Monday, February 28, 2011

Kuiz Filem Melayu # 2

1) Dalam filem MR Os, Os mengamuk dalam pesawat sebab pramugari gagal mendapatkan makanan yang dipesannya. Apakah makanan yang dipesan oleh Mr Os?


2)Siapakah boyfriend Azean Erdawati dalam filem Mama Oh Mama?

3) Hanya 2 orang anak-anak Haji Shaaban yang masih belum menjalankan tugas membalas dendam akibat kematian ayah mereka dalam filem Matinya Seorang Patriot. Selain dari Zulkifli Zain siapakah lagi seorang yang gagal menjalankan tugas itu.

4)Filem debut Isma Alif?

5)Dalam filem Tiada Esok Bagimu, Noor Kumalasari dilahirkan kembar dan dipisahkan dari orang tua asalnya kerana dikatakan sebagai anak sial. Noor Kumalasari dibela oleh Jins Shamsudin sementara kembar lelakinya dibela oleh seorang paderi. SIapakah pelakon lelaki yang melakonkan watak kembar Noor Kumalasari ituew?

6) Apakah nama watak penjahat yang dilakunkan oleh Raja Ismail dalam filem Da Di Du?

7)Siapakah lelaki yang digunakan sebagai cina buta untuk Dharma Harun Al Rashid berkhawin semula dengan isterinya Noreen Noor dalam filem Talak?

8) Hamid Gurkha menjadi Yang Berhormat dalam filem AKu yang berhormat setelah mengalahkan Yang Berhormat yang lama. Siapakah yang menjadi Yang Berhormat yang pertama?

9)Apakah filem pertama terbitan Julie Dahlan?

10)Apakah nama makcik yang Zaleha ajak untuk menonton wayang bersamanya?

No comments: