Sunday, November 20, 2011

Mistake demi mistake demi mistake.

Kesilapan demi kesilapan demi kesilapan.

Aku fikir aku dah bersedia menghadapinya, tapi bila ianya berlaku aku tak tahu mana semuanya.

pelupa sangatkah aku?

Kesan dari saki tekak dan demam inikah?

Atau dari dulu memang aku sambil lewa?

Atau (pendapat popular yang aku prefer) bahawa aku selalu lenyap dalam halunisasi aku sendiri sendiri sehingga aku lupa mana alam nyata dan mana yang tak nyata.

Dan yang paling teruknya dalam melakukan kesilapan ini hanya aku seorang sahaja yang terkial-kial membuat salah dan akan dipandang salah sedangkan yang lain terus cemerlang....walaupun antara kau dan aku,oh kita semua tahu kau yang lebih kuat mengular.

Alhamdulillah sepanjang bertugas aku tak pernah kisah tentang hal-hal kenaikan pangkat dan sebagainya. (disini semua orang memujuk semua orang agar lekas naik pangkat) seolah-olah itulah sahaja tujuan kehidupan kita itu;materialistik.r

Tapi dalam masa yang sama aku cuba untuk tidak menghampakan boss aku, institusi aku bekerja dalam menjalankan tugasan hakiki. Dalam kata lain, aku bukalah pekerja yang cemerlang dan aku juga bukanlah yang paling teruk.

Jikalau aku kais pagi makan pagi kais petang makan petang, itu memang pilihan aku untuk hidup sederhana.

Cuma kebelakangan ini aku sedari aku banyak menghampakan boss aku seorang yang baik budiman orangnya. Ini ditambah lagi dengan kesilapan-kesilapan remeh yang besar impaknya.

Ini ditambah dengan demand dari fakulti yang semakin....err demanding. fakulti sekarang dah macam event management dan aku yang lemau bekerja secara kumpulan mula mencair ruang untuk aku sendiri bernafas dengan kelompok dan cara aku yang junub.

Dan sedikit demi sedikit aku tersisih antara nama yang terbaik, walaupun bukan itu niat aku sebenarnya. Dan yang lebih teurk lagi ianya menghumban aku ke kancah kekebalan yang aku ciptakan sendiri.




No comments: