Tuesday, July 26, 2011


beberapa bulan sebelum Krishnen Jit meinggal aku pernah terserempak dengan beliau dalam panggung wayang international Screen di Mid Valley menonton filem Arab yang apa entah tajuknya tapi berkisar tentang seorang nasionalist negara itu.
Bila keluar, aku ingin sekali meminta nombor telefonnya, mengajaknya menjadi panel dalam sessi dialog di malam Konferensi. Tapi mulut aku tak terluah pertanyaan itu. Sebaliknya, Krishnen Jet seolah-olah melihat aku beberapa saat. Seakan dia tahu aku ingin mengucapkan sesuatu. Kemudian dia terus beredar dengan kawannya. beberapa bulan dia meninggal dunia. Krishnen Jit adalah antara tokok teater yang gagal kami jemput untuk berdialog di Fakulti Seni Persembahan dibawah stadium.

memulakan Dialog Kontemporari ini, Fasyali, memetik nama Krishnen Jit sebagai pendahulu bual bicara. selepas kematian Krishnen Jit, tak banyak tentang teater yang ditulis didada akhbar. Ada benarnya itu. Dan tertubuhnya kumpulan Vitamin B6 adalah memperjuangkan teater generasi baru.


Dialog Teater Kontemporari adalah dialog tanpa tajuk. Jadi apa isunya?
Tiada permasalahan yang nyata. Hanya sembang-sembang teater, walaupun akhirnya persoalannya adalah sama; kemana arah tuju generasi baru ? dan apa permasalahan-permasalahannya dalam penerbitannya.




Syahrul Fitri bercerita tentang perkembangan teater kontemporari dalam konteks teater moden. Namron bercerita tentang pengalamannya.

Teater di Malaysia terus subur atas kehendak dan semangat anak muda seperti ini. Anak-anak muda yang mendapat pendidik diuniversiti tempatan dan yang bosan dengan teater muzikal di pentas-pentas besar.

Antara isu utamanya adalah apa, kenapa dan bagaimana? isu-isu asas yang sebenarnya tak jemu pun untuk dibincang.

teater, selain dari permasalahan form dan content, ianya adalah maslaah audience. Ini pendapat aku. Di Indonesia juga, hanya dua kumpulan teater yang masih bertahan, teater Mendiri dan teater Koma(kedua-duanya sudah hampir 40 tahun bertahan) . Halnya sama juga dengan negara-negara besar, German, states, England, Jepun dan lain-lain. itu sebenarnya perjuangan Vitamin B6;sampai bilakah ianya harus bertahan?

Kita cuma doakan Vitamin B6 mempunyai kekuatan seperti itu; Fasyali and the gang harus terus bertahan dan bertahan. dan berkarya dan berkarya.
Semacam Krishnen Jit.

No comments: