Tuesday, March 8, 2011

Babak Kegemaran Dalam Filem # 4: Rachel's Voight-kompff Test Scene.






Ini sebuah babak yang mudah. Tapi Ridley Scott dan crew melakukannya dengan pendekatan yang berbeza thus effectnya kepada penonton(particular aku) adalah gambaran sesuatu yang lebih mendalam.


Ini adalah babak Rachel's Voight-Kompff test ,atau menurut wikipedia Blade Runner Sun scene.

Dalam babak awal ini, Deckard melakukan Voight-Kompff pada Rachel, yang tak tahu dia Replicant.


Too bright in here” Jawab Deckard dan Rachel ‘menutup langsir ” ditepi bangunan dan cahaya sekitar pun berubah. Dihujung pemadangan horizontal yang tak ada penghujungnya dan juga matahari 'akhir zaman" yang kudus dan tandus.


Tak banyak babak dalam filem dimana pengarah begitu menitik beratkan tentang landskap dan surrounding scenery, dimana perubahan watak atau karakter padanya mengubah keseluruhan babak.


Kalau dalam filem tempatan bayangkan babak ini ; Tuan rumah didatangi oleh tetamu. Mereka duduk berbual diruang tamu , kemudian tuan rumah suruh isterinya buka tingkap kerana nak bagi angin atau cahaya masuk. Itu babak yang jarang kita lihat, bukan sahaja dalam filem/drama tempatan tetapi juga filem Orang Putih.


Kebanyakan pengarah hanya tertumpu pada watak dan jalan cerita sahaja.

dalam Blade Runner Ridley Scott mahu lebih dari itu, ia mahu set menjadi sebahagian karakter dan penceritaan dalam filem.

. Babak ini bukanlah satu-satunya unsure kekaguman terhadap set ditunjukkan. Ianya istimewa kerana berlaku perubahan setting dan landskap. Dan yang lain satu, ianya berubah gerakan aktviti manusia.(bila Rachel switch the langsir off)

Blade Runner selalu dihubungkaitkan dengan postmodern-etika. Ini mungkin merujuk pada settingnya mencantumkan classical period setting dan juga mood) dengan modern deco.


Lampu dan cahaya memberi kesan yang kuat pada perkembangan Enlightment di eropah dan Amerika. Penciptaan mentol dan lightbulb adalah kemuncaknya. Bagi sesetengah manusia termasuk aku, mentol (lampung dll) adalah antara ciptaan manusia paling berfaedah(selain dari bahasa dan roda) .Tiada lagi takut pada malam!

Dagi segi ekonomi juga ianya memberi kesan pada US untuk menjadi teraju utama dunia. Had Russian created mentol , it would be a different things. Ssetengah org mungkin berkata yang kalau itu berlaku, Komunis tak wujud di Russia.Ok yang ni aku hanya bergurau.


Jadi bila karakter bermain dengan kesan perubahan cahaya dalam babak semudah ini, ianya bermain dengan sejarah perkembangan tamadun dunia sendiri.


Ada juga beberapa kisah menarik berkisar tentang pengamatan peribadi yang boleh aku sandarkan tentang cahaya dan lampu itu. Generasi yang membesar dengan lampu gasoline is dying. Ada beberapa org kawan aku juga tak pernah merasa bergelap tanpa lampu elektrik pada waktu malam.Diaorang org KL.


Aku ingat lagi pada waktu itu, awal 80an tak semua rumah di Malaysia ada eletrik. Dirumah Opah aku diKampung Gajah, setiap malam kami memakai lampu picit untuk kerumah Tok Ya menonton tv-charge-baterinya . Dan setiap kali waktu senja opah akan mengepam lampu gasoline dua tiga bijik.

Aku masih ingat lagi ketika Senja tiba, kami akan berebut untuk menutup tingkap. dan pada waktu malanya pula duduk dalam ketakutan kerana kegelapan.Diluar takut ular, takut kaki skodeng dan juga takut orang pecah rumah.


Well, like the movie said, All Those moments will be lost in time like…tears in the rain.


(bersambung)