Wednesday, March 2, 2011

Dari Braveheart ke Kings Speech



“Edward Longshanks is the most ruthless king of England "kata Robert the Bruce dalam Braveheart. Pendapat itu mungkin meragukan kerapa beberapa dekad kemudian muncul Henry ke 8. Tapi bukan itu yang aku nak higlightkan disini.

Aku nak mencari titik temu antara BraveHeart dan Kings Speech, hottest movie now(hanya kerana ia memenangi Best film di Oscar 2011)



Braveheart dimulai dengan monologue berikut "I shall tell you about William Wallace. Historian of England will tell Im a liar. But histories are written by those who hang heroes"

Prolog mudah yang dapat menjelaskan segala-galanya.

Braveheart sebagai sebuah filem, jarang dikatakan sebagai filem terpenting.ianya tak dilihat sebagai filem yang define the 90s seperti Pulp Fiction dll lagi.
Bagi aku Hollywood hanya malu mengakui kehebatan Mel Gibson. Dia dikatakan Anti Yahudi. Bukan sahaja kerana rentetan dana nya yang seakan mencadangkan Jesus Christ mati sebab lobi instead of that gabenor of Roman. Dan England? bagaimana.
jadi journalist American dan england secara diam-diam meminggir .Apocalyto is a fun work, if not great. Tetapi filem itu gagal mendapat tempat dihati peminat. gagal dilobi mendapat ulasan yang baik dari pengkritik.

Dan selepas kejadian Mel Gibson ditahan mabuk dan menggelarkan polis wanita itu sebagai sugar tits(whatta fuck is that?) dan mengutuk Yahudi sebagai penyebab segala peperangan didunia, namanya jatuh dan terus jatuh.
Dan kemudian nama Mel Gibson sebagai pengarah dan pelakon berbakat pun turut tenggelam dimata Hollywood dan America.He never recover since.

takde Braveheart takde Gladiator(filem yang mengalahkan Crouching Tiger Hidden Dragon itu).
Takde Braveheart takde 300.
tanpa Braveheart tiada Troy.
Tanpa Braveheart tiada Clash of the Titans.
dan countless other medieval fight movie.

takde Braveheart takde revival of sword and sandal movie didekad 00 ini.ye like pirates movie, genre Sword and Sandal dah mati diHolywood. Mel Gibson kembalikan genre itu dengan nafas dan viloence baru.

Walaupun genre itu telah lama wujud .ya dari Spartacus ke Ben Hur,tapi Braveheart memberi mengembalikan genre itu seperti Pirates of Carribean mengembalikn genre pirates movies .



Didekad ini seakan ada nafas baru untuk menghidupkan kisah-kisah raja England. Ianya bermula dengan The Queen, The Other Bolyen Girl dan yang terbaru sudahlah tentu Kings Speech.

Bagaimanakah filem-filem ini berbeza dengan Braveheart adalah sesuatu yang menarik untuk kita lihat(ewah-ewah skemanya bahasa)

Jika Braveheart menggambarkan Raja England yang jahat, kejam Kings Speech pula mengisahkan raja England yang sweet, cute dan. Dia hanya mencarut pada dirinya sendiri bila dia cuba berlatih cakap laju. Setakat yang ditonjolkan oleh Kings Speech hanya itulah kenakalan.


Seperti kita tahu Braveheart ditulis oleh orang Scotland dan diarahkan oleh Mel Gibson seorang Aussie.

Dan Kings Speech? Kau gogglelah sendiri. Sehingga kini sesetengah scholar English masih tak dapat memaafkan Mel Gibson kerana dengan bobroknya menggambarkan King Edward sebagai raja zalim.

Mungkin Kings Speech, The Queen, Elizabeth adalah idea generasi baru untuk melawan imej nakal Raja England yang dipaparkan melalui Braveheart itu?

Nah sekarang King Speech sudahpun memenangi Oscar in Best Picute tahun 2011. Maka ianya equal dengan Braveheart kan? Yang juga memenangi Best Picture pada tahun 1996.

Ah aku dan teori huduh aku.

King George ke lima dalam Kings Speech adalah seorang raja yang mesra rakyat. Dalam Kings Speech musuh utama rajanya bukanlah pemberontak Scotland ataupun Ireland ataupun Tungku Abdul Rahman, tetapi musuh utama beliau adalah dirinya sendiri. Ketibak bolehan dia untuk bercakap didepan orang kerana gagap. Betapa harmlessnya manusia sebegitu. Oh betapa baik dan anifnya raja England ketika itu.
Dia juga seorang bapa yang penyayang. Sayangkan monarchinya.
Ketika Hitler berucap dalam televisyen dengan penuh semangat dia hanya duduk dirumah berteman dengan anak-anak gadisnya (Elisabeth antaranya) dan berasa terpesona dengan ucapan lelaki gila itu.
“What hes talking dad?”
“I don’t know but must be something interesting”katanya.
(sign that King George takkan menjadi macam Hitler kerana dia tak pandai dan tak boleh berucap macam itu)

King Geogre V1 jauh dari Edward Longshangs.

Dan tanpa raja yang jahat lelaki macho dan rebel (baca Mad Max)macam Mel Gibson kini ibarat pemberontak yang takde gigi.

Hollywood dan Britain mahu kita melihat raja mereka yang baik, tidak berkeupayaan ,segan, rasa rendah diri dan itulah yang kita dapat dengan menonton Kings Speech.

2 comments:

MOLOKO said...

Betullah tuh apa yang hang tulis most of it..

Apocalypto_ bagi aku it has its own charmed & awe momentnya. & the OSTby RAHAT FATEH ALI KHAN..

Braveheart- scene last 'FOR FREEDOM!!!!'still grips me..

saat omar said...

ye aku pun rasa Mel Gibson excellent sebagai director.

Tapi bila bercakap tentang Mel Gibson, he will always be Mad Max to me. Loner yang sanggup buat apa saja untuk mendapat minyak.