Tuesday, March 15, 2011

Lat Kampung Boy


Dot Dot dot Dalam Botol? Kenapa kita tak berterus terang je? Anu Dalam Botol? come on, kenapa kita tak frank sahaja? Its Punai dalam Botol ok.

Or Kote Dalam Botol. Kenapa nak sembunyi-sembunyi? Hina sangat ke perkataan kotey tu? Kenapa kita perlu biased denga anggota tubuh badan kita sendiri?

Hikayat Merung Mahawangsa? Segan aih aku nak tengok Khir Rahman berlakon tak pakai baju. Aku pulak yang naik malu.

Aku tak kisah menonton Black Swan untuk kali ketiga pun kalau aku nak menonton wayang.

Ok Lat Kampung Boy. Mungkin aku patut menulis tentang ini sebab semalam aku tengok teater ini. Aku tengok free.

Aku sepatutnya membawa emak menonton Lat Kampung Boy di Istana Budaya. If that so that would be her first Istana Budaya experience. Tapi akhirnya emak menolak. Dia seorang nenek yang lebih suka berdamping dengan cucunya lebih dari. Dan selepas menonton Lat Kampung Bpy kukira ianya bukanlah satu idea yang baik untuk bawak mak yang dah 70tahun itu; Teater itu bermula 8.45 dan berakhir pukul 12.20! Letih kejung mak aku tu menunggu dalam dewan tu.

Ok where to begin?

Pukul 7 aku gerak dari rumah(ye ianya membuatkan aku miss sembahyang maghrib)

Sampai ke Istana Budaya ponggong aku lebur, hancur dan leper. Lat punya pasal aku gagahkan juga.

Sampai Istana Budaya, ruang legar penuh sesak dengan manusia. Manusia yang nak tengok teater sebab dapat tiket free.

Kami dapat tiket tingkat atas. Bila masuk kedalam auditorium semua pakat gayat "Eh gayatnya!kata aku. Yang peliknya setiap kali menonton teater kat Istana Budaya aku akan dapat seat ini. Dan setiap kali itu juga aku akan complaint benda yang sama. "Eh gayatnya". Aku bukannya seorang sahaja yang complaint gayat, ada dua tiga lagi suara yang mengadu gayat bila menjejakkan kaki dalam aduitorium tingkat tiga ni.


Aku duduk belakang Fifi.Nice seat.

Hans Isaac dan Harith Iskandar muncul didepan audience memberi sepatah kata dua. Kami pun bertepuk tangan. Pukul 8.45 persembahan bermula.

Nyanyi punya nyanyi dan lagu demi lagu. Tarian demi tarian. Dan nyanyi lagi Bercakap tentang muzikal, the best muzikal Ive ever heard adalah Diploma Showcase my own students years back. lagu-lagu dicipta oleh Hafiz Askiak. Sehingga sekarang kalau tanya Hafiz, apakah karyanya yang paling baik, dia akan mengatakan Selendang Jiwa.

Kemudian nyanyi lagi. tarian lagi. beberapa karakter yang kita kenal dalam kartunnya mula muncul. Kami bertepuk tangan lagi. Aku suka rumah Lat;its a work of art(sebab dah memang art pun)


Bila Awie muncul akulah orang pertama yang menjerit "Husin!" (dan diikuti dengan orang lain.

Pukul 10.30 intermission.Diluar takde popcorn. Sebab takut tempat duduk aku diambik, aku tak bergerak walau pundit-pundi kencing aku meronta untuk kencing.

Pak Agi bangun dari tempat duduk dan bersalam dengan aku.

“Pak Agi pernah kerja dengan Samad Ismail?”Tanya aku membuka bicara.

“Eh pernah!” jawab dia.

“Dia memang garang macam tu ke?” Tanya aku lagi.

“Mencarut!”jawab Pak Agi dan aku terus ketawa.

“semua orang takut dengan dia ya?”

“Tun Razak pun takut dengan dia!”

“Wow”

“Lim Kuan Yew pun takut dengan dia!”

“Wow” jajwab aku. Dalam diam aku menyimpan cita-cita untuk berkerja dengan Samad Ismail. People like that, rare stuff.

Persembahan disambung. Lat di England. Lat kembali dirumah. Nyanyi nyanyi. Menari dan menari.

Pada babak-babak sentimental yang menyentuh hati aku Nampak Fifi mengambil sapu tangan dan mengelap anak matanya. Aku pun tersentuh juga;ah makin tua dan bila ada keluarga ni babak-babak hubungan ayah dan anak memang touching.

Bila show tamat, aku hanya sempat bangun ketika Awie mengumumkan dato Lat ada among the audience. Yang lebih tak larat nak tepuk banyak-banyak, mata dah kayu, dah ngantuk.


Overall, without being too critical I would say that Lat Kampung Boy the musical is impressive work. How good? its so good that with all the effort, energy, idea, spirit, aku berjanji takkan memperkecilkan Hans Isaac dan Harith Iskandar lagi.



1 comment:

SHAH MOLOKO said...

aku tengok the making of this muzikal teater kat Astro primaje dude..kerja..kerja..kerja..