Tuesday, August 30, 2011



1
Seorang kawan tanya camne raya best ke?

Aku ingin nak menjawab "Aku dah tua. Takde definasi best tak best untuk raya."

tapi tak sampai hati (sebab dia pun tua) ,jadi aku cuma jawab biasa jer.

"Biasa je"jawab aku.

Yang pastinya duit banyak keluar. Ada dekat seribu.

Takpe raya setahun sekali, kata pujukan klise itu.

Walau aku spend dekat seribu, ada juga anak saudara yang complaint sebab dapat duit raya sikit. "Dua ringgit je?" katanya bila membuka sampul angpaw itu.

Aku hanya ketawa. Aku dah tau lama dah dua ringgit tu sikit nilainya sebagaia angpaw. tapi nak buat macamana?takkan aku nak bagi rm5?

dulu nak dapat lima posen kira dah besar. Berebut nak kerumah Megat Junid. Tapi itu tahun 1985lah tapi.


dimata kanak-kanak itu aku bukanlah lelaki cool.

Tapi aku deny RM2 tu nilainya kecik. motor aku aku isi minyak dua ringgit tiap-tiap hari ok.

benda-benda yg aku enjoy buat pada hari Raya
1)PERGI PASAR BELI AYAM

2)PERGI PASAR BELI IKAN

3)PERGI PASAR BELI UDANG

4)ISI MINYAK KERETA PENUH

5)TENGOK EPL HUJUNG MINGGU

6)MAKAN

7)DENGAR TAKBIR

8)JAM DILEBUHRAYA

9)DENGAR OASIS DAN THE VERVE DALAM KERETA SEWAKTU MEMANDU

10)MANDI WAJIB PADA SUBUH PAGI RAYA

11) JUMPA KAWAN LAMA TEPI JALAN DAN CAKAP TAK SEMPAT NAK SINGGAH RUMAH

12)MAKAN LEMANG DAN RENDANG



takde satu pun aku mention tgk cerita Melayu di tv.







2

seorang kawan tanya aku best tak raya aku tahun ni?

aku jawab "best. Best giler!"

Sunday, August 21, 2011




Al Fatihah untuk penulis besar tempatan Azizi Hj Abdullah.

Saya opernah bertemu sekali Azizi Hj Abdullah di bengkel penulisan Port Dikson. Kata-kata dia, antara ramai adalah yang paling melekat. "Tulis je. tulis" katanya memulakan bicara. Sudah tentu dia merujuk pada kekangan teori dalam penulisan yang banyak menghalang idea kreativiti penulisan.
Kemudian dia bercerita panjang tentang teknik dan cara bagaimana dia menulis. Seperti yang dijangkakan dia seorang yang lucu bila berbual.

Masa makan tengahari saya makan disebelah arwah. Dalam banyak-banyak benda yang boleh saya fikir hanyalah soalan perbezaan menggunakan mesin type dan komputer bila menulis.

Al Fatihah untuk Azizi Hj Abdullah. ramai orang menyangkakan lepas Anwar Ridhwan, Azizi Hj Abdullah adalah yang paling layak untuk anugerah Sasterawan Negara. tapi tak kesampaian.

Friday, August 19, 2011

Dah 12 hari aku tak beli Roti Jala makcik tu.

Bukannya taknak, cuma kuah duriannya dah habis.Roti jala cicah kari bukan minat aku.

Kadang-kadang bila melintas gerai pakcik itu, makcik, isterinya akan tersenyum pada aku.Aku sempat balas senyumannya sikit, berpaling dan meneruskan perjalanan aku.

Tak pulak makcik tu suruh aku beli makanannya yang lain.Mereka orang yang terhormat.

Mereka tahu kehadiran aku disini hanya nak beli Roti Jala dan Kuah Durian sahaja.

benda lain aku taknak.

Monday, August 15, 2011

...dialog dari Karate Kid rupa-rupanya


Link




diaripendidikan.blogspot.com/






Blog baru.Kerana apa yang ditulis tak semestinya harus dibaca tapi harus ditulis.

Percaya atau tidak, the best moments dalam hidup aku berlaku pada bulan Ramadhan.

Itu sebab aku amat menghargai bulan keberkatan ini.

yang paling aku ingat ialah suatu hari pada bulan Puasa ketika Abang Ipar aku memperkenalkan aku pada VHS player. Ianya berlaku pada bulan Ramadhan sekitar tahun 1983, atau awal.
Rumah abang Ipar aku (yang ketika itu belum lagi berkhawin dengan Yong) terletak tak jauh dari kedai jauh,kedai deret Cina yang berhadapan dengan Lorong Masjid.Rumahnya keicl dan terperuk kebawah. Nak masuk kedalam rumah berdinding kayunya kena meluncur kebawah sikit.

Pad hari itu, Pak Nun bawak aku kerumahnya untuk menonton video. Itulah kali pertama aku melihat VHS player. Aku dah lupa brand apa, mungkin JVC agaknya. Ianya the best benda aku pernah lihat. Video player ini boleh memainkan filem-filem Indonesia dan Hindustan yang violencenya tak setanding dengan apa yang aku lihat di tv nasional. Itu rare.

Video pertama yang dipasang adalah filem Indonesia. Sibuta or something.(Bukan sibuta dari Gua Hantu)Aku tak boleh bagitahu nama pelakon lelakinya sebab aku malas nak google. Tapi bukan Barry Prima dan bukan Advent Bangun. Bukan Slamet Rahardjo. Sape entah. Tapi dia memang otai.

Ada sesuatu yang manis dengan VHS player itu. Yang pertama sebab flip openernya. Betapa awenya Marty McFly ketika melihat DeLereon begitulah awenya aku ketika melihat flip openenrnya ketika 'memakan' pita VHS misteri itu. Selain dari itu VHS Player ada baunya tersendiri. Mungkin pada baunya selain dari bentuknya yang sangat teknikal. Baunya sedap dan menggiurkan aku. Tambahan lagi bila opener VHS tu terbuka seakan ada bau 'hangit' keluar dari player itu. VHS Player itu membuatkan aku sangat hormat dan respek dengan Pak Nun. tak ramai orang ada VHS Player ketika itu.
Beberapa hari kemudian aku dipertontonkan dengan Naseeb, filem yang memperkenalkan aku dengan Amitha Bathcan dan Hindustan.

Sejak itu takde yang lebih cool dari VHS Player itu. dan tak ada lelaki yang lebih cool selain Pak Nun yang memiliki video itu.

Aku ketagih lagi untuk pergi kerumah Pak Nun dan melihat VHS player itu. tapi sebab aku budak nakal, perlahan demi perlahan Pak Nun malas nak layan aku.

VHS Player itu kini terus menjadi sandaran romantis aku bila mengingat zaman-zaman awal Ramadan old school itu; Keinginan untuk menonton VHS dan bagaimana uniknya design VHS Player itu.

Cuma yang aku tak boleh jelaskan adalah bagaimana aku tahu semua itu berlaku pada bulan Ramadan? Mungkin agaknya ketika itu adalah tahun-tahun awal aku mula berpuasa secara serius.

Atau mungkin juga ketika aku sedang obses melihat JVC itu 'bekerja', seseorang didapur sedang memasak dan bau dari masakannya menganggu nafsu makan aku.


Thursday, August 11, 2011

Bagi sesetengah orang(termasuk Muslim) Ramadan adalah bulan yang menyekat kebebasan.
Tapi bagi aku pula sebaliknya, Ramadanlah bulan yang memberi kebebasan.

Kebebasan dari memilih makanan dan aktiviti-aktiviti membabitkan makanan.

Pagi biasanya aku akan ke restoran. Kadang-kadang memilih menu pun satu bebanan untuk orang yang tak suka makan seperti aku ni. Roti canai dah makan semalam?
Dan yang paling payah juga proses nak melibatkan diri untuk aktiviti-aktiviti makanan dan bersarapan pagi itu.

nak parking motor. nak letak helmet atas motor. nak berjalan kaki ke resoran. Dan kalau nak makan di Kandang, kena turun kebawah bukit sikit, kena berhati-hati bila berjalan takut tersadung.
Kemudian memilih tempat makan.
Kemudian nak menceduk makanan untuk pilihan , kerang or hati or telur goreng .
Dan kemudian nak berinteraksi dengan 'pelayan' tentang air apa yang harus aku order.

Dan yang paling leceh adalah aktiviti terakhir yang melibatkan aktiviti-aktiviti makanan ini; ambil wallet dari poket ,buka wallet dan bayar.
Itu aktiviti paling boring ketika wang kerta mula dicipta bagi menukar sistem barter.
Pemahaman yang duti simpanan kau akan mengecut hanya kerana nak mengitar taik.

