Monday, July 18, 2011


Reporter: Assalamualaikum Encik Saat hehe. Saya nak interview.

Saat: Waalaikumsalam. Interview tentang apa ya?

R: tentang 10 majalah Dewan Bahasa dan Pustaka bulan Julai yang masih belum teredar

S: Oh shoot!(mula-mula refuse, tapi akhirnya mengiakan permintaan itu dengan berat) ya ya silakan.

R: 10 Majalah Dewan Bahasa dan Sastera, iaitu Dewan Sastera, Dewan Budaya dan lain-lain masih belum terbit dipasaran. Dikatakan bahawa polemik baru itu mengundang krisis baru antara DBP dan Dawama, seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Insider . bagaimana encik Saat melihat permasalahan ini?

S:(mengusap janggut) Parah. Tapi siapa yang peduli? takde siapa. masalah ini seharusnya keluar front page suratkhabar tempatan, tapi tak. Kenapa? Siapa peduli tentang Sastera Melayu? Sasterawan itu sendiri tak peduli dengan perkembangan ini.

R: Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

S:Dawama seharusnya menjawab. Selama ini kita hanya mendengar rintihan penulis-penulis sahaja. Tapi saya yakin Dawama ada alasannya sendiri kenapa tak menjual buku-buku sastera dengan lebih aggresif. Kita perlu dengar penjelasan itu. Dari hanya bercakap dibelakang seperti yang berlaku sekarang ini, saya rasa Dawama juga perlu diberi ruang untuk membela diri mereka sendiri. Adakah sastera Melayu serius bukunya sukar untuk dijual? tulisannya yang tak menarik, atau apa?

R: Sasterawan, seniman sanggup menyertai rally dalam hal-hal politik misalannya. Tapi kenapa takde orang yang sanggup gather seniman untuk rally mempersoalkan hal-hal sebegini?

S: Sebab siapa peduli tentang sastera? sasterawan sendiri tak peduli! Mereka lebih sanggup bergabung untuk politik agenda. Kerana apa? kerana ianya menonjolkan sifat heroik antara mereka itu sendiri. Bila heroik, bila kena pancut air, bila kena gas pemedih mata maka nampak lebih keperwiraan dan kerebelan memreka itu sendiri. Jika rally menentang penerbitan sastera yang tak jumud, takde polis bertindak kasar, takde semua itu, takde gembar gembur. Takde CNN maka tak cool.
Mungkin sudah tiba masanya seniman, para penulis, para pelukis, penari dan lain-lain bergabung tenaga untuk meluahkan perasaan mereka. Pelukis juga ada masalah dengan BSN dan lain-lain.
Tapi kita tak buat itu semua. Kenapa? Sebab takde siapa yang peduli tentang sastera.

R: takpe, nanti rally penulis kita akan pastikan semua akan ditembak dengan gas pemedih mata.
Ok, Adakah kenyataan ini menunjukkan bahawa sastera Melayu sedang nazak?

S: itu statement yang berat. kenyataan itu boleh membuatkan orang marah. Tak boleh berkata begitu. Persoalan yang harus ditanya adalah siapa peduli tentang Sastera Melayu.

R: Adakah kelesuan terbitan Sastera dari DBP juga menunjukkan kelesuan Sastera Melayu itu sendiri?

S: ini soalan yang menarik. Tapi tak semestinya. Adakah ketaksedapan ayam KFC juga menunjukkan ayam seluruh dunia tak lagi sedap untuk dimakan? Sudah tentu tidak dan itu contoh yang bobrok juga sebenarnya. Sastera Melayu boleh berkembang tanpa pengaruh DBP. Dan Sasterawan Negara sendiri pun banyak yang meneribitkan buku diluar DBP ini. Sebut je siapa. Itu benar. Tapi sastera, dinegara mana sekalipun bukanlah satu produk komuniti yang menjana jutaan ringgit (ini beza jelas antara sastera penulisan dan seni catan) Sastera bukan barangan komersial. DiIndonesia sekalipun, jika di Gramedia, toko buku tiga tingkat yang besar itu, buku-buku Sastera Indonesia hanya dijual dirak yang kecil sahaja. Sama juga yang berlaku di Malaysia ini. Di MPH, Kino dan lain-lain, hampir tak ada lansung rak untuk buku sastera serius. Tapi sastera perlu terus hidup. Bagaimana? Hanya dari terbitan kerajaan sahaja, yang kurang memikirkan tentang keuntungan. tapi jika badan itu pun gagal untuk menerbitkan buku-buku sastera dimana penulis mapan hendak menerbitkan karya mereka?

R: Mungkin penulis sastera serius boleh menerbitkan buku-buku mereka sendiri.

S: itu yang berlaku sekarang. tapi sasterawan dan penulis sastera ini bukanlah orang yang kaya raya. kebanyakan dari mereka tak mampu. Penulis Sastera yang dah ada nama mudah untuk cari penerbit luar. Shit contohnya dan lain-lain lagilah. Tapi bagi penulis yang baru nak naik, mereka hanya ada DBP.

R: bagaimana nak menyelesaikan masalah ini?

S: Biarkan jelah. Nak selesai buat apa.

R: penulis sastera banyak yang resah kerana penulis dari penerbit swasta ada yang mendapat royalti berpuluh ribu setiap tahun. Tapi penulis sastera serius?

S: Kalau penulis tak mahu bernaung dibawah sesetengah penerbit, mereka bebas untuk menerbitkan karya mereka ditempat lain. takde masalah.

R: Berapa royalti yang Encik Saat dapat dari menulis?

S: Soalan selanjutnya please.

R:Apa kesimpulannya dari masalah ini?

S: Ada dua kesimpulan yang boleh saya buat dari permasalahan ini. Yang pertama, Melayu tak pandai berniaga. Apatah lagi menguruskan sebuah perniagaan besar. Yang keduanya saya dah lupa.

R: Apa pesanan akhir encik Saat?

S: Kalau bukan kita yang mempertahankan sastera Melayu, Sastera Melayu siapa lagi? Dan nsaya percaya ada market untuk tulisan-tulisan sastera diluar sana. Jika ada grafik design yang baik, strategi pemasaran yang betul insyallah buku-buku sastera tempatan akan terjual. Penerbit buku harus percaya tentang itu. Jika itu berlaku saya yakin sastera tempatan akan megah dan khazanah anak bangsa akan terpelihara dan mekar.

R: Wah sejak balik Indonesia ni Encik Saat makin berkobar-kobar ye bercerita tentang sastera tempatan.

S: Hampir seminggu melepak dengan Salman Faris inilah hasilnya.

R: Apa kata-kata akhir encik Saat?

S: dah tadi pesanan akhir, ini kata-kata akhir pulak. Dah blah! piss off!

R: Assalamualaikum Encik Saat.

S: Waalaikumsalam.

3 comments:

mohamadkholid said...

aduhai...

saat omar said...

ye Encik Kholid! masih di puncak Cameron?

MOLOKO said...

Hussien Chalayan?