Thursday, March 24, 2011

Message(or Massage) In The Bottle


Botol kosong. mana anunya?






“Itu je?” jerit seseorang dari belakang. Aku pun menoleh …..


XXXXXXXXXXX


Anu Dalam Botol.


Ok first thing first; Aku faham kenapa Scorsece direct mobster movie. Aku faham kenapa John Woo buat Hard Boiled. Aku faham kenapa Spielberg pilih Schindler’s List. Aku faham kenapa Raja Azmi buat Black Widow. Tapi raja Azmi menangangi filem gay? Aku tak nampak jalan penyebabnya. Bukanlah karya seni seharusnya didasarkan dari pengalaman peribadi? Rentetan-rentetan peribadi yang mencorakkan gaya bercerita sang pengkarya?


Jadi aku anggap Anu Dalam Botol ini sebuah filem dendam. Dendam pada seseorang yang telah lama pergi.


Ok kita lupakan itu dulu. Kita cuba nilai filem ini seadanya yang boleh.


TGV Bukit Raja.

TGV Bukit Raja telah menjadi gelanggang wayang kegemaran aku ketika aku masih bujang dahulu. Ada sesuatu yang urban tentangnya. Pertama kali aku menonton disini adalah filem Donnie Brasco. Inilah filem Cineplex yang pertama aku tonton. Probably the only movie yang aku tonton ketika belajar di universiti. Itu hampir dua puluh tahun dulu.


Sekarang TGV dah berubah. Dah renovate. Mungkin sebab itu tiketnya pun dah mahal. RM11!...Tapi sebab aku cool, aku bayarkan jugak. Nak tengok Anu dalam Botol punya pasal.


Aku sebut Anu Dalam Botol pada penjaga kaunter budak lelaki India itu instead dot dot dot. Dia faham filem yang aku maksudkan.


Aku beratur beli pocorn. “popcorn medium set ye” pinta aku.

“Nak masukkan popcorn ni dalam cup ni ye bang….atau….”.

“Popcorn masuk dalam pastik, anu kau yang masuk dalam botol”jawab aku bergurau.

Orang tahu filem je yg boleh ketawa dengan jenaka macam tu.

Dan budak tu ketawa. Dia tahu apa yang aku katakan. Buat apa dia kerja di popcorn station kalau dia tahu filem apa yang sedang ditayangkan kan?



Aku pun masuk kedalam. Tempat pertama yang aku pergi;tandas. Apa-apa kita kencing dulu. Aku tak bawak botol nak kencing kat dalam panggung.


Patutlah TGV Bukit Raja mahal harga tiketnya. Tandas pun dah cantik;macam tandas Inception. Dulu kat sinilah tandas paling buruk Cineplex.(baca Transporting)


Aku terus masuk kedalam dan duduk diam-diam.


Beberapa gezek filem Melayu ditayangkan. Wah makin rancak industri tempatan, banyaknya gezek filem akan ditayangkan nanti dan aku pun tumpang bangga. Banyaklah duit aku akan aku habiskan disini nanti, fikir aku lagi.


Filem bermula.


Beberapa babak awal menunjukkan 2 lelaki camping ditepi pantai. Lantas mengingatkan aku pada Jaws. Kalau mereka mandi bogel dilaut sudah tentu anu mereka dimakan jerung. Tapi tak. Couple tu hanya buat projek dalam khemah sahaja. Pengalaman menonton filem Spielberg itu membuatkan mereka belajar one and two things about rules kat tepi pantai waktu malam.



First 15 minutes-dark. Dan penuh dengan emosi. Hero menangis sepanjang masa.banyak terduduk dan tergolek menagih simpati dan kasih saying Ghaus (Ghaus nama yang sedap, kalau aku ada anak laki nanti aku akan namakannya Ghouse) Serasa perlu untuk lightened up a bit for the character. Aku kenal jugak beberapa ponds ni…Mereka happy, enjoy, ketawa, kelakar dan mereka takdelah depressed macam Ruby ni.


Perlu bawak Ruby ke disko dan bergembira. Biar dia ketawa, tersenyum. Dan biar dia lepak dengan beberapa kawan-kawan sepesyen dengan dia. Tak manis kalau dibiarkan Ruby nampak tak berteman.


Perkataan Bi banyak sangat keluar, sehingga memualkan aku.


Selepas lebih 15 minit Anu Dalam Botol masih Anu Dalam Botol. Pengarah kena cari jalan untuk keluarkan anu dalam botol dan sumbatkan ke mulut audience! –Ghaus dan Ruby masih digambarkan lemas dalam adegan marah dan sayang-rajuk dan rindu. Perlu ada babak-babak kick in the ass!


Hanya bila Ruby bertemu dengan ayahnya (lakonan Jalil Hamid) semacam ada punch to the mood. (aku yang mengantuk tiba-tiba segar semula) And what a beautiful dialogue they two deliver!

Dan kemudian the story took a turn bila Ruby bertemu dengan Dania Danielle. (or Diana Danielle?) Diana walaupun gadis kampong, tapi boleh tahan pandai menggoda. Tak padan yang kampungnya!



Ruby terlalu serius makes u wonder kenapa Diana boleh jatuh cinta dengan lelaki murung macam ni?

