Tuesday, May 24, 2011

Stuck Inside a Mobile With The Memphis Blues Again

Randy 'Macho Man' Savage, second to Hulk Hogan in WWF heyday.

Robert Zimmerman. Andy Warhol jumpa dia pun macam rakyat jelata nak jumpa Sultan. Punyalah hormat





Randy 'Macho Man' Savage meninggal dunia sebab eksiden langgar pokok.
Di Hulu Langat beberapa kanak-kanak yatim mati tanah runtuh.

dan di America, Bob Dylan sambut harijadinya yang ke 70. Dia muda 2 tahun dari mak aku.

Ini lelaki yang kuat hisap rokok tapi masih lagi boleh berdiri dan bermain gitar

Adakah dia the best Jewish musician ever?

Dia berada ditempat yang sepatutnya dia berada;dan sebagai hippies apa lagi yang boleh dia mintak. Menjadi brilliant sebagai pop musician di tahun 60an adalah ibarat menjadi Firaun ketika Piramid dibina atau Pilate ketika Jesus Christ disalib.

ya dulu aku pandang rendah pada Bob Dylan ni. Aku kira dia hanya dicipta oleh America untuk menandingi The Beatles. ah America, negara yang tak mahu kalah pada semua itu;pada russia, pada France dan dalam pop music sudah tentu mereka tak mahu kalah pada Britain. Sapa lagi yang boleh mereka ketengahkan? Elvis dah tua. Michael Jackson belum lahir dan masih berkulit hitam.

Aku silap. Aku belum mendengar Highway 61 Revisited dan Blonde on Blonde. album essential to pop music. Album yang akan mengubah persepsi anda pada Bob Dylan.




Selain dari itu aku akan slelau ingat Bob Dylan sebagai lelaki yang buat aku pekak sebelah telinga kanan.

Ini kisah benar. Ianya berlaku beberapa tahun dahulu.

Ketika aku mulai 'discovered' Dylan (ini statement memalukan kerana aku baru hadam Bob Dylan ketika umur aku diawal 30an) aku dengar Highway Revisited dan Bloonde on Bloden hampir tiap-tiap hari dalam MP3 player aku.

Aku sumbat ketelinga ketika aku naik motor. Takde album lain. AKu betul-betul ketagih Dylan dizaman Electric guitar menggantikan bunyi folknya. ketika naik motor pun ada aku dengar Bob Dylan. Ketika nak tidur pun aku dengar Bob Dylan.

Antara saat awal aku dipaut oleh Bob Dylan berlaku pada hari-hari terakhir aku menghisap rokok. Ketika itu aku demam. Dan tekak aku sakit. Aku separuh mati. di radio aku berkumandang Blonde on Blonde sepanjang masa. Dan bila Bob Dylan menjerit
"Oh, Mama, can this really be the end
To be stuck inside of Mobile
With the Memphis blues again."

....dalam lagu Stuck Inside of Mobile With The Memphis Blues Again...aku tahu betapa instimewanya Bob Dylan berbanding penyanyi contemporary America yang lain. Tak pernah2 penyanyi menjerit mama (selain dari Freddy Mercury dan John Lennon mungkin) Dan bagi aku yang sakit nak mampus ketika itu, hanya perkataan "oh mama" lah yang paling making sense buat aku.

Ini penyanyi yang jujur dan tahu apa yang dia nak. Ini penyanyi yang aku boleh relate dengan kehidupan aku.

Jika liriknya membuatkan kau ketawa, berfikir, panas, melodinya sahaja sudah cukup untuk membuatkan kau terikat dengan Bob Dylan.

Menurut Rolling Stones, evolusi Bob Dylan terbahagi kepada 9 bahagian.

1) Traditional Folk Revivalist:1960-1962
2) Protest Singer:1962-1964
3) The Electric Years: 1965-1966
4) Seclusion: 1967- 1973
5) On The Road : 1974 -1978
6) Born Again : 1978 -1981
7) Lost in Eigthies : 1982 -1987
8) Never Ending Tour: 1988 - 1996
9) Comeback : 1997 - 2011

Dalam period yang dinyatakan, aku paling suka Bob Dylan pada periodnya yang singkat, Electric Years, 1965 -1966. Period dimana dia melahirkan album terbaiknya. D.A. Pennebaker famous docu Dont Look Now pun dibuat pada period itu. Begitu juga dengan Scorsece's No Direction Home lebih torfokus pada tahun ini.Dan bila Bob Dylan made Self Potrait, it all went downhill from there.

tapi tak perlulah aku membebel banyak lagi pasal Bob Dylan. kau pun pasti sudah tentu tahu pasal dia. Cuma satu perkara penting yang kau perlu tahu; inilah dia lelaki yang buat telinga kanan aku pekak dengan muziknya. Its Bob Dylan and not Nirvana. bukan bruce Springsteen bukan The Beatles bukan Rolling Stones but The Who bukan The Fall bukan Sex Pistols bukan Ramones bukan Neil Young bukan Radiohead bukan Supergrass bukan Woodie Guthrie bukan ACDC bukan Guns N Roses bukan Led Zeppelin. Ianya Bob Dylan, penyanyi folk yang kemudian menambah kuasa electric pada gitarnya itu.






No comments: