suruh diaorang jual pun. Aku nak upah diaorang print je. tapi takde company Melayu yang sanggup.Kadang-kadang aku rasa duit aku macam tak laku pulak hehe. Yang ada pun mahal nak mam***. RM24 untuk satu buku.
Akhirnya aku dapat satu port baekkk. Kedai Cina jugak yang boleh diharap.
Aku simpan cita-cita untuk menerbitkan sekurang-kurangnya satu buku setahun. Samada orang beli atau tidak itu tak penting. Yang penting ....aku tak tahu apa yang penting, tapi yang penting adalah untuk terus menulis dan terbitkan buku. Walaupun ada unsur syok sendiri. tak mengapa.
Aku juga mula menyimpan angan-angan untuk tubuhkan syarikat penerbitan dan pengedaran buku Melayu. Dalam angan-angan aku itu aku jual beberapa buku Indonesia yang nipis mukasuratnya. nama syarikat aku adalah Jalak Lenteng. JALAK LENTENG. Akan aku suruh Ajin buat logo syarikat aku tu, gambar lelaki ada misai lebat melintang. Bukan untuk tujuan nak cari duit, tapi untuk mengisi masa lapang. Dan juga berbuat baik dengan brother Lost.
Akan ada beberapa typo, kesalahan bahasa, cover fixel pecah dan lain-lain lagi. tapi aku tak peduli sangat benda-benda tu. Makin banyak salah barulah pure indie ..konon-kononnyalah heh.
RM15 je. Kalau ada duit je baru beli. Kalau ada tinggal RM15 untuk sampai cukup bulan aku cadangkan jangan beli buku. Baik beli beras, baik beli nasi. Makanan lebih penting dari buku. Percayalah cakap aku.
Aku menulis bukan kerana nama, bukan juga kerana harta. Tapi aku menulis sebab nak glamour....
Akan jual buku ini di Art For Grab, Central Market Annexe tengah September ini.
Friday, September 14, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
entah-entah DBP sekarang lagi indie kot. sebab dah tak ramai baca buku DBP
haha betul tu...
KENAPA SAYA LAMBAT TAHU!!!! NAK BELI!! ESOK JUGAK SAYA KETUK BILIK!!
"Aku juga mula menyimpan angan-angan untuk tubuhkan syarikat penerbitan dan pengedaran buku Melayu. "
Angan-angan tu jangan sekadar disimpan, go encik saat! XD
"RM15 je. Kalau ada duit je baru beli. Kalau ada tinggal RM15 untuk sampai cukup bulan aku cadangkan jangan beli buku. Baik beli beras, baik beli nasi. Makanan lebih penting dari buku. Percayalah cakap aku."
Suka ni hahahaha. okay tak sabar nak beli bye.
Post a Comment