Monday, April 30, 2012

Bersih 4.0

Pada zaman dahulu tinggal sepasang suami isteri yang telah tua. Mereka adalah pasangan yang miskin, kais pagi makan pagi. Pendapatan mereka hanya dari cucuk tanam dan juga haiwan peliharaan.

kerana miskin,lelaki tua itu selalu berdoa agar itik peliharaannya boleh bertelur emas. Suatu hari tuhan memakbulkan doanya, seekor itik peliharaannya telah bertelur emas.

 pasangan tua itu sangat gembira dengan kejadian itu. Tapi itik itu hanya berak telur emas seminggu sekali. Lelaki tua itu yang tak sabar untuk telur enam bercadang untuk membunuh itik itu kerana tak sabar untuk ambil emas-emas dalam rahimnya. .Ketika dia hendak menhayunkan parang ketengkuk itik itu, isterinya menahan.
"kalau awak bunuh itik ini, macamana dia nak menetas telur emas nanti?" kata isterinya, yang dulu belajar nursing. Dia tahu yang dalam rahim itik tu memang takde emas.

Lelaki tua tu tak jadi membunuh itik itu dan hanya membiarkan ianya menetas telur emas hujung minggu dengan penuh sabar.


Suatu hari pasangan itu cuba menjual telur-telur emas kepunyaan mereka di pasar . Jenuh mereka kehulu kehilir menjual emas itu tapi tiada seorang pun dari peniaga dipekan yang sudi membeli emas itu.
Peniaga pertama ragu-ragu dengan keaslian emas itu sehingga dia menolak untuk membelinya "saya tak pernah melihat emas, jadi saya tak tahu emas ini tulin ataupun tidak" kata peniaga itu.

Pasangan tua itu kecewa dan pergi kekedai lain.
"Saya tak perlu membeli emas ini kerana ianya tak berguna. "kata peniaga nombor 2 pula.

Pasangan suami isteri itu tidak berputus asa dan terus mencari orang untuk menjual telur emasnya.Tapi masih tiada yang sudi membeli. Akhirnya pasangan suami isteri itu pulang kerumah. Perut mereka terus berbunyi akibat kelaparan.

Akhirnya si isteri setuju dengan cadangan untuk membunuh itik itu. Suaminya terus memotong leher itik itu mengikut arah kiblat, dan pada waktu malamnya, pasangan suami isteri itu makan bersama-sama sambil bergelak ketawa. Kini mereka tak lagi kelaparan. Untuk hari-hahri yang seterusnya mereka ada anak-anak itik itu dan beberapa ekor ayam lagi untuk dimakan jika mereka lapar. Sejak hari itu pasangan suami isteri itu tidak lagi berangan untuk memiliki itik yang bertelur emas.

Apalah gunanya kalau ada emas tapi tak boleh dimakan.

No comments: