masa tak memihak pada aku. Dan aku juga tak berlaku adil dengan masa.
Semalam, waktu malam tidur aku ada idea romantis tentang cahaya malam dan kegelapan. Aku rindu pada waktu itu-cahaya gelap diwaktu malam dan cahaya yang samar-samar. masa aku belajar di universiti dulu (institut sebenarnya, belum universiti lagi) kerana aku tak mampu untuk bayar sewa rumah kat luar, aku ikut Oun tidur kat studio. Oun lagi old timer pasal tidur dalam studio ni-dia dah berkelana di Fine Art Building sejak part 3 atau part 4. Hantu apa yang dia tak jumpa, semua dia dah jumpa.
Ah itu waktu zaman kegemilangan. takde duit pun boleh hidup seminggu. Aku pun tak tahu macamana aku buat lalui semua itu. Dihujung tahun ketika semua pelajar sibuk dengan karya terkahir masing-masing aku memberanikan ikut Oun. Oun dan 3 orang kawan yang lain setinggan diatas Fine Art, dan dibawah studio Rithdzaudeen tidur dalam studio printmaking. Studio fine Art adalah rumah kami, tempat kami melukis, tempat tidur, tempat makan dan mandi.
malam pertama pak guard naik bangunan Fine Art lepas pukul 12 memeriksa bangunan. Ini jarang berlaku, kata Oun kemudian, biasanya Pak Guard hanya melintas sahaja dihadapan jalan. Oun dan kuncu-kuncunya berlari ketepi sudut menyorok dihujung bangunan. "Kerplank!" bunyi kaki mereka memijak besi pelantar. Aku yang terkejut dengan budaya setinggan turut berlari mengikut dari belakang macam poseur.
hanya sejam kemudian keadaan kembali aman kami kestudio.
Ada masa-masanya kami terpaksa berlari tepi hutan bila diganggu pak Guard . Todin pernah 3 jam menyorok bawah longkang.
Tapi aku tak lama scouting. AKu tak boleh tak mandi. Tapi kenangan di Studio Fine Art bila duduk seorang diri dalam gelap adalah kenangan paling spiritual pernah aku alami. Bila duduk seorang diri terasa seakan ada hantu senior yang hebat-hebat dari masa lampau datang mengunjungi aku.
Tapi itu dulu zaman masa student-zaman masa miskin.
Sekarang aku tidur dengan lampu penuh menyala.Dan malam tadi aku cuba tutup semua lampu , selak langsir ketepi supaya lampu jalan boleh masuk suram-suram kedalam rumah aku.
Ya ada sesuatu yang manis dan romantis dengan kegelapan dan cahaya yang suram-suram. Ianya kekosongan yang amat dekat.
1 comment:
ya..walaupun daif sangat masa tu tapi hati tak pernah rasa cuak,tak rasa terbeban dek hutang itu ini, target cuma satu nak habiskan study...dpt degree dan kerja. arghh bila dah kerja rupanya lagi terbeban, bukan senang nak apply cuti mahupun ponteng sesuka hati.
Kalau dulu dapat minum air kopi+teh (campur sebab x xukup perisa) dah kira amat lazat. Makan nasi sebungkus kongsi 4, 5 orang..daif tapi hati tenteram penuh gelak tawa jer..ishh..tak boleh tulis dah..rindu masa silam tu!!
Post a Comment