Thursday, March 10, 2011

babak Kegemaran Dalam Filem # 5: Deckard's Balcony






Giorgio De Chirico's


Ini adalah satu lagi babak mudah yang merubah segala struktur filem ini.ianya boleh dilihat dengan pendekatan yang sama melalui babak Voigh Komff test Rachel yang aku paparkan sebelum ini.

kebanyakan filem, termasuklah Hollywood (terutama mainstream Hollywood movie) hanya berkisar dan memenetingkan development cerita dan characther, sehingga mereka lupa kebolehan set, landskap dan surrounding view untuk bercerita. dan bukan sahaja untuk bercerita tetapi untuk create mood.

Babak ini mudah, Deckard (Harrison Ford) baru berdepan dengan Rachel (Sean Young) yang cuba menafikan dia adalah Replicant, robot. Rachel cuba meyakinkan Deckard yang dia mempunyai memori semasa kanak-kanak. Dan Deckard pula cuba meyakinkan Rachel bahawa memori itu sebenarnya diambil dari sepupu Tyrell, pencipta mereka.

Rachel merajuk dan beredar, sementara Deckard seperti typical American hero hanya akan minum arak untuk melegakan perasaan simpatinya kerana baru sahaja memberitahu seorang awek bahawa dia bukanlah manusia sejati.

Kemudian Deckard memandang keluar balkoni dan melihat kesesakan lalu lintas. What a beautiful view there is! Itu sahaja. Dan ini adalah antara babak kegemaran aku dalam filem ini(antara yang banyak)

karakter yang melihat kecelah tingkap lantas mengingatkan aku pada Captain Benjamin Willard ( Martin Sheen) dalam the sublime Apocalypse Now. Bila dia berkata "Saigon, Shit!" Tapi bezanya Captain Benjamin dan Deckard ialah Captain itu benci pada pemandangan diluar, dan dia lebih suka terperuk didalam biliknya dan berlawan dengan cermin. Sementara Deckard pula menikmati pemandangan Los Angeles 2019.

babak ini penting kerana ianya babak yang menampakkan perspektif. Ianya mungkin the only scene yang memaparkan perspektif dalam Blade runner, yang mana adalah satu pendekatan penting dalam filem yang bermain dengan set dan ketinggian yang nyata.

Bercakap tentang perspektif, seperti yang ktia tahu perspektif adalah antara great invention by Renaissance period. ianya antara titik temu lukisan dan lukisan kejutureraan. Tanpa bangunan dan struktur, perspektif drawing seperti Parallel Perspektif takkan wujud. Jika sudut pandangan Perspektif drawing adalah lambang kemajuan tamadun barat, ianya selari dengan keseluruhan konsep dan idea disebalik filem ini.A statement against classical invention and idea or a definition on the term?
Bila robot sesempurna manusia dicipta yang lebih hebat dari manusia ciptaan tuhan itu sendiri, aku lebih suka melihatnya sebagai reaksi pada perkembangan Renaissance itu sendiri. Hey Renaissance itu sendiri bermakna kelahiran semula.

tapi perspektif dalam babak ini tak jelas. Vanishing pointnya tak jelas. Tanpa kedudukan Vanishing Point yang jelas ianya hanya menunjukkan misteri 'feeling'.Dan seperti yang aku katakan sebelum ini, the mysterious feeling yang ditimbulkan itulah yang menarik aku pada filem ini. Cuba lihat persamaan babak ini dengan dua lukisan Giorgio Di Chirico diatas.
Chirico of course is being associated with Surrealism art. Dan yang membezakannya dengan French Surrealism pula adalah idea metaphysical paintingnya.

xxxxxx

Kenapa Deckard menjenguk keluar?Takde specific reason sebenarnya. dia hanya menikmati pandangan. Kalau aku tinggal di pangsapuri yang tinggi, ini jugalah yang akan aku lakukan. Tinggal dirumah yang macam kotak merimaskan aku. AKu sentiasa mahu tinggal ditepi lebuhraya supaya aku dapat melihat kenderaan bertali arus. Aku hidup di zaman moden dan itulah pemandangan yang aku akan nikmati untuk merasakan aku 'tinggal dizaman moden'.
Kebanyakan filem tak mahu untuk menggunakan kelebihan tinggal dirumah tinggi. Seingat aku banyak filem Yusof Haslam, era Sembilu, karakternya selalu tinggal di Hotel/rumah pangsapuri. Tapi mereka tak pernah sekali pun menyelak langsir untuk melihat pemandangan luar.


kalau kita tinggal ditingkat atas, kita kena tunjukkan pada penonton setinggi mana kita tinggal. Ini mengingatkan aku pada kata-kata seorang lelaki handsome. katanya kalau pada babak pertama nampak senapang tergantung atas dinding, babak kedua haruslah digunakan senapang itu untuk menembak seseorang;jika tidak, tak guna senapang itu tergantung.
babak ini lebih kurang macam tulah juga :)

1 comment:

MOLOKO said...

Detail betul understanding hang kat filem nie. No wonderlah hang menontonnya almost everyday dude- bits by bits..