Thursday, June 9, 2011

Sebuah Rumah di Selama, Perak








Aku mula notice rumah ni 3 tahun dahulu dalam perjalanan dari Batu Kurau ke Penang mengikut jalan lama.

Minggu lepas bila sekali lagi aku mengikut jalan yang sama, aku tahu kali ini aku pasti akan snap beberapa gambar rumah ini.

pada pukul 3 petang aku memberhentikan kereta aku ditepi jalan dan mengambil beberapa keping gambar.

Ianya memang sebuah rumah yang boleh dikategorikan sebagai Visionary environment.(atau Fantasy World)

Ianya mungkin tak seradikal Joe Minter's African Village in America, Ferdinand Cheval's , India's Rock Garden, atau lain-lain Folk Art tapi untuk local art ianya sudah cukup menggiurkan bagi aku.

Peti televisyen dihadapan rumahnya sudah tentunya bertujuan bukan untuk tayangan. ianya diletakkan dihadapan rumah bukan untuk tontonan orang kampung, atau pelanggan dikedai makannya(kalau ada kedai makan waktu malam) kerana tv itu tak berbumbung. Ada beberapa maetrial tergantung diatas peti televisyen itu yang membuatkannya sinonim dengan hasil-hasil kerya Joe Minter misalannya, thus make it dekat dengan gaya dan style pengkarya-pengkarya Folk Art ini.

selain dari peti tv itu aku juga suka warna pada kaki tiang(kuning) , tangga(biru) dan tingkap(putih)

Ini rumah Folk Art pertama dinegara ini? AKu pasti ada banyak lagi folk Art diserata semenanjung ini menunggu untuk dikenal pasti/waiting to be discovered.

Aku tak tahu siapa tuan rumahnya. Tapi aku teringin untuk berbual dengan dia, bersembang tentang apa yang memberi inspirasi kepadanya bila buat 'rumah' macam ni. Aku nak dia tahu yang rumahnya berjaya membuat aku tertawan. :)

9 comments:

Fasyali Fadzly said...

pergh... siap ada installation lagi kat depan tu. ada taste juga pemilik rumah tu. huhu

saat omar said...

Ye dia ada taste dan style. Rumah pedalaman urban banyak yang ada nilai folk art sebenarnya. Cuma nak well documented je.
Ini memberi aku idea untuk buat dokumentasi rumah2 Melayu lama yang unik diserata semenanjung....angan2 lah.

walid ali said...

cara dia dekorasi ni memang menarik untuk dipelajari

Anonymous said...

dia sediakan servis memperbaiki TV, itu saja.

saat omar said...

betul gak tu anon LOL

Anonymous said...

Tapi rumah itu ada lebih gaya yangmenunjukkan tv itu lebih nampak hasil seni dari sebuah tanda "repair tv". ini boleh dikatakan dari style corak contrast warna ditingkap,kaki tiang rumah.Jadi tv tu nampak lebih readymade art.

Cuma tv tu nampak barun sangat. kalau dah lama terletak disitu ianya pasti buruk dan lunyai kena panas dan hujan

Anonymous said...

klau dia letak papan tanda servis baiki TV nnt kena saman sb xde lesen. Ngarutlah "art", "readymade art" le kebende. memandai ko ANON. kih kih

Anonymous said...

mana kita tau niat sebenar tuan rumah. Kita pun boleh buat andaian je

Anonymous said...

May I just say what a relief to find somebody who actually knows what they are talking about on the internet.

You certainly know how to bring a problem to
light and make it important. More and more people should look at
this and understand this side of the story. I was surprised that you're not more popular given that you certainly possess the gift.

Here is my blog new cellulite treatment