Thursday, December 22, 2011
SONGLAP dan Tempat Duduk Bas
Dalam babak akhir Songlap ,Adam dan Hawa naik bas ke Kuantan (of all places in Semenanjung. Macamlah mama tu tak bole kejar mereka sampai ke Kuantan). Ianya bas dengan 3 seat satu baris. Adam duduk disseat satu kerusi yang mengadap tingkap dan hawa duduk dibelakangnya kerusi 2 seat. Hawa mendukung bayi dan Adam melemparkan pandangan ke luar tingkap.
Sebab disebalik Adam duduk kerusi adalah mudah. Camera works memerlukan imej sayu Adam yang merenung keluar tingkap. Juga untuk shot dimana Shahiezy Sam berlari cuba mendapatkan adiknya itu.Element dramatik takkan wujud kalau Adam tak duduk kerusi tepi tingkap.
Tapi kenapa Adam tak duduk sebelah Hawa? Seat kosong disebelah Hawa untuk siapa?
Adakah Adam menyelamatkan Hawa bukan atas dasar cinta tapi atas kemanusiaan?
Atau mungkin Adam sengaja bagi Hawa duduk kerusi 2 seat sebab mudah untuk dia menyusu anaknya.
Memang biasa kalau karakter naik bas mereka akan duduk ditepi tingkap. Dari Midnights Comboy ke Van Damme dalam Bloodsport . Cuma ada satu karakter sahaja yang naik bas tapi tak dapat duduk sebelah tingkap; Forrest Gump. Itupun nasib baik Jenny bagi dia duduk sebelah. "You can sit here if u want" Kata Jennie. Terbeliak mata Forrest Gump dibuatnya. tak pernah ada awek comot bebruat baik pada dia sebelum ni. Maka Forrest Gump pun dapat tempat duduk. Kalau tak, kesian Forrest kena berdiri sampai kesekolah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment