Friday, July 8, 2011

"Apalah sangat Bersih 2.0 tu"kata ABU mula-mula.
Tapi bila perkasa cadang nak bertempur dengan peserta bersih, ABU mula berminat nak menyertai. Dia sependapat dengan komunis bahawa kematian beramai-ramai adalah satu-satunya cara untuk create tamadun baru.
ABU nak semua yang menyertai Bersih vs Perkasa mati kena bom atau mati kena pancut air bomba.
ABU pun prepare untuk Bersih. baju kuning dibelinya sepuluh di pasaraya maidin. Dia juga membuat kostum maskot DG bagi tujuan penyamaran nanti.
Di facebook dia letak button Bersih sebelah gambar profilenya.
ABU cukup bersemangat. Tak pernah aku tengok ABU sesemangat itu.

Suatu hari Ambiga telefon ABU.
"hai ABU" kata Ambiga dalam corong telefon.
"Hai mem"
"ABU, Berish is off ok. U can watch Hindi on Saturday"
berita itu mengejutkan ABU. Ianya membuatkan ABU bengang. Dia dah prepare segala-galanya untuk Bersih dan sewenang-wenangnya Ambiga nak call it off? No way hose.

"No way hose! Bersih is on! I cannot stop what i already started!"kata ABU.
"Dont do it ABU"
"But why? why? u have all Malaysian support. You afraid of the police? Hishamuddin Hussein? ISA? what? what u afraid of? tell me!"
"the truth is......Im afraid of Ibrahim Ali"kata Ambiga jujur.
"Oh yeah,me too. But i cannot stop Bersih mem. Sorry i have to disobey you" kata ABu yang terpaksa cakap Inggeris dengan lawyer itu.
"Youre on your own now ABU. Bye bye"
"Ok mem. Kirim salam kat Lina Joy ok"
"Insyallah"
"And Salman Rushdie too ok"
"I will Insyallah"
"...and Ramli Ibrahim also"
Sebelum AMbiga menjawab dia dah pun meletakkan telefonnya.

ABU decide untuk meneruskan Bersih 2.0. Tapi ABU tahu dia bukannya ada pengaruh macam AMbiga, Anwar Ibrahim, Hishamuddin Hussein mahupun Lim Guan Eng. pening kepala ABU pikir siapa dia nak gunakan untuk menyertainya join Bersih. Aku mencadangkan agar ABU pakai budak UiTM part one.
ABU setuju dengan idea itu sebab dia tahu UiTM universiti paling besar dan paling banyak duit.
ABU pun sewa bas untuk bawa penumpang ke KL bagi menyertainya.
Budak-budak Puncak Perdana mesti bosan duduk disana, kalau ada bas dan program apa sahaja mereka mesti pergi.

pada pagi 9 Julaia, ABU dan basnya ada dihadapan pintu Pak Guard Puncaka Perdana.
"Bersih, Bersih, Bersih. Sapa naka join Bersih?" laung ABU lagi.
beberapa budak buat tak tahu dengan ABU.
Abu nak panas. kata laungan revolusinya tak cukup kuat untuk memancing pelajar UiTM.
"Metrowealth! Metrowealth! Filem baru Metroweatlh!"
Budak buat dunno.
"Simplysiti!SImplysiti! bas ke simplysiti!"
Budak terus buat dunno.
Abu beredar dengan rasa kecewa. "Tak semangat lansung diaorang ni. mahasiswa jenis apa ni?" fikir ABU dalam hati.



ABu tak putus asa. Dia terus memandu basnya disekeliling kota. Di tepi-tepi jalan dia berhenti pada setiap manusia berbaju kuning yanng dia nampak.
"Bersih 2.0! Bersih 2.0!" Jerit ABU.
"Ni nak pergi ke perhimpunan Bersih ke bang?" tanya lelaki memakai baju kuning itu.
"Tak. ni bas rombongan cik Kiah ke Sukan Komenwal. Of course bas ni nak ke Bersih!" jawab ABU antara sinis dan lucu.
Mereka ramai-ramai naik bas itu.
"RM2.50 tiketnya" kata ABU meminta mereka.
"nak ke perhimpunan pun kena bayar ke bang?" tanya seorang remaja tak puas hati. "Ingatkan bas ni free?!"
"walaupun tujuan aku murni, tapi aku kenalah ambik untung sikit. Sekali sekala nak meniaga" jawab ABU jujur.
Mereka semua naik bas ABU walau dalam hati timbul rasa tak puas hati.

