Thursday, August 2, 2012

9 lagu Patriotik Terbaik

Kenapa 9? Sebab 10 dah terlalu klise.

.Ada persamaan yang sangat ketara dengan senarai top ten lagu patriotik terbaik aku dengan yang sudah ditulis oleh Encik Lipas atau Tan Sri Frank Sinatra dalam blognya Catatan Seelor Lipas. Tapi percayalah kata aku yang ianya hanya kebetulan dan bukannya aku meniru bulat-bulat. Kebetulan yang sangat kebetulan.

Ok ini list 9 best lagu patriotik oleh dari aku. Kebanyakan darinya tak lagi berkumandang di TV RTM mahupun di radio. Ini lagu wajib bagi rakyat Malaysia. Tapi lupakan sebentar untusr. lagu patriotik, once for a all is a song. Dan ianya sepatutnya sedap.Lagu-lagu patriotik bukan sahaja bersifat positif untuk sesuatu komuniti tetapi juga boleh dilayan untuk memajukan individual. Dalam kata lain, nilai sesuatu lagu patritiok itu akhirnya perlu dilebih pada kesedapan lagu itu sendiri. And thats what lacking with lagu patriotik2 sekarang.

 Composer sekarang tak mampu cipta lagu-lagu baik seperti ini bukan sahaja kerana mereka tiada unsur-unsur kenegaraan, tapi ianya hanya simply kerana mereka tak mampu mencipta muzik yang baik.

9)MALAYSIA OH TANAHAIRKU
Malaysia oh tanah airku, Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta, Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas, Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang, Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia, Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga, Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia, Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka, Malaysia oh tanah airku

Komen: AKu tak tahu lagu ni tahun tapi aku rasa lagu ni satu zaman dengan lagu Tanah Pusaka. Lagu-lagu zaman tu tak banyak yang berirama marching dan rancak. Ianya cool dan rileks dan beralun bila dinyanyikan.Bukannya sing-a-long type of music tapi masih sedap dinyanyikan kalau suara sedap.

8) BALIK KAMPUNG (SUDIRMAN)
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti 

Komen: Balik Kampung lagu patriotik? huh? Balik Kampung is patriotik enough for me. For a 100 years rakyat Malaysia akan dikaitkan dengan lagu ini kalau Balik Kampung. Balik Kampung sebenarnya perkataan yang sangat sensitif kerana berkait dengan perkara perkauman 13 Mei. Tapi ditangan Sudirman ianya menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan. Tiada rancangan balik beraya di TV tanpa lagu ini sebagai background.


7) SETIA
Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara

Komen: Lagu ini ada banyak versi. Asalnya versi rancak, tetapi kemudian diimmortalkan oleh RTM dengan gaya nyanyian yang mendayu-dayu. Dizaman kemuncaknya lagu ni lagu pilihan terakhir di RTM sebelum tamat siaran . Tetapi sekarang rasanya takde (atau  penulis dah lama tak tengok RTM)

6) Tanah Pusaka

Sungguh gemilang negeriku
Yang kupuja oh tanah Malaysia
Dimerata dunia
Harum semerbak namamu oh Malaysia

Aman makmur kaya-raya
Selama-lama hidup maju jaya
Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka

Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa didalamnya
Hidup aman dan bersama
Bertekun kerja untuk Malaysia

Musuh melanggarku gempur
Sungguh rela kugugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata

Komen: No komen

5) Kemegahan Negaraku

Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku yang kucintai
Seumurnya maha perkasa
Kedaulatan ibu pertiwi

Malaysiaku maha berjaya
Negaraku indah murni
Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku ibu pertiwi

Komen: Aku tak rasa ramai orang ingat lagu ini. back in those days.....blablabla. Well anyway its a nice sing-a-long song.

4) PERWIRA
Perwira...
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira...
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

( 1 )
Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku

Komen: Its Saloma, get it? Masih, antara lagu yang perlu dinyanyikan oleh penyanyi tempatan untuk menunjukkan kehebatan vokal dan kawalan lenggok suara mereka.


3) Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

( korus )
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

Komen: Ingat lagu ni ingat Roy. And probably the best vocal Roy ever didi. pada zaman kemuncaknya Roy dianggap penyanyi patriotik kerana sering menjadi pilihan RTM untuk menyanyikan lagu-lagu berunsur patriotiknya. Selain sedap dinanyikan secara koir, lagu ini juga boleh dinyanyikan berseorangan ketika sedang mandi. Dan oh ya, Roy adalah bekas penyanyi Lefthanded.

2)Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Komen: Lagu immortal. Rasanya kalau Sudirman dapat royalti tiap kali lagu ni dipasang pada Malam Merdeka dia akan jadi lebih kaya dari John Lennon.tanda kalau lagu patriotik tu bagus, kanak-kanak boleh hafal lirik lagunya. Dan tak ada kanak-kanak di Malaysia ni yang tak hafal lirik lagu ni. Bila dengar lagu ni aku teringat Kampung Bharu, entah kenapa. 


1) BARISAN KITA
 Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

Komen: The best patriotic song ever, musically and lyrically. Fun, inspiring and sad at the same time. Lirik
 " Andaikata kami gugur semua, taburlah bunga diatas pusara. Kami mohon doa, Malaysia berjaya" seolah-olah ditulis oleh Morrisey.





4 comments:

Aku said...
This comment has been removed by the author.
Aku said...

what about Warisan? Saya rasa Warisan juga boleh dikategorikan sebagai patriotik, sama ada Warisan (anak kecil main api) atau Warisan nyanyian Sudirman. 2 lagu patriotik yang wajar disebut bagi saya.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

saat omar said...

Warisan Sudirman pun ok gak. Banyak juga lagi lagu lain tapi dah lupa.

Anonymous said...

semangat anak malaysia