Sunday, March 27, 2011

Suratkhabar Hujung Minggu

Bangun pagi Ahad dan berkejar membeli suratkhabar untuk membaca tulisan Joceline Tan.

Kemudian tersenyum.

Dulu seingat aku suratkhabar adalah highlight of the weekends. Apart from Thundercats at 5 pm.

Mingguan malaysia used to be hype. Tanpa mama Juwie aku tak mungkin kenal Bon Jovi, Van Halen (which for some might be a good thing lol) mama Juwie promote rock kapak more than any other journalist. Dari mama Juwielah aku tahu konsert Lefthanded dan konsert Search.
Dari Mama Juwie jugalah aku tau tentang Burnmarks dan lagu Secebis Rayuannya

Kemudian bila mula pandai membaca aku tertarik dengan Kisah Benar by Wahid Kasran. Wahid Kasran menulis ada unsur-unsur lucah tetapi lirik bait tulisannya ada lenggok. prose kata orang putih .

Contohnya: "Jadi drebar teksi kalau tak sabar dah lama gulung tikar, kerenah penumpang yang tak sopan dan bersikap kasar, nak ditegur tentu bertengkar, dibiarkan semakinlah kurang ajar, dahlah jalan jem bikin hati berdebar, semua benar-benar mencabar".

atau:

"Mungkin begini keadaannya bagi perempuan-perempuan yang jadi fulltime house wife, sex is very important in life, kononnya tengah muda and still alive, gian jikalau tidak didrive".

Kisah Benar oleh Wahid Kasran . metafornya untuk alat sulit lelaki dan perempuan memang membuatkan pembaca berdekah-dekah ketawa.
Kisah Benar banyak berkisar tenang hidup orang-orang kota yang pervert, lol.

Mula disiarkan pada 5 Januari 1992. dan ianya bertahan beberapa tahun kemudian. Aku dah lupa bila Wahid Kasran berhenti menulis tetapi kemudian the next best thing adalah Astora Jabat.

Kalau Wahid Kasran provoke fahaman kita tentang lucah, Astora Jabat pula provoke pembaca tentang politik dan pemahaman agama.

Itu dulu, sekarang? Dan siapa journalist yang gah ketika ini aku pun tak tahu. Semuanya dull dan tak bermaya. Most newspaper play safe ketika ini.


Ruangan sastera juga dulu adalah sesuatu yang aku selalu tungu-tunggu. Ada provokasi sesama penulis berlaku setiap minggu.

Ditahun 80an ada banyak debat antara Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad.

Kemudian Affandi Hassan. Affandi Hassan memang no mercy kalau kritik penulis lain, dan yang sellau kena 'attack' darinya adalah penulis-penulis besar tanahair yang kebanyakannya berpangkat Sasterawan Negara. Semuanya kerana menyimpang dari idea Persuratan Barunya.

Kini takde. Buat seketika dahulu ruangan sastera pun seakan dihentikan buat seketika. Kita ada semula, tapi tiada topik-topik besar yang dibicarakan. Semuanya play safe.



Sekarang suratkhabar hujung minggu hanya menjaja gossip-gossip murahan. Gambar-gambar seksi artist perempuan diletak didepan sebagai tarikan jualan. Ada yang terkangkang, ada yang nampak ketiak.


jadi persoalannya: kenapa aku masih beli suratkhabar hujung minggu? Aku tak tahu.

Mungkin aku hanya nak keluar dari rumah pagi Ahad.


3 comments:

ryann said...

suka bahasa wahid kasran-lucah,puitis dan indah haha

SHAH MOLOKO said...

dude- tiru macam saye..tak payah beli lagi bro...emm tapi cerita kat harian metro tuh kekadang sedap gak baca...sadis!

saat omar said...

ryann..Utusan Malaysia harus terbitkan koleksi Wahid kasran Kisah Benar.

Moloko...Harian Metro dah macam half-porn