Monday, January 24, 2011

Kelas Seni Visual. Part One.

Aku bukak cerita history. Dari Lukisan Altamera Spain ke Romantism. Dari Leonardo Da Vinci yang ada anak ikan ke Gustave Courbet yang tak percaya Tuhan.

Akhirnya selepas Cezanne aku singgah ke Van Gogh.
"Siapa pernah dengar nama van gogh?"
takde seorang pun mengangkat tangan.
Aku pun tunjuk painting Van Gogh.
"Pernah tengok work-work ni tak?"
Tak seorang pun angkat tangan.
Aku tak kecewa. Only special people saja yang notice important work of art ni. Ehem ehem.

Kemudian aku bercerita panjang tentang Van Gogh.
Aku cerita apa yang berlaku sebelum Van Gogh. Aku cerita tentang betapa hebatnya Rembrant dan Vermeer dan bagaimana Holland hampir-hampir nak beat Spain difinal World Cup 2010 tempohhari.
Aku cerita betapa Van Gogh ni takdelah hensem sangat orangnya. tapi dia suka lukis diri sendiri.
Seorang yang sedikit kasar.Dan lambat memulakan karier dalam painting.
betapa sepanjang umur hidupnya dia ada 2 ribu painting.
betapa sepanjang itu hanya 2 terjual ketika hayatnya masih hidup.
pada hujung-hujung hayatnya dia melukis 3 painting sehari.

Betapa dia depressed sebab karyanya tak terjual . Dan bukan itu saja, Van Gogh depressed kerana bapak kekasih hatinya menolak percintaan mereka. Betapa dia juga depressed kerana Paul Gaugain yang dianggap kawan baiknya mengkritik palitan berusnya pada lukisan Sunflower. Lelaki macho yang melukis bunga Matahari bukanlah Jaafar Onn.

Kecewa dengan dunia akhirnya Van Goh menjadi gila. maaf, separuh gila. Dia dimasukkan ke hospital.

Dan akhirnya dengan penuh dramatik aku ceritakan bagaimana dia menyisihkan dirinya dari masyarakat lalu dia mengambil gunting baju dan menggunting telinganya sendiri.
Dan kemudian dia menulis tentang itu semua pada adiknya yang setia Theo.
Dan kemudian Theo bergegas mendapatkan abangnya itu yang akhirnya mati diatas ribanya.

Satu kelas tergamam. Mereka terlopong.

Aku tak sure mereka terlopong sebab ngeri dengar Van Gogh potong telinga sendiri ataupun sebab tak faham apa yang aku cakapkan.



its a routine every semester dan aku suka melihat mereka ternganga. Makin diaorang keliru makin diaorang nampak cute.

4 comments:

syahrulfikri said...

u had me at leonardo da vinci ada anak ikan...

saat omar said...

Adaaaaa....katanya pembantu peribadi

MOLOKO said...

Martin Scorsese pernah played as Van Gogh. Akira Kurasawa punya filem. Betul tak dude?

saat omar said...

ya betul.short film i think