ABU terus memandu bas itu masuk ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan mereka menyanyi lagu-lagu anti korupsi dengan tv karaoke dihadapan bas.

Bila bas ABU masuk ketengah KL, ABU nampak segerombolan manusia bersedia menahannya ditengah jalan. Dihadapan mereka ada lelaki atas kerusi roda. Mereka semua bersilat dihadapan ABU.
"ABu, ABU. matilah kita Bu. Tu ahli silat semalaysia!"
"jangan risau. aku ada tonton Speed"
AKu memecut basnya dan gerombolan itu bertempiaran lari dari dirempuh bas ABU.
"Silat lawan bas mereka belum diajar lagi" kata ABU ketawa kuat.
Gerombolan silat itu berpecah dan lari masuk kedalam bangunan SOGO. Di SOGO ada sale murah, semuanya yang masuk kedalam akhirnya terus bershopping sampai malam.

ABU dan kawan-kawan barunya itu terus ketawa.

ABu terus memandu dikota raya. Tiba-tiba dia nampak Anwar Ibrahim di pinggir jalan. ABu turun dari basnya dan menyapa lelaki tersebut.
"mana yang lain lagi ni War?" tanya ABU sambil menepuk bahu Anwar Ibrahim.
Bila lelaki itu berpaling barulah ABU tahu yang lelaki itu bukan ANwar tetapi lelaki yang mirip wajah Anwar.
ABU pulang kebasnya dalam perasaan hampa. tak terfikir lansung oleh ABU tawaran Rolls Royce yang diberikan pada sesiapa sahaja yang mampu menunjukkan lelaki yang mempunyai mirip wajah Anwar Ibrahim itu.

ABU terus berlegar-legar dikota raya dengan basnya. takde seorang pun memakai baju Kuning dikota ketika itu. Maskot Digi pun takde.

Sampai di KLCC, bas Abu kena tahan polis.
'nak kemana ni cik?" tanya polis muda itu.
"nak pergi rally Bersih" jawab ABU jujur.
"Rally untuk apa ye?"
ABU memandang yang lain. tak seorang pun tahu apa tujuan mereka sebenarnya.
"Kami nak minta 8 tuntutan!" jerit ABU tiba-tiba.
"Apa dia 8 tuntutannya?"
ABu berpaling pada kawan-kawan barunya itu lagi. Semua tunduk kebawah. Tak tahu jawapan.
"No rasuah masa pilihanraya!" jerit ABU berani.
"rasuah? itu je?"
"Itu je yang saya ingat. nanti saya telefon Ambiga. Tapi sekarang saya hanya tahu rasuah je. Itu tuntutan kami. kamai demand pilihanraya yang bersih!"
Lelaki polis itu ambil RM150 dari walletnya dan bagi pada ABU.
"NAh! ambik ni.Balik rumah. Jangan pergi rally ok."
"OK" jawab ABU.

BAs ABU terus bergerak meninggalkan polis itu. ABU dan kawan-kawan barunya itu bersorak bila ABU menjulang duit RM150 itu.
"Kita dapat 150!"
"Yeah! " jerit semua gembira.

Sebab highway jam. ABu dan kawan-kawannya decide untuk ke KLCC dan tengok wayang di TGV yang mahal harganya itu.
Dihadapan kaunter mereka akhirnya decide untuk tengok kartun dan bukannya filem baru Lisa Surihani.
Di panggung wayang, Le Bouf melompat kesana dan melompat kemari. Decepticon yang jahat terbang kelangit, Optimus Prime kehulu dan kehilir. 2 jam lebih lamanya.
Selepas habis menonton Transformer ABU dan kawan-kawannya mengeluh. mereka mengambil keputuusan yang filem itu tak syiok
"Boringnya filem tu. hanya kemusnahan semata-mata, tapi takde jiwa" kata ABU.Yang lain pun setuju.

Malam tu masa balik ke Shah Alam, bas ABU stuck ditengah jalan. Bukan sebab jem dan road block tapi sebab ABU lupa nak isi minyak penuh,

ABU oh ABU....

4 comments:

Vitamin said...

kena buat kompilasi ni en saat. haha...

saat omar said...

Kalau rajin, Insyallah...

review Dialog teater Kontemporari tu akan menyusul, tengah menyusun ayat

MOLOKO said...

Emmmss SEDAP jalan citer nie saat oi! hoho....

saat omar said...

Shah Moloko! finally!