Dan jika Johan berkhawin dengan gadis bawah umur dalam Khurafat, Ruby juga mengikut jejak langkahnya dengan menghawini Diana (nama karakter tak ingat) yang sama bawah umur.

Di hari perkhawinan Ruby dan Diana, Ghaus tiba-tiba muncul untuk merosakkan program.

Dia datang dan bagi botol berisi dot dot dot pada Normah Damanhuri sebagai bukti kepondanan Ruby. Damn u Ghaus!


Ogy masuk kebilik Diana ketika gadis itu sedang bersiap sedia membetulkan maskaranya. Dalam adegan yang kritikal, tanda dialog dan hanya pergerakan fizikal yang rakus. Ogy ‘ memberitahu’ anaknya Diana yang Ruby telah tiada kemaluan dan tak guna untuk menghawini lelaki seperti itu. One of the define acting in the movie. Khir Rahman takkan dapat apply acting begini jika dia tidak menonton filem-filem Perancis.


Sementara Ruby yang lari dari berkhawin, menumpang teksi untuk pulang kekota. Pemandu teksi itu adalah anak Mak Limah dalam filem Hantu Mak Limah Pulang Kerumah. Lewat malam mereka sampai dikota, tanda kota yang penuh dengan kegelapan. Mana Ruby dapat duit untuk bayar pada pemandu teksi itu? Itulah teka teki yang harus dijawab untuk penonton ketika bangkit dari kerusi dan meninggalkan pawagam.


Mana Ruby ambik duit nak bayar pemandu teksi itu? Dan tirai pun dilabuhkan.

“Itu je?” Jerit seseorang dari belakang bila credit title tamat. Aku pun menoleh, ianya seorang perempuan yang menonton solo.


Aku terasa mahu ketawa. Dia bertanya dengan nada yang kuat hingga hampir seisi pawagam boleh mendengarnya.


Aku pun terasa benda yang sama, tapi aku takde kederat untuk bertanya”itu je?’ seperti dia. Dia memang seorang yang berani.dan benar persoalannya itu. Itu je? Dia, macam aku juga mengharapkan akan ada liku-liku yang boleh dipanjangkan dalam konflik Ruby dan dunia barunya itu. Tapi tiada.


Dari segi jalan cerita, Anu dalam Botol boleh dikira straightforward. Dan bagi sesetengah penonton ianya terlalu mudah, sedangkan aku rasa conflictnya boleh dipanjangkan lagi. The end is too easy.


Dialognya santai dan bersahaja. Dan sudah tentu ianya lebih baik dari filem-filem Syamsul Yusof. Kita jangan lupa disebalik kontroversinya bahawa Raja Azmi juga adalah seorang penulis novel.

Khir Rahman, sebagai pengarah tahu apa yang dia buat dan tahu kekuataan yang dia ada untuk membawa filem itu lari dari mood cliché filem-filem drama tempatan yang sedia ada. Gaya editing membezakan Anu Dalam Botol dengan filem-filem temporari tempatan yang lain…….


Atau mungkin muzik dalam Anu Dalam Botol yang membuatkannya grand?. Bravo pada producer kerana berani spend duit untuk muzik yang membawa kelainan dalam filem ini.


Jadi apa genre Anu dalam Botol? Drama? Horror? Comedy? Gay movie? Aku lebih suka melihatnya sebagai psychology thriller. Ya bagi aku filem ini ada potensi untuk bergerak kearah genre itu., tapi endingnya sedikit menyimpang dari apa yang aku harapnya. All in all it just a gay drama movie.


Entah macam mana babak yang mencuit hati aku(babak kegemaran) ialaha ketika Ruby dan ibunya masuk ke dewan serbaguna kampong. Ditepi badminton court ada beberapa kanak-kanak sedang bermain badminton. entah mengapa aku rasa ini adalah babak paling 'jujur' dalam filem ini.. It’s a very typical Banting-lite kinda view. The kind I expect to watch if u shoot in Banting. And also very Sidek’s family kinda shot ,of which Raja Azmi is partly one of the member of the family. Well, sekurang-kurangnya bukan Rashid Sidek yang main badminton kat situ.....



Kalau kau suka Anu Dalam Botol, cuba tonton My beautiful Boxer, Dilwalee Dulhaniya le Jayengge(pengantin perempuan Dibawa Lari), Crying Game atau err…..Boogie Nights.

5 comments:

syahrulfikri said...

si raja azmi berjanji kalu cite ni gagal dlm pawagam dia akan berhenti buat filem... bila aku dgr statement dia camtu, aku berjanji takkan tgk movie ni kat pawagam...

ryann said...

kenapa Dilwalee Dulhaniya le Jayengge..haha

saat omar said...

Pengantin "perempuan" dibawa lari lol

MOLOKO said...

Bro- did you notice Wan Raja aka Ghoush tuh batchmate aku? bia budak Fashion yang grade sama dengan aku..aku kan terlewat satu sem..

dude lama ye hang belajaq kat Uitm hampir 20 tahun yang lalu..chaitttt ini orang!haha

saat omar said...

satu batch dgn hang ka? patut ah cam pernah tgk....patutlah boleh menjiwai watak lol.