Thursday, January 6, 2011


“Kau mengajar subjek apa?” Tanya seorang kawan. Muka dia nakal.Dia seakan mahu menguji aku.

Aku faham soalan itu. Ianya berbunyi; kau lecturer? Kau tak nampak macam lecturer pun.

Lol. Dia pelajar Accountant. Dia percaya seorang pensyarah itu harus memakai tai, naik kereta besar dan Nampak bijak dan main golf.

Well to tell u the truth nak jadi lecturer tak memerlukan kau untuk bijak. Kau cuma perlu rajin, dan bernasib baik sedikit. Juga perlu baca Time magazine seminggu sekali dan berminat dengan nama-nama perempuan yang tidur dengan Picasso. Aku minat semua benda tu. Orang lain tak.

Aku pun cakap “Aku ajar Philosophy of Accountancy in Postmodern society”

“huh?” Dia teperanjat.

“Lyotard not really a bad person like people made him out yea”

Mukanya berubah. “Ada ke subjek macam tu? “Tanya dia lagi.

“Taklah” jawab aku ketawa “ Aku main-main je”

Dia turut ketawa.

“Actually aku specialize in Middle Eastern conflict dan aku ajar subject Make Learning Cultural of Palestine to make a benefit for Jerusalem

Dia senyum. Tapi sebenarnya dia masih keliru.

“takdelah…aku ajar Konferensi.Dan aku handle benda-benda macam praktikal student. Carikan diaorang punya tempat. Baca report diaorang dan prepare legal suit kalau berlaku kes kes sexual harassment”

“Ohhh….ajar Konferensi ek?”

“ya ajar konferensi.”

Ajar-konferensi. Kasi bunyinya gempak sikit.



2 comments:

SHAH MOLOKO said...

Ko memang pakar manipulator perkataan boombastik..anyway sounds wicked bro..subject yang ko claimed ko ajar tuh*

p/s; dude dvd inception(blue ray copy) sold out kat amcorp mall, stress saye...

saat omar said...

Beli kat Amazon lah...blue ray lagi.

perkataan paling boombastik adalah boombastik...