kalau orang tanya aku akan jawab throat infection. kalau diaorang tak faham jugak aku akan jelir lidah dan menganga luas-luas sampai diaorang nampak anak tekak aku.
Kemudian baru diaorang tahu kenapa aku hanya berdiam diri. Tapi yang mereka tak tahu sakitnya throat infection ini.
Ada 2 masalah besar bila seseorang (baca: aku) kena throat infection ini. yang pertamanya memang sukar untuk bercakap. kalau bercakap sakit sikit. Untuk kerja sebagai cikgu, sukar untuk aku skip aktiviti-aktiviti yang mengelakkan aku dari tak bercakap.
Yang keduanya makan. Makan paling sakit. terutama dalam kes aku ni, nanah dah bermaharajalela diserata anak tekak. nak makan sakit. jadi aku hanya makan benda-benda yang lembut sahaja, macam pudding dan makanan-makanan bayi.
Tapi yang menariknya aku tak terasa lapar pun. dah 2 minggu tak makan nasi. Bubur tak kira ok sebab bubur bukan nasi. Bubur is bubur :)
dah 3 hari dah berlalu lepas kali terakhir aku jumpa doktor. Tapi takde tanda-tanda pun nanah tu hilang. What if bakteria tidak lagi takut pada antibiotik ?
No comments:
Post a Comment