Thursday, March 31, 2011

Good Fences Make Good Neighbours (?)


Aku dah tinggal di Saujana Utama hampir setahun. Dan kini kami diancam dengan pecah rumah yang berleluasa. It almostly done by a ghost since no suspect being caughted so far.

Kisahnya bermula begini. Semalam......

Semalam At 1 o clock, aku mendapat call. Aku tengok handphone. Nombor tak kenal aku tak angkat. Benda yang aku belajar dari seorang kawan nama Mazli.

Kemudian dia call lagi. Aku pun terus buat tak tahu. Selain kalau bukan nombor rumah kampung, nombor wife, bukan nombor office aku tak risau. Its not going to be emergency. Or is it?

Dia call lagi. Bersunguh-sungguh dia nak bercakap dengan aku;oh penting jugak aku ni ye? Aku terus tak jawab. Bila dah aman sikit aku sms dia.

Beb gua penulis, gua lebih suka sms dari talk on the phone ok.

Aku pun sms cool "Ye?"

dia tak balas sms aku. Dia terus call lagi. Aku mulai gementar. Biasanya kalau student atau budak2 dia akan faham mesej aku tu dan dia akan reply dengan sms. orang ni betul serius nak call aku,fikir aku.

Dia terus call. Aku terus tak jawab. Aku pretend takde orang call. Aku pretend macam aku takde handphone. Aku pretend macam takde orang call aku.

Kemudian dia sms aku" Saya Fitri SU Bidara....nak tanya ada contact no owner 46 Jln Bidara....rumah dia kena pecah masuk"

Aku mula gelisah. Ada dua isu disini,
1) Aku pun dah lupa apa nombor rumah aku.
2) Kalau betul ianya jiran aku, akau sedih sebab aku takde nombor dia.

Aku angkat handphone dan aku terus call Encik Fitri.
"Sorry saya tak tahu nombor dia. nanti saya telefon wife saya" kata aku.

Kemudian aku telefon wife aku. First aku tanya nombor rumah aku (aku takut Fitri silap tanya dan yang sebenarnya rumah aku yang kena pecah)
Jaja cakap nombor rumah aku 42.Aku lega.
Jaja cakap dia takde nombor lelaki itu .

baru aku sedar yang aku tak simpan sorang pun no HP jiran aku.

Aku pun teringat sebuah sajak dari Robert Frost;The Mending Wall.

XXXXXXXXXX

Berita pecah masuk rumah ni dah heboh sejak awal tahun dikejiranan aku. Dalam seminggu ada yang sampai 4 kes.
Semuanya berlaku waktu siang/pagi.
dan jika diikut geografi,rumah aku hanya tunggu masa untuk dipecah masuk.
Persoalannya siapa yang berani sangat buat kerja berani mati tu?
Local thug? Indons? Viatnamese? Local matcha?
Orang perumahan sendiri?

Polis pun ada sound" Kalau jumpa nak pukul boleh tapi janganlah sampai mati" katanya.


Meeting penduduk rumah banyak membincangkan macamana nak menangangi masalah ini. Cadang nak buat RELA peronda. dan untuk itu setiap rumah kena bayar RM35 sampai mati. Tapi dari 270 rumah, hanya 120 yang berani bayar.
minggu lepas siap bawak Sarjan dari Balai Polis. Sarjan explain yang dia tak cukup orang untuk mengawal kawasannya yang luas.


Sepanjang aku hidup, persoalan pecah rumah ni tak pernah menganggu hidup aku. Kemana saja aku pergi aku hidup happy dan tenteram.
Hanya baru-baru ni aku mula fikirkan tentang keselamatan rumah dan persekitaran. Saujana utama adalah 3 top ten kawasan pecah rumah di Hulu Selangor. This is new developing neighbourhood;lubuk emas
Shit man! Im going to think about this for the rest of my life!

Dunia tak lagi selamat. Ada few manusia diluar sana yang malas bekerja dan mengharap untuk mencuri bagi menampung kehidupan seharian.

Perlukah aku risau barang aku kena curi?
Honestly not really. Why? sebab aku rasa aku takde harta.

Selain tv usang, radio, dvd player dan maybe komputer Jaja....yang lain cuma pakaian dan besi buruk sahaja. Most of it i got nothing to loose.

But of course Im lying.

.....Aku ada DVD, CD dll yang aku amat-amat sayang. Bila aku mati nanti ini jelah harta yang aku boleh bagi kat naufal dan Isfahan. Duit takde :(

So in a way aku kena cuba stop juga Burglars tu dari pecah masuk rumah aku dan curi barang aku.

aku cuba mengingat Columbus's Home Alone.
Ada beberapa trick yang boleh aku practise untuk peprangkap pencuri itu.
Tapi idea itu sebenarnya soft semua. hanya pemyamun kelakar je boleh makan trick Kevin tu. In real actual life i need more aggresive stuff.

Sehinggalah aku teringat beberapa babak akhir dalam Sympathy of Mr Vangeance.
Eletrick volt! good idea.
Electric Volt yang digantung ditombol pintu! More good idea.
Aku akan gantung benda tu kat grill besi aku belakang pintu.
Pintu depan, pintu belakang dan tingkap besi.

So nanti orang luar yang pegang grill aku, pintu, tombol aku mereka akan kena volt yang kuat sampai boleh hangus satu badan.

Tapi setakat ini aku tak jumpa mesin keselamatan macam tu. The one they made in that Korea movie? that must be hand made.

Apa lagi yang boleh aku buat? Kalau aku ramli Ibrahim dah lama aku bela anjing. Tapi aku bukan Ramli Ibrahim, aku tak pandai menari.

tak banyak yang aku boleh buat.......cuma berserah pada Tuhan agar suasana rumah kediaman aku dalam keadaan aman dan damai.

XXXXXXXX

pagi ni bila buka pintu untuk pergi kerja aku ternampak pemandangan yang membuatkan aku rasa nak ketawa. Ada sederet RELA yang pakai baju kuning melintas depan aku.

Theyre as old as black and white television.

Aku terus pakai helmet dan start motor aku.
Sempat aku berpaling pada rumah jiran sebelah. Sunyi sepi.

Dan aku masih takde no HP dia, dan dia pun takde nombor aku.

3 comments:

Anonymous said...

perasaan yg sama ketika dok sini..mahu tak mahu kna kenal jiran2 terdekat kita. bila dah ramai yg tinggal kat situ nnt insyallah kurang skir rasa risau kita. itulah penting juga masa masuk rumah buat solat hajat dan pagar rumah dengan ayat quran..insayallah

Jef Hadi said...

aku lebih banyak gelak dari risaukan situasi kau. haha.

siut lah. takde empati langsung aku ni.

saat omar said...

Salmah is that u?

Lol sastraboy, gelak nape?