Itu baru aktiviti pagi. Untuk sarapan lagi. belum lagi makan tengahari.

makan tengahari lagi haru. Dalam panas terik.

Dan biasanya duit yang dikeluarkan dari wallet untuk makanan tengahari akan lebih besar dari nilai untuk sarapan pagi. Rutin yang menyesakkan. Dan sheingga kini tamadun moden gagal untuk menyelesaikan kerunsingan ini.
ya ada card credit;tapi ianya masih disimpan di wallet.

Kenapa kita tak gantung sahaja kad kredit kita macam kita gantung rantai?

Di bulan Puasa aku tak perlu buat semua benda itu.
Aku lebih bebas dari nafsu makanan.

Cuma dugaan bulan Ramadan pula adalah ...Pasar Ramadhan.
pasar Ramadanlah yang meragut kebebasan aku.

Aku mulai tak menyukai Pasar Ramadhan. Seperti yang aku katakan, aku benci plastik merah. Ianya fragile. Ianya sloppy. Ianya banyak sangat dan ianya bersepah-sepah. dan ianya bukanlah kuat sangat kot.

Aku juga paling benci bila bersesak-sesak dengan pengunjung lain. Dna ini ubkanlah konsert rock atau gigi. masing-masing juga untuk tidak bersentuh antara satu sama lain.
Dan baunya juga hangit, antara ayam masak madu dan juga bau murtabak.Bau-bau begini jika dihidu oleh orang yang lapar memang hanya akan membuatkan kepala pening.
kemana saja aku pergi aku akan nampak wajah-wajah kebulur.

Biasanya ketika di Pasar Ramadan hanya satu yang aku nak; Sampai kerumah dan tergolek atas katil. tapi aku tak boleh;aku kena membeli belah di Pasar Ramadan.

Disitu kebebasan aku dirampas .Pada waktu petang di bulan Ramadan.

Tuesday, August 9, 2011

cave of The Golden Roses dan Roti Jala Kuah Durian

Baru aku ingat apa yang aku buat pada Ramadhan tahun lepas.
Aku menghabiskan banyak dari masaku untuk menonton The Sopranos. Dari season awal sampai ke season 6.
Selain dari itu imej aku berkeliaran dipasar Ramadhan Saujana Utama juga segar dalam ingatan aku.

Sedikit demi sedikit aku mulai tak menyukai pasar Ramadhan. Siatuasinya sama sahaja saban tahu. Aku mengegndung makanan dan plastik kehulu kehilir. Dan aku benci plastik. Terutama plastik merah (kerana kebanyakan plastik memang berwarna memrah)
Dalam aku hasu, penat, mamai dan bergesel-gesel.

Aku rindu pada Ramadhan dulu-dulu sebelum Pasar Ramadhan yang kita kenal sebagai Pasar Ramadhan sekarang wujud. Ya, di tv1 ada cerita arab (yang beberapa babaknya diambil dari filem Ten Commadnment) dan kemudian rumah kedai di TV3. Kemudian Jejak Rasul mengambail alih obsesi petang.

Beberapa tahun terbelakang ini juga ada tayangan The cave of the Golden Roses. AKu ingat kalau tak silap ada 2 Ramadhan yang menayangkan siri tv Itali ni di RTM2. Ah selepas tu aku takde memori tentang Ramadhan. baik memori bersama kawan mahupun memori manis dengan TV.
ku berbuka puasa dengan komputer sorang-sorang. dirumah sorang-sorang.

2
Di pasar Ramadhan Saujana Utama ada pakcik yang jual Roti Jala dengan Kuah Durian. Ini makanan yang paling-paling aku cari didunia ini. Seingat aku pertama kali aku makan Roti Jala dan Kuah Durian adalah ketika di function sebuah hotel berbintang-bintang di KL. Sejak itu aku mulai jatuh pada Roti Jala Cicah Durian.
Tapi ini makanan rare sebenarnya. Tak semua Pasar Ramadhan ada jual.

Pakcik yang jual Roti Jala tu mula kenal aku. Tiap hari aku jumpa dengan dia dan aku akan tanya roti jala kuah durian. Sampailah dia cakap yang kuah durian dah habis. Kemudian aku berhenti membeli dikedainya.Itu tahun lepas.

