Tuesday, March 29, 2011

Aku Makin Tua


Aku dah makin tua.
Dah tak larat nak naik tangga,
Baju pun dah tak muat,
takde masa untuk menyemat.

Badan aku semakin berat,
Nak naik tangga pun dah tak larat,
Apatah lagi nak mengorat,
seluar yang aku pakai pun makin sendat.

Aku dah makin tua,
selalu pening kepala,
nak menulis pun takde masa.
Asyik terlentang mengadap siling,
Kipas angin laju berpusing.

Aku dah makin takde kederat,
Nak berlari dah tak larat.
Kena elak makan banyak karbohidrat,
No kolestrol, no makanan berat-berat.

Aku dah makin tua,
Selalu migraine pening kepala
Kadang-kadang juga pelupa.
Eh hari ni hari apa?

badan aku makin besar,
Makin gemuk dan makin sendat.
Kawan jumpa tanya kenapa makin bulat?
Aku jawab banyak makan takde exercise,
sebab itu terlebih size.

Aku makin tua,
Semakin hari semakin takde tenaga.
Naik tangga pun aku cuba nak gagah,
Sampai diatas termengah- mengah.

Aku makin tua.
muscle makin kecut dan kendur,
Bila tiba waktunya akan datang juga,
Masa untukku baring dan terus tidur.


Mac 2011

3 comments:

Sally said...

I like!!

syahrulfikri said...

aaa ganas beb... the best... cam lagu sudirman pon ade sikit...

Cik Misstree said...

Nice. :)