Monday, July 30, 2012

Pasar Ramadhan

Aku bukannya peminat pasar Ramadhan. ya aku suka makan, tapi pasar ramadhan is a different matter.

Paling lemau ialah apabila bersesak-sesak. Dahlah waktu petang, tengah ngantuk bagai. Lemau jadinya.

Dan biasanya pasar ramadhan tak ada sesuatu yang istimewa pun, makanan dan air yang sama je. kau rasa macam kau nak makan semua tapi kau tak larat pun.

yang paling leceh ialah kena buka wallet setiap kali kau singgah nak beli benda yang kau suka.Patutnya membeli di pasar ramadhan pun macam membeli dipasaraya;disediakan trolley dan selepas letak semua ayam percik, nasi ayam dalam torlley, ada kaunter dihujung untuk dibayar. Kalau boleh pakai kad kredit lagi bagus.Kalau singgah 10 gerai, nak keluar wallet 10 kali penat jadinya.

....Dan plastik. oh my, i hate plastic. Plastic boleh buatkan jari kau putus. Semuanya kerana air bandung RM2.

di Pasar Ramadhan ada mitos yang mengatakan kalau kau pergi kesana sewaktu masa berbuka hampir tiba semua orang akan jual murah harga makanannya. Ini juga tak benar. Kalau itu betul berlaku semua orang akan mula bergerak ke Pasar ramadhan pada pukul 7.30 malam.

dan yang paling aku tak suka tentang Pasar Ramadhan ialah bila orang buat short form Pasar Ramadhan as Param. Lagilah aku tak berselera nak bershopping disana.

:)

5 comments:

Aku said...

Param is so distasteful! Kenapa semua benda nak kena short form kan? tak paham betul

ryann said...

ntah kan. ada ke param

saat omar said...

Param, Acapan, Ayapan dan Hans Isaac...

Fasyali Fadzly said...

setuju!!!

Anonymous said...

x setuju dgn PARAM,,,tp setuju kalau pegi PARAM waktu nak bebuka boleh dpt harga murah,,,