Aku mulakan post ini dengan ayat yang klise. Tapi aku ubah endingnya dengan nama majalah Time supaya nampak lebih cool,educated dan American.
...RASA seperti semalam aku beli Time Magazine dengan cover Mark Zuckerberg sebagai person of the year, dan kini aku mulai sampai kepenghujung tahun 2011.
Ketika Jaja yang julung-julung kali menumbuk sambal didapur, aku mengenang kembali penncapaian tahun ini didepan laptop.
Setakat ini, 27 Disember 2011, aku tak ada pencapaian.
muka keluar suratkhabar sebelah Faizal Therani dan artikel mengenai diri di Tunas Cipta tak boleh dikira sebagai pencapain sangat kerana ada konsep bantuan orang dalam disitu. dan lagipun ianya memang tak boleh dianggap sebagai penerbitan per se.
Dalam bidang penulisan misalannya, tak ada great leap forward.
yang paling mengecewakan bagi aku sebenarnya adalah hadiah Novel Pak Sako 2011. Hampir dua tahun lamanya aku mengidam hadian utamanya 40 ribu. aku sudahpun berkira-kira duitnya aku akan joli beli tv, beli Ipad dan Ipod, serta hadiahkan pada sahabt baik di opis Shahrizal sebuah Samsung tablet. Tapi aku tak menang. Saguhati pun tak. Setahun bertungkus lumus menulis novel yang cute dan sweet, berkisah tentang kanak-kanak nuklear dan gilakan buku tak mampu memenangi hati pengadil. menarik apa buku aku tu. 800 pages lagi. lagi sikit nak setebal 1Q84. heh.
Tapi aku tak menang. Kalau menang boleh juga aku berlagak kat satu ofis. yang menang adalah penulis muda yang baru meningkat naik, Anwar Ridwan. Err, maaf, Anwar Ridwan bukan penulis muda dan dia bukan penulis meningkat naik, dia adalah Sasterawan Negara. Eh buat apa SN masuk pertandingan menulis? bagilah peluang pada penulis tua macam aku ni pula.
Selain dari itu yang mendukakcitakan adalah yang kedua adalah tentang tergantungnya proses penerbitan novel kedua aku yang seakan digantung tak bertali. Amanah Terakhir adalah sebuah novel sehebat Ombak Rindu dan juga Ong Bak part Two, sebuah cerita kampung yang mengisahkan seorang tok imam berusaha mendidik anaknya supaya menjadi seorang manusia berguna. ianya penuh dengan melodrama, aksi percintaan, geli-geli, emosi,drama,kasih sayang dan unsur-unsur gay. Memang hebat novel kedua aku ini, ditulis dengan gaya Nabokov dan Turgenev in mind. Tapi kemelut DBP -Dawama yang muncul tiba-tiba menyebabkan penerbitannya sekarang lansung tak dengar khabar berita.Aku hampir-hampir memilih cover kulit buku. Agak-agaknya Dawama dan bakar manuskrip aku atau jual pukal ke Cina suratkhabar. Tapi takpe. aku ada banyak salinan pada thumbdrive. aku ada thumbdrive 4 gig yang aku beli di Subang Parade. Suatu hari nanti Amanah Terakhir akan terbit juga dan aku ada sesuatu nak diisi pada borang Penilaian Prestasi Tahunan.
Begitu juga dengan idea aku untuk menerjah masuk kelapangan filem sebagai penulis skrip. Skrip horror aku yang diinfluencekan dari genre kegemaran aku juga, Folk Horror, yang ditulis dengan Wicker Man dan Dont Look Now in mind masih lagi tak mendapat perhatian penerbit filem tempatan. Filem yang aku tulis ni memang berpotensi untuk jadi box office kerana suntikan elemen komedi, horror, moral, dan juga ada unsur-unsur sex sedikit. Ianya boleh dikatakan sebaris dengan filem-filem horror tahun 70an yang tak banyak dialog tapi banyak merewang; dalam kata lain ianya brilliant. Ianya juga murah untuk dishooting! hanya ada 2 lokasi utama sahaja. Boleh shooting tak sampai 14 hari beb.
pada hari Open Pitching yang julung-julung kali diadakan di Finas idea yang sama aku bentangkan kepada beberapa production house tapi masih gagal mendapat tempat kerana semua takut dengan idea gorenya, "takut kena cendored, kena banned" dan macam-macam lagi. Dalam masa yang sama filem Datin Ghairah ditayangkan di pawagam tempatan. Huh?Berita LPF akan dimansuhkan adalah satu berita yang baik dan amatlah aku alu-alukan. Aku harap ada producer yang beli skrip aku ni sebelum genre cannibal jadi trend dan lapuk dan boleh aku joli katak.
Well anyway, 2011 bagi aku bukanlah tahun yang produktif. cita-cita aku nak hadiahkan Rizal Samsung Galaxy Tab masih tak kesampaian. Dan dengan keadaan sekarang yang kais pagi makan pagi mampukah aku menonton persembahan Avril Lavigne di Stadium Merdeka nanti?
Ah!Namun begitu, jika difikir-fikirkan, 2012 pun mungkin tak ada banyak bezanya nanti. Kim Kardhasian masih ada her own show. Brad Pitt masih berlakon filem. Angelina Jolie masih ambik anak angkat dari Vietnam. Liverpool masih tak akan menang Liga Inggeris. yang berbeza mungkin cuma Lisa Surihani yang dahpun jadi bini orang. Shit. So I might as well celebrate 2011 dan merinduni pemergiannya nanti.
Cheers Negro!
Tuesday, December 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment