Tuesday, January 4, 2011


ya, aku bekerja di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik dan Kreatif dan Teknologi Artistik. Tapi kadang-kadang bila orang tanya dinama aku bekerja aku malas nak cakap nama tu.

Panjang sangat. Lagipun bunyinya hebat sangat, padahal biasa-biasa je.

Apa kata kalau orang tanya "What is so technology about creativity?" Aku tak tahu nak jawab apa.

Kalau balik kampung biasanya soalan ini akan orang tanya.
"Kerja kat mana sekarang?"
Aku akan jawab Puncak Perdana.
Kalau orang tanya kerja di fakulti mana, aku akan jawab juga di Puncak Perdana.
Biasanya orang akan diam walau dahinya berkerut.
Tapi sesetengah orang yang nakkan kepastian mereka akan tanya lagi nama fakulti. Sebab mereka tahu Fakulti Puncak Perdana bukanlah satu nama fakulti.
Dan aku akan jawab Fakulti Seni Persembahan.

That will shut their mouth!

Kalau dia tak puas hati lagi dia akan tanya lagi.
"Fakulti mana kau kerja ni?"
Dan aku akan jawab "TEKA"
"Teka? macamana nak teka, banyak sangat fakulti kat situ"
"FACT"
"Memanglah itu fact, banyak fakulti kat sana tu. cakaplah fakulti mana?"
Aku akan surrender "fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik dan Kreatif dan Teknologi Artistik dan Creativiti dan Sains"

Tapi mereka tak tanya sampai macam tu.
Kebanyakannya akan diam bila aku kata Fakulti Puncak Perdana.

tapi kebanyakan masa orang tak tanya pun kau kerja mana. Dimana orang lain kerja bukanlah subjek kegemaran mereka.

2 comments:

MOLOKO said...

until today..aku pun kurang selesa when people ask me, abaout my job or where do i work now..mungkin bila satu hari bila dah ada bisnes sendiri or own a shop or something, then I will become eager to tell people about my current job or state*

saat omar said...

aku faham Shah...