Bila habis menonton, ini reaksi aku: " oh baru aku tahu....ini rupa-rupanya filem yang orang kata-katakan tu huhuhu". Aku tersenyum sendirian.
REVIEW
Ombak Rindu adalah tajuk filem paling cheesy pernah aku tonton. Tapi takpe, ianya berdasarkan novel popular. Kalau tak memang nak kena tempeleng siapa yang bagi tajuk ni.
....Dan ianya diarahkan oleh Osman Ali. Sejak bila Osman Ali jadi soft? kita akan berfikir. tapi bila difikir-fikirkan semula, filem pertama Osman Ali adalah Malaikat di Jendela. so....yeah, it all makes sense now.
Ombak Rindu bermula dengan babak kanak-kanak bermain layang-layang ditepi sawah padi-satu scene yang sangat fake dan pretentious. Tapi bila difikir-fikirkan, semua babak dalam filem adalah fake dan pretentious. Termasuklah lelaki extra yang masuk frame dengan menungggang basikal. _ok masuk akal.
Maya Karin adalah tipikal gadis desa. Berbasikal kesawah,guru mengaji. Tapi tak suka berpakwe dengan lelaki kampung yang takde masa depan macam Bron. Dalam kurang dari 15 minit pakciknya yang rakus menipu Maya dengan membawanya ke KL untuk menjualnya bagi ganti hutang. Di KL maya dihantar ke disko. Tipikal pakcik yang jahat dan tipikal disko yang jahat. Disko dan kejahatan dalam filem Melayu macam nasi dan sambal belacan,tak boleh dipisahkan. So much so that every student yang belajar filem di Malaysia harus diajar untuk shoot dalam disco dan pub;lighting,camera angle dan bagaimana untuk menari cowboy bagi para extra.
Kemunculan Aaron Aziz adalah dengan baju putih dan seluar putih -Of all the colors in the world! Tapi Aaron Aziz tidak bermula sebagai saviour. Aaron Aziz pada awal babak sama juga macam mana-mana anak lelaki yang kaya raya-suka menodai perempuan kampung yang tak berdosa. Aaron Aziz memang lelaki yang rakus.
Mungkin kerana maya hebat diatas ranjang maka Aaron Aziz berniat untuk membelanya. Ini sesuatu yang pelik bagi budak kampung dara seperti Maya. samada Maya memang pernah ada experience diranjang sebelum ini atau memang Aaron Aziz yang suka pada ayam kampung.
Ombak Rindu sebagai sebuah filem, ada semua elemen-elemen tipikal Melodrama-gaya yang ditiru dari telemovie tempatan.
1)Maya Karin kena jual dengan pakciknya untuk dibayar hutang.
2) maya karin seorang gadis kampung yang tak berdaya.
3) Maya Karim dipaksa melacurkan diri.
4) maya Karin diselamatkan oleh Aaron Aziz yang rupa-rupanya memang berniat jahat.
5) Maya Karin tiada tempat mengadu kecuali bermain dengan kucing.
6) Maya Karin dijadikan mangsa sex rakus Aaron Aziz
7) Maya Karin disangka mengandung.
8) Maya Karin sakit ditolak kedinding dan disuruh menggugurkan kandungannya yang disangka telah mengandung oleh Aaron Aziz.
9)Maya Karin akhirnya dikhawini oleh Aaron Aziz tapi dia masih memanggil Aaron Aziz sebagai 'encik'
10) Maya Karin menjadi konflik cinta tiga segi antara Aaron Aziz dan juga wanita yang seharusnya dikhawinkan dengan Aaron Aziz.
11) Maya Karin bekerja sebagai setiausaha Aaron Aziz tetapi dilayan buruk oleh ibu Aaron Aziz dan juga tunang Aaron Aziz
12) Maya Karin tersepit bila tunang Aaron Aziz menyuruh maya Karin jadi spy mengintip Aaron Aziz dengan siapa dia menjalinkan hubungan.
