Dah lama aku tak turun ke jalanan.
Bukan turun ke jalanan berdemo, tapi turun ke jalan sambut tahun baru.
kali teraahir 2-3 tahun lepas. Sebelum khawin rasanya. Beriya turun ke Curve macam orang muda, padahal tak sedar diri dah tua.
Paling aku ingat masa zaman Y2k. 1999 nak masuk 2000. Aku ada geng aku dalam benda-benda happening macam ni. kawan sejoget aku namanya Ijan. dari Penang. hensem jugak kulit putih dan pandai bergaya. Dia lukis Titanic gambar Leo dan kate tak payah tengok gambor. Punyalah pandai dia melukis.
Aktiviti-aktiviti disko aku biasanya memang dengan Jan sebab dia ni sporting. Cakap apa saja dia on. Masalah Jan ni cuma satu je. Dia ada gaya menarik yang kelakar sikit. beza macam aku, aku pandai menari. aku cool. kaki je goyang tapi badan bergerak sikit-sikit je.Nampak mudah, tapi skill sebenarnya tu. campuran Puff Daddy dan MC Hammer sikit-sikit.
Well anywway, So malam new Year 2000 kami di Bukit Bintang. Nak ke Hard Rock Cafe tiket masuk RM40. Cancel. yang free show hanya di Bukit Bintang sahaja.
Di Bukit Bintang rang ramai sesak macam biasa. Kami datang awal. kantoi sembahyang semua semata-mata nak celebrate New Year. Konon tahun ni lagi meriah katanya. Dalam perjalanan ke Bukit Bintang aku exlain kau Ijan bahawa millenium sebenarnya bemula next year, pada end of 2000 dan bukannya pada 1999. Oh ye ke, jawab Ijan.
"Habis tu nak sambut malam ni ke malam tahun depan?" Tanya Ijan lagi.
"EH malam ni lah. Aku dah siap dressing ni" jawab aku.
Ijan masa tu pun dah mula menaruh minat pada Radiohead. Sedangkan aku belum dengar lagu KId A. Aku masih layan OK COmputer dan The Bends hari-hari. Malu juga pada Ijan nak mengaku aku peminat utama Radiohead. Tapi takpe, Ijan cool. Ijan masa tu kerja di syarikat Grafik yang gempak. Gaji dia paling banyak.Masa tu aku duduk kKampung main telur hari-hari. Ni aku pergi ke KL semata-mata nak celebrate New Year. Seribu tahun sekali ok.
Ada stage besar. Siapa nyanyi aku tak ingat, yang aku ingat hanya sorang; Zainal Hijau. Aku tak minat sangat Zainal ni. tapi itu je yang ada. Bila dia nyanyi lagu Hijau aku sekali kumat kamit mulut.
jarum menunjukkan pukul 12 malam. semua orang bersorak. Aku pun yeah.
sampai pukul 3 aku kehausan. semua 7 Eleven dah hancur. takde lagi air. Semua kena serbu. 7 eleven dah jadi padang jarak padang tekukur. Katanya kedai tu penuh sesak sampai orang buka air dan terus minum kat dalam kedai.
Aku dah Ijan pun berjalan kehulu kehilir mencari air. Ada juga jumpa beberapa muka yang kami kenal. Kebanyakan kedai 7 eleven sekitar Bukit Bintang pada masa tu dah out if business.
Lepas Zainal perform tak ada yang menarik. techno sampai kepagi. Seorang lelaki terkinja-kinja diatas stage.
Sampai pukul 7 pagi, bas pertama. Ijan pulang ke Wangsa Maju. Aku pulang ke kampung. Penat, haus letih. Nak buat camne? aktiviti orang takde girlfriend. Apa aku dapat? tak tahu. tapi aku rasa aku dah jadi sebahagian dari sejarah; Ravers on the new years eve.
Sunday, January 1, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment