Friday, August 10, 2012

Jangan Takut Bosan

Banyak pengarah teater takut kalau nak bagi audience boring. Takut mereka keluar panggung katanya.

Kenapa takut? kalau ada benda yang kita boleh buat audience ialah dengan bagi mereka merasa boring.

Kalau pelakon kena ada displin begitu juga penonton. Teater adalah lebih dekat dengan seni mapan dari seni komersial. dan teater itu bukan hiburan semata-mata. Kalau teater itu hanya mendukung falsafah entertainment dan entertaining, audience yang datang melihat persembahan harus dibekalkan dengan playstation. Itu akan lebih meyakinkan mereka iaitu audience supaya lebih terhibur. Ah ini bukan aku je yang cakap. Khalid Salleh pun cakap benda yang sama.

Kenapa pengarah Teater takut nak buat penonton bosan? kalau ada orang yang patut kita buat mereka bosan ialah audience teater.

Toleransi kita semakin pudar pada gaya-gaya minimal. Semuanya mahu dilajukan, semuanya mahu action packed. manusia perlu ada kesabaran untuk menghayati seni. Penonton perlu ada ketahanan mental untuk menghayati seni. barulah apa yang kita cuba suap pada penonton mudah hadam.

Pada awalnya aku juga keliru dengan konsep ini. Sebab aku pun seperti manusia yang lain telah diracun dengan gaya dan teknik Hollywood yang fast packed. Dan kemudiannya gaya-gaya minimal mempengaruhi aku dari filem-filem Iran, Avant Garde Eropah dan yang lain-lain lagi. Imej dari babak-babak yang dikatakan 'bosan' itulah yang tegar dalam ingatan aku. Tapi satu yang jelasnya, babak yang 'boring' adalah imej yang paling kita ingat selepas usai menonton filem/teater.gaya yang pantas memang mudah untuk menangkap peghayatan penonton, tapi ianay tak lama. Penonton hanya akan impress sewaktu adegan itu berlaku tetapi babak-babak sebegitu tak boleh dibawa mati. Not memorable kebanyakannya.

Jadi pengarah teater tak perlu gusar tentang takutnya audience merasa bosan. Ada limit manusia boleh tahan menonton babak-babak bosan ini dan jika mereka masih lagi merasa bosan, mudah berasa bosan, penonton macam tu boleh pergi jahanam :)

jadi janganlah takut nak bagi penonton rasa bosan. Hidup mereka sudahpun penuh dengan warna warni. sesekali penonton merasa distract dengan adegan lakonan penonton takde salahnya.









.




2 comments:

ryann said...

kita hayati bosan itu.

walid ali said...

bosan berlaku bila ilang fokus