Sunday, May 22, 2011

Raja dan 3 Lelaki Lapar

Pada zaman dahulu ada tiga lelaki menderita kelaparan sebab dah tiga hari mereka tak makan.
nama mereka adalah Hamid, Dharma dan lelaki nombor 3.

mereka selalu menjerit "Lapar! Lapar! Lapar!" bila mereka kelaparan. Suara jeritan mereka itu kedengaran satu kampung tapi tiada siapa dapat memberi mereka makan sebab yang lain juga dah berhari hari tak makan.

Suatu hari seorang raja yang sedang memburu dikampung berdekatan terdengar jeritan tiga lelaki itu. raja itu pun menemui tiga orang lelaki tersebut.

"kenapa kamu menjerit lapar wahai lelaki budiman?" tanya raja yang kacak itu dari atas kuda tunggangannya.

"Maafkan kami tuanku. Kami menjerit lapar sebab dah tiga hari kami tak makan" kata Hamid sambil menitiskan air matanya.

Raja bersimpati dengan nasib rakyatnya itu. Dia mahu sahaja terus membantu mereka mendapatkan makanan. tapi dia tak mahu merek naik lemak.Dia lantas mendapat satu idea . Dia berikan Hamid sebuah gitar, Dharma sebiji piano dan lelaki nombor 3 sebuah accordian.
"Beta mahu kamu cipta satu lagu yang sedap untuk beta. lagu yang mana yang membuatkan halwa telinga beta kesedapan orang tulah yang akan beta hadiahkan dengan makanan paling sedap didunia. Beta beri kamu 3 jam" kata Raja yang meneruskan perburuannya mencari kijang dan pelanduk.

3 jam kemudian raja kembali kepada 3 lelaki itu.

"Sudah 3 jam sekrang. Beta nak dengar lagu apa yang kamu cipta" Kata Raja.

Hamid mengeluarkan gitarnya dan menyanyi. Walau lagu yang diciptanya sedap tapi kerana dia kelaparan maka lirik lagu tak keluar dari mulut Hamid.
"lagu kamu tak sedap. maaf beta tak dapat bagi kamu makan" kata Raja dan Hamid pun kecewa.

Kemudian tiba masa Dharma untuk menyanyikan lagu ciptaannya pula. Dharma memang pandai mencipta lagu. Tapi sebab ketika itu dia terlalu lapar dia tak mampu mencipta sebarang lagu.
"Kenapa kamu tak cipta lagu untuk beta?" tanya Raja, hampir murka.
"beta lapar sangat sampai tak boleh berbuat aktiviti kreatif tuanku" jawab Dharma separuh mati. Piano yang besar itu tak disentuh langsung kerana dia takde kederat untuk bermain.

Raja kini mengadap lelaki 3 pula. Tapi awal-awal lagi Lelaki 3 surrender.
"maaf tuanku. Beta tak dapat nyanyi dan cipta lagu untuk tuanku. Hamba lapar sangat dan terus makan accordian tuanku"Kata lelaki itu sesal dan dalam masa yang sama berbesar hati sebab raja tak bagi dia piano.

Raja terus murka kerana permintaannya tak tertunai. Dia terus menyuruh pembantunya memotong kepala Hamid, Dharma danLelaki nombor tiga itu. tapi bila Lelaki Nombor Tiga diseret, perutnya yang lapar mengeluarkan melodi dari accordian yang dimakannya.

Bunyinya membentuk satu alunan melodi yang menarik dan membuatkan Raja yang mendengar muzik itu terus menari kegirangan.

"Lagu apakah yang kamu nyanyikan itu wahai anak muda?"Tanya Raja pada Lelaki Nombor Tiga.

"lagu ni tajuknya Keronchong Perut Lapar tuanku" jawab Lelaki Nombor Tiga.
"Ianya muzik paling nautral pernah beta dengar. This is better than Schuman!" kata Raja.
"Inilah alunan perut yang kosong tuanku" kata lelaki nombor tiga lagi.Raja terus rancak menari. Ibrahim mengawal note lagu itu dengan nafas dan sesak nafasnya akibat kelaparan.

Bagi menambah instrument dalam perut lelaki itu Raja menyediakan clarinet, keyboard, double bass, kerinching, tambourine untuk Lelaki Nombor Tiga makan.
Akhirnya bunyi muzik dalam perut Lelaki Nombor Tiga jadi complete macam orkestra yang baik.

Raja yang berbesar hati dengan muzik itu menunaikan janjinya pada Lelaki Nombor Tiga dengan menghadiahkannya makanan yang lazat-lazat.

Tapi kerana Lelaki Nombor Tiga seorang lelaki yang budiman, dia kongsi makanan itu dengan Hamid dan Dharma.

Akhirnya semua happy. Raja dapat mendengar lagu yang dia suka, dan 3 lelaki yang lapar itu dapat makan.


A Tribute to filem SIKIT PUNYA GILA

No comments: