Friday, May 4, 2012

 1
Bila boss aku mintak Steven Spielberg untuk jadi panel Wacana Seni sempena Festival Filem Pelajar yang akan kami anjurkan, semua mata terbeliak. ramai yang terkejut. Nampak mustahil bagi semua.

500 tahun dulu kejadian yang sama pernah berlaku bila Sultan Melaka yang cuba melamar Putri Gunung Ledang meminta syarat-syarat pelik. 7 dulang hati nyamuk. jambatan emas dan sebagainya.

Tapi bezanya permintaan Putri Gunung Ledang itu hanyalah sebagai satu sindiran. dia minta yang pelik-pelik supaya Sultan Melaka tak mampu untuk penuhi. Tapi Sultan Melaka ni bukannya jenis faham bahasa. dia ikutkan juga permintaan Putri Gunung Ledang itu. Termasuklah nak sembelih anak dia sendiri. dia rela.

Tapi permintaan Steven Spielberg ni bukannya atas sindiran. Boss aku memang kalau boleh nak pengarah filem no 1 Hollywood tu datang.

2
Bila boss aku mintak Steven Spielberg untuk jadi panel Wacana Seni sempena festival Filem Pelajar yang akan kami anjurkan, semua mata terbeliak. ramai yang terkejut. Permintaan itu nampak mustahil bagi semua.

kecuali seorang. Amirul.

keoptimisan Amirul mengagumkan aku. Ketika boss mula marah-marah dalam meeting aku berkirim kertas dengan Amirul.
Aku tulis " tinggi sangat demand boss kau tu Mirul" tulis aku. Amirul ambik pen dan balas "Aim biar tinggi...kalau jatuh nanti ditengah gunung..bukannya di kaki gunung" tulis Amirul.

Berkali-kali aku baca falsafah AMirul tu cuba untuk faham.

Kemudian aku tulis lagi "Garangnya boss kau ni Mirul" dan Amirul balas "Kalau tak garang orang taknak dengar cakap, kerja tak jalan"

Amirul je yang yakin tak mustahil untuk jemput Steven Spielberg ke majlis pelajar. Kata Amirul dulu Spielberg pernah buat ceramah kat Finas. KAu cakap rancangan itu ambik masa setahun.lagipun Spielberg tu yahudi, dia mesti kalau nak datang minta duit punya. Dan dia pun tahu Malaysia di Islam kuat, dia Yahudi mesti pikir 2-3 kali nak datang.

Spielberg busylah Mirul, kata aku. Amirul yakin itu tak mustahil.

Akhirnya aku mengalah dengan sikap optimist Amirul. Ya tak mustahil untuk Sielberg datang bagi talk pada majlis pelajar. semangat optimist Amirul memang memberansangkan aku untuk mencuba benda-benda yang dianggap mustahil.

Ataupun Amirul memang tak kenal siapa itu Spielberg?




1 comment:

SHAH MOLOKO said...

Haha....lawak juge kamu nie...