Tahun ini dia ada balik jual Kuah Durian dan Roti Jala.Dan dia ingat aku!
AKu beli 10 Roti Jala. Dan mungkin kerana pakcik tu tahu aku suka Kuah Durian, dia tambah lagi kuah durian dalam bekas plastiknya.
Di Fb aku post tentang roti jala cicah durian dan yang mengejutkan aku, seorang kawan sekolah lama lelaki bangsa India pun rupa-rupanya suka dengan makanan ini.

" ko tau tak berapa lama aku carik roti jala kuah durian nih???....last sekali aku dapat makan masa keje kt bank dulu ...15 tahun lepas.....ada kawan aku kt sg buloh..so molek sgt la ada alasan nak pergi sana....tq bro!!"

Tapi kelmarin mimpi ngeri aku datang lagi; Kuah durian dah habis. yang tinggal hanya
Roti Jala dan kuah kari.
"Kuah durian dah habis ke makcik?"
"Alahai dik. Kuah durian dah habis" kata makcik itu yang tak pernah lupa untuk tersenyum dengan aku.
"Kalau macam tu tak jadilah makcik" Kataku dan terus beredar dari kedainya.

Dan sekarang aku segan nak lalu depan gerai pakcik tu.

Tuesday, August 2, 2011

Suatu hari ABU dapat tahu tentang offer Rolls Royce bagi sesiapa yang boleh cari imej serupa wajah Dato Seri Anwar Ibrahim. ABU pun berkelana disetiap pelusuk negara mencari lelaki yang mirip Anwar Ibrahim tapi tak ketemu. Yang paling dekat adalah Chua Jui Meng.

ABu tak berputus asa kerana dia memang mengidam untuk memiliki Rolls Royce. AKhirnya ABU mendapat satu idea. ABU telefon Anwar Ibrahim.
"Hello" kata ABU dicorong telefon.
"Hallu hallu" jawab Dato Anwar.
ABU pun menjelaskan ideanya. Anwar Ibrahim pun ketawa dan setuju dengan cadanan itu.
"ABU oh ABU" kata Dato Seri.

ABU dan Dato Seri Anwar Ibrahim pun bertolak ke Kedah untuk bertemu Zamil Ibrahim.
"Inilah lelaki yang mempunyai mirip wajah Anwar Ibrahim" kata ABU.

Zamil yang ketika itu berada di golf course ketawa besar dengan kawan-kawannya.
"Betullah sebijiklah macam muka Dato Seri Anwar Ibrahimlah"

ABU tersenyum. Begitu juga dengan lelaki disebelahnya.
"Siapakah nama kau wahai anak muda?" Tanya Zamil Ibrahim pada lelaki yang mempunyai mirip wajah Dato Seri Anwar Ibrahim itu.
"Anwar Ibrahim" jawapnya.

Zamil dan kawan-kawannya terus ketawa.

"Lelaki yang mempunyai wajah Anwar Ibrahim yang namanya juga Anwar Ibrahim?! Adakah ini satu kebetulan?" Zamil dan kawan-kawannya terus ketawa besar.

Setelah berpuas hati bahawa lelaki itu ada mirip wajah Anwar Ibrahim dia pun mengotakan janjinya dengan memberi kunci kereta Rolls Roycenya.

hari itu ABU dan Dato Seri Anwar Ibrahim pulang dari Kedah ke KL menaiki Rolls Royce. Sepanjang perjalanan itu ABU dan Dato Seri Anwar hanya ketawa besar kerana berjaya menipu lelaki-lelaki tersebut.

ABU untuk menunjuk-nunjuk pada orang kampung. dia ke kedai kopi bawak Rolls Royce. main bola pun pakai Rolls Royce.

Tapi ABU tak pakai Rolls Royce lama.
" tak laratlah nak pakai kereta ni dato, mahal sangat minyaknya. Pakai kancil lagi murah" komplain ABU pada Dato Seri Anwar.
Dia cuba menyerahkan kereta itu pada Dato Seri tapi Dato Seri yang berjiwa rakyat menolaknya. Saya lebih suka pakai Proton Saga kata Dato Seri Anwar Ibrahim.

AKhirnya kereta Rolls Royce itu hanya tersadai tepi rumah dan ABU hanya berbasikal kekedai kopi, padang bola dan surau untuk terawikh.

ABU oh ABU............

Jangan Tengok, Ianya Satu Perangkap!