Sunday, January 9, 2011


Manusia moden terikat pada dedikasi pada kerja mereka. Mereka seharusnya bangun pagi dan berharap kerja yang mereka lakukan akan mengubah masyarakat.
Mereka seharusnya bangun pagi dan berharap agar kerja yang mereka lakukan memberi inspirasi dan idea baru pada masyarakat.
We are servant of god and society.

Seorang ahli bomba patut berharap agar setiap hari ada saja bangunan yang terbakar supaya dia boleh beraksi memadam dari terus duduk dipejabat.

Seorang tukang gali kubur berharap agar makin ramai manusia mati supaya dia boleh beraksi dan mendapat upah dari menggali kubur.

Seorang pemandu bas berharap agar bas yang dipandunya bergerak dalam keadaan selamat sampai ketempat yang dituju.

We are servant of god and society.

Tapi berapa kerat manusia moden yang puas hati dengan kerja mereka?

Apa kerja paling stress didunia? Kau tak perlu menonton Astro untuk tahu tentang ini. Menurut Harith Iskandar, antara job paling stress di Malaysia adalah nurse dan cikgu.

Ah cikgu! Ada benarnya tentang itu.
Bila aku ingat balik kenangan dibangku sekolah, aku yakin bahawa kerja itu menakutkan. Ada seorang cikgu aku yang setiap kali ada kelas bersamanya, dia akan berjalan memandang kelantai. Wajahnya suram. Dia seolah-olah tak berdaya lansung untuk berjalan.

Itu satu. Belum lagi aku ceritakan tentang ustazah yang pelajar-pelajar lain(bukan aku) gelar sebagai Undertaker. Oh memamg mukanya pale sedikit, itu benar. Badannya kurus dan kecil. Makeupnya tebal. Aku ingat lagi hari pertama dia dalam kelas, dia seorang yang mudah tersenyum. Tapi murid-murid yang nakal lansung buat tak tahu dia mengajar didepan pentas. Hari itu dia balik dengan wajah yang penuh kecewa. Sedih dia cuba mengajar anak watan tapi tak diberi perhatian. Malahan dia sendiri kena buli.

Keesokan harinya karakter Ustazah ini berubah.

Dia mula menjadi tegas dan membenci pelajarnya sendiri. Dan bila itu berlaku pelajar pun makin ligat membencinya. Bila aku ingatkan ustazah ini, aku rasa amat simpati. What she have doen to deserved that? Dia mungkin menceburi bidang perguruan kerana niatnya baik untuk mengajar anak bangsa.(well since dia Ustazah sudah tentu dia tak expect mengajar Cina dan India right?)

Aku bukan simpati pada Ustazah Undertaker itu sahaja, tapi aku bersimpati pada semua cikgu yang terpaksa rasa torture, takut, geram, benci setiap kali melangkah masuk kedalam kelas.

Pelajar sekolah walaupun tak semua tapi ada yang teruk . Aku bersyukur aku tak jadi cikgu dan mengajar sekolah menengah. Kalau aku jadi cikgu, rasanya aku pun akan jadi gila melayan kerenah budak-budak yang tak makan saman tu. Worse come to worse aku akan jadi suicide bomber dan meletupkan kesemua pelajar tegar itu ketika dalam kelas jasmani.

Mereka-mereka yang nakal dan hardcore ini patut dihantar kepulau dan diberikan pisau, parang, bom, rambit untuk berbunuh sesama sendiri. Ya, macam filem Battle Royale itu.

Untuk sessi pertama kelas murid-murid perlu diminta untuk memilih senjata yang mereka suka.
"Ok murid-murid. Dihadapan saya ini ada pisau, kerambit, bom tangan, pistol dan gigi palsu. Pilih yang mana satu"

1 comment:

MOLOKO said...

Kerja paling stress di dunia ialah operator air traffic control. Kerja mak pun stress nok- memenuhi kehendak manusia, & perlu senyum, walau di ambang stress- now that's stress!