Teater oh teater,....eh silap, Program Teater oh Program Teater
dikhabarkan bahawa dalam banyak-banyak program pengajian yang ada diUiTM ini ( seratus lebih katanya) Permintaan untuk program Teater Degree adalah yang paling rendah sekali.Maksudnya tak ada pelajar nak melanjutkan pelajaran dalam bidang teater. Antara beratus ribu pelajar yang tamat SPM dan STPM satu Malaysia, jumlah yang memohon teater tak sampai seratus.
ya ini bukan perkara baru. Untuk Degree sekalipun UiTM masih mengharap para pelajar Diploma untuk mengisi kekosongan tempat dalam program Teater. Hanya 1-5 pelajar sahaja dari pengajian STPM. Itupun
Ini bukan masalah baru. sejak penubuhan Fakulti seni persembahan ke Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik ke Fakulti Filem, Teater dan ANimasi permintaan dan minat para pelajar terhadap fakulti ini tak pernahnya mencatat peningkatan yang tinggi. Antara sebab nama fakulti bertukar 2 kali pun sebab untuk menarik perhatian ibu bapa dan pelajar bagi menyertai fakulti/program ini. Tapi nampaknya ianya masih gagal.
Kalau tiada progress takut pensyarah lebih ramai dari student. dan kalau tak meningkat juga kemungkinan porgram teater akan ditutup.dan bila program Teater ditutup, means no more job for lecturer Theatre.
1) Ibu bapa sangsi teater mampu memberi nafkaah pada anaknya
Mungkin ada benarnya disitu. gaji Aaron Aziz yang dikatakan berpuluh ribu satu bulan tak mampu menarik perhatian ibu bapa untuk merisiko. benar kata Ahmad Yatim, nak jadi kaya baik jual burger.
Jual burger tak payah pendidikan. Modal cuma beli topi je.
2)Pengarah yang ada tidak menggunakan pelajar Seni Lakon untuk membintangi drama/filem mereka
Di fakulti ini pengarah drama/filem paling ramai di universiti tempatan. seharusnya mereka menengetengahkan pelajar sendiri dalam filem/drama yang mereka lakukan. tapi sebaliknya tidak.Pelajar Seni Lakon tempatan tak cukup bagus. Orang luar tak bodoh. Kalau pensyarah fakulti tak menggunakan pelajar sendiri untuk carma mereka, apatah lagi orang luar nak percaya kebolehan pelajar sendiri.
3) Memang tiada minat pelajar tentang bidang teater
teater akan sentiasa dianggap sebagai bidang sampingan. Hobi dimasa lapang. Kalau di Us dan negara maju, teater diajar sejak kecil lagi. Kanak-kanak diperkenalkan kepada naskah sex bawah umur seperti Romeo dan Juliet pada kanak-kanak seawal usia 5-7 tahun, jadi mereka tak asing dengan teater. Maka bila mereka besar nanti pengkhususan seni visual performance mereka akan terpecah kepada teater dan juga filem.disini tak ada. Pelajar-pelajar masih lagi asing dengan teater dan persembahan lansung.
Jika dikatakan bahawa anak muda atau ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka memohon program seni yang dikatakan tidak menjurus kemasa hadapan yang lebih menjamin maka ianya tidak benar kerana permintaan untuk masuk ke program ARt And Design masih lagi tinggi. Jadi dimana kurang dan ketinggalannya program Teater ini?Adakah perkataan teater itu menakutkan orang? bagaimana mereka boleh merasakan yang Art n Design bunyinya lebih profitable dari Theatre?
Permintaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teater akan sentiasa sedikit dan akan terus sedikit. Maka dengan itu program Teater tak perlu dilihat sebagai boleh memuatkan seratus dua ratus orang dalam satu kelas. Dan walau bagaimanapun program Teater harus diteruskan, masyarakat para akademician juga sekalipun haruslah sedar bahawa pendidikan dalam bidang teater bukannya hanya menjuruskan kebahagian pementasan lansung semata-mata.cakap banyak takde, nak tahu lebih lanjut cuba tanya Plato.
Tuesday, August 7, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment