Sudah tentulah aku dah menonton Tree of Life, orang ada kelas macam aku ni, Mestilah filem-filem terbaik yang menang award akan jadi buruan aku.
Call me sucker for prize,tapi itulah aku. Kalau tengok DVD yang ada sticker Oscar, Cannes Golden Bear German, Golden Horse, Golden Lion, Golden Calf, Goterberg, San Sebastian, Fajr, dan apa ke lagi entah , biru mata aku jadinya. Terbeliak. nak taknak kena beli. Elit tak elit. Ada beberapa sebab kenapa aku hanya memilih yang terbaik. Pertamanya kerana out of curiosity. dan yang kedua masa yang singkat menyebabkan aku terpaksa choosy. Kalau orang putih kata Tree of Life tu bagus, maka aku yakin ianya bagus. Believe the hype and yes I do. Takkanlah aku nak deny judge-judge orang putih yang hebat-hebat tu kan?
jadi aku cuba menonton semua filem yang telah menang best award......errr kecuali Hikayat Merung Mahawangsa. Cuma filem tu je aku takde rasa hati nak tengok. Maaf. Aku kenalah jaga standard aku, ok?
Tree of Life is urban epic.
Namun begitu ianya bukanlah filem yang mudah untuk ditonton. masa terhimpit antara kehidupan dinosaur, big bang dan kehidupan manusia-manusia suburb lain-lain lagi. Akhirnya fate manusia itu berada ditangan manusia sendiri. Ibarat novel-novel JMG Le Clazeir. Tree of Life dikiri dan Indiana Jones and The Temple of Doom dibelah kanan.
tak semua filem-filem Cannes ini sukar untuk dihadam. Jangan salah anggap. Pulp Fiction,Life is beautiful dan Underground adalah
Ada persamaan rupa-rupanya filem Terence Malick ini yang baru aku notice. Dari Badland ke Days of Heaven ke The Thin Red Line. Watak yang rebel. Kalau di Malaysia tu mungkin di Pulau Sa Dan Di. Manusia yang terhimpit dengan kemodenan,sistem dan perubahan politik ekonomi. masa yang terperangkap dengan jaringan masa. Manusia-manusia yang memberontak. Tapi bukan dengan fizikal yang rebel ,sebaliknya bercampur-campur dengan gaya yang cool dan landskap yang tidak berubah dengan perubahan masa.
jadi Terence Malick ada juga rebelnya. Ianya tersembunyi dibalik landskap-landskap desa yang indah. Dari badlands sehinggalah ke Tree of Life ini. Dan pada Tree of Life ini ,watak rebelnya lahir pada watak kanak-kanak-kanak-kanak yang memberontak kerana ayahnya tipikal southman-yang menjadikan isteri dan anak-anak sebagai tempat mepelas geram. Ini watak tipikal American-Dari Foreest Gump dan countless other movies, inilah watak-watak bapa yang kita tonton. Bila mereka mabuk, memreka suka pukul orang. Kerana negro dah berinpdah ke pekan dan tidak lagi mengutip kekabu, maka yang menjadi sasaran hanyalah anak darah daging sendiri.
Brad Pit-oh tuhanku! sampai bila Amerika harus mengagungkan pelakon pujaan ini aku pun tak tahu. di Amerika, semua orang pernah kena sumpah, kena kutuk kena hina-dari Obama ke Osama ke cakap sajalah siapa sahaja. Cuma seorang sahaja yang bersih dimata Amerika; Brad Pit. Lelaki ini patut digunting sahaja lidahnya kerana dia berlakon banyak menggunakan lidah.
dan di Tree Of Life walaupun ada unsur-unsur cuba mengelak dari lakonan gaya 'menjilat lidah' tapi akhirnya Brad Pit kantoi juga. Dan sehebat mana pun pengarah, pengkritik filem di Amerika itu, gaya typecast dan gaya klise Brad Pit itu seakan boleh dimaafkan.
Dan Sean Pen, such a great actor he is, kemunculannya hanya seperti model yang kehulu dan kehilir, penuh dengan wajah sengsara, tertekan dan sesekali merentap rambutnya.
"I didn't at all find on the screen the emotion of the script, which is the most magnificent one that I've ever read. A clearer and more conventional narrative would have helped the film without, in my opinion, lessening its beauty and its impact. Frankly, I'm still trying to figure out what I'm doing there and what I was supposed to add in that context! What's more, Terry himself never managed to explain it to me clearly."
Sean Penn
Tragedy oh tragedi. tragedi tempatnya paling tempat dalam genre drama. Itu yang orang Greek katakan. Itu yang Greek percaya. Lebih dari komedi lebih dari segalanya. Benarkah? Tree of Life antara lain memyakinkan kebenaran pada pendapat itu. ya tragedi lebih dianggap serius dalam drama. Manusia memang suka melihat manusia lain sengsara.
Tapi apa tentang kehancuran institusi keluarga yang membuatkan kita tertarik? Adakah seni itu hanya pancaran pada kebobrokan sahaja.
b
Di Amerika misalannya.
Divorce rate di Amerika memang membimbangkan. dikhabarkan 50% dari perkhawinan berakhir dengan perceraian. Fakta yang menyedihkan. Tambahan lagi bila ianya berlaku di negara maju seperti ini. Jika kemewahan hidup tidak mampu memberi manusia kebahagiaan, apa lagi? Atau sebenarnya bila manusia menjadi semakin bijak maka helah dan tuntutan manusia semakin besar?
Tree Of Life dibina atas rentetan kecamukan ini. dari Godfather kepada American Beauty kepada Tree of Life. Bila kapannya kita mahu ditontoni dengan kisah hidup keluarga yang aman-damai? Oh kenapa tidak? hanya 50% sahaja keluarga di Amerika berantakan, bukannya 100%!
Yang lucunya beberapa setelah menonton Tree of Life, aku menonton sebuah filem lama. Sebuah filem yang kata Orson Welles mampu membuatkan batu menangis. Make Way For Tomorrow adalah antara filem yang memberi inspirasi pada Tokyo Story. Aku boleh katakan hati aku tersentuh dengan filem arahan Leo McCarey itu.
Mungkin Tree Of Life menang Palme d' Or. Mungkin Tree of Life lebih epic, lebih besar skopnya dan lebih 'cosmic in scope' . tapi jika diberi pilihan,untuk merasa tersentuh-(which is thats the biggest concept of art after all) give me movies like Make Way For Tomorrow anyday.
No comments:
Post a Comment