13) Ibu Aaron Aziz tahu hubungan anaknya dengan Maya Karin dan cuba memutuskan hubungan mereka.
14) Aaron Aziz eksiden.
15) Maya Karin merasa bersalah kerana dia merasalah dialah penyebab Aaron Aziz kemalangan
16) Maya Karin dihalau dari hospital oleh ibu Aaron Aziz
17) Maya Karin cuba menghubungi Aaron Aziz dengan telefon tetapi ibu Aaron Aziz tak membenarkan dia menggunakan telefon bimbit atau facebook.
18) Maya Karin dihalau dari rumah oleh ibu Aaron Aziz.
19) Maya Karin melihat dikaca tv perkhawinan Aaron Aziz yang gilang gemilang
20) Maya Karin menjadi mangsa fitnah ibu Aaron Aziz
21) Aaron Aziz rupa-rupanya adalah anak kepada Zaidi Omar,pembantu rumah mereka.
Malang yang bertimpa-timpa pada maya mudah membuatkan penonton bersimpati. Tapi aku tak rasa Maya Karim ada 'anugerah' untuk babak-babak dan genre sebegitu. Sekurang-kurangnya bukan classical type dari filem Melayu pada tahun 1950an.
Namun begitu, Ombak Rindu bukanlah sebuah filem yang painful to watch. Walaupun melodramanya sangat menekan, tetapi kerana kisahnya yang sentiasa yang bergerak dan emosinya yang sentiasa berubah menyebabkan ianya mudah untuk dihadam. ya ada sesuatu ikatan tentang Melayu dan melodrama yang sukar untuk kita jauhkan(ini sesuatu yang boleh dikaji)
Mungkin kerana itu kita (baca: Orang Melayu) mudah hadam filem-filem Hindustan.
Wallahualam.
Jadi Ombak Rindu sebuah filem yang biasa pergolakannya. Ombak Rindu boleh jadi luar biasa,memisahkannya dari filem-filem Melodrama yang lain dengan dialoh-dialog yang maha bijak. smart dialog. Ini boleh dilakukan dengan babak ibu Aaron Aziz bila dia dapat tahu Aaron Aziz menyimpan perempuan, dan juga ketika Lisa Surihani berdepan dengan Maya Karin buat kali pertama. Tapi itu tidak berlaku;dialog-dialog 1,2,3,4 yang biasa dituturkan. Easy dialog.Mungkin itu stratefi pengarah untuk menarik perhatian penonton-penonton yang terbiasa dengan drama-drama tv tempatan.
Akhirnya, babak-babak yang akan kita ingati dari Ombak Rindu adalah adegan-adegan Aaron Aziz memeluk Maya Karin dari belakang ditepi pantai, Aaron Aziz memeluk Maya Karin dari belakang diatas yatch. Dan Aaron Aziz memeluk Maya Karin diatas katil ketika kedua-duanya terlentang. Adegan Zaidi Omar pergi ke Melah memang orang takkan ingat lansung.
Banyak pujian pada lakonan Maya Karin dan Aaron Aziz. tapi pada aku, saya, gua, lakonan Lisa Surihani paling stand out the most hahaha.
hahahaha.
Hahahaha.
Aku menonton Ombak Rindu di Space U8 Shah Alam. sebuah cineplex dengan interior yang aneh dan suram lampu dindingnya.

6 comments:
Tertido di panggung... Halalkan tiket RM8 untuk artis melayu.
kalau tertido tu kira duit servis aircond ah..:D
ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAH HIWABARHAKHATUH! barulah aku dapat membaca kembali blog kegemaran aku nie setelah hampir setahun loop*
best sgt ke?? salam kenal.. jemput singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba kembara ke 46 buah negara.. :)
hehehehe... btl3...
Cineplex u8 shah alam?..kat mana erk?..really dah lama aku tak masuk panggung!
Post a Comment