Sunday, November 7, 2010

estet


The timing couldnt be more perfect. Esok Deepavali dan hari ini aku menonton Estet.

Didalam panggung wayang ada sepuluh orang dan popcorn ini terasa manis sekali.

Selepas tamat aku pun keluar. The verdict?
Best comedy film? maybe.
Best director? more likely.
.......But best film? I dont think so.



Sebelum Kru brothers dan Syamsul Yusuf, Mamat Khalid adalah director paling intense local production ever had. Apa yang Mamat Khalid nak semua dia dapat.
"Aku nak orang jahat yang misainya melintang sampai ke sideburn"
Mamat Khalid dapat.
"Aku nak tarian ala-ala citrawarna sambil usung kain bendera Malaysia"
Mamat Khalid dapat.
"Aku nak akrobat action sequence dari lelaki yang boleh flip badannya"
Mamat Khalid dapat.
"Aku nak penari Michael Jackson jadi gol keeper"
Mamat Khalid.
"Aku nak negro dengan mata juling!"
"Negor ada Mamat , tapi yang juling takde"
"Takpe kita CGIkan matanya"
Mamat Khalid dapat.
Mamat Khalid boleh dapat apa yang dia nak.....Instead he pick Rosyam Noor.

Estet dibuat dengan penuh wawasan memenuhi agenda 1Malaysia. tapi disalahertikan dengan lawak-lawak pondan, lelaki yang pakai baju pink, lawak mata kero, lawak Shaolin Soccer dan juga lawak estet.

tapi masih....ianya sebuah filem yang lebih lucu dari Myspy.
But best film? I have no idea kenapa semua orang predict this movie will win best film. Aku tak boleh bayangkan filem ini diletakkan sebaris dengan filem-filem yang telah menang Best filem di FFM seperti Matinya Seorang Patriot, Perempuan Isteri dan .... dll.

Ada beberapa scene yang menarik. terutama pada babak awal ketika di balai polis(?) ada potret Hassan Mutalib dalam hitam putih. babak itu mencadangkan agar perjalanan seterusnya, (ataupun filem ini) harus dibaca dan bukan sahaja dilayan lawak-lawaknya. ianya sudah tentu mencadangkan bahawa, pengkritik filem sedang memerhatikan setiap gerak geri pelakon.

tapi babak yabng aku suka adalah babak paling ganas dalam filem ini; ketika Ghandi (atau Khandi?) mabuk disebuah kedai yang penuh dengan lelaki-lelaki mabuk todi (atau samsu?).
Gelas plastik diikat dengan rantai besi .thats a rare view of estate yang outsider macam aku nak lihat(bukannya Rosyam Noor main bola terbongkok-bongkok ya) . Kalau ada banyak scene yang macam ini, Estet will have my full support to be best film.



Aku suka watak Farid. Aku membesar disebuah kampung yang tak jauh darinya ada estet kecil. Memang ada Melayu yang lebih akrab dengan orang Indian dari berkawan dengan Melayu sendiri. Dia main bola dengan orang India, bekerja dengan orang India dan kehulu kehilir dengan orang India.

Selain dari itu Estet sesak nafas kerana cubaan Mamat Khalid untuk membuat penonton ketawa dengan lawak-lawan yang dipinjam dari pelawak kegemaran kita juga;Stephen Chow Sing Chi.

7 comments:

Jef Hadi said...

wah!

lepas layan rebiu mengangkat filem ni, akhirnya gua dapat satu perspektif baru.

menarik!

p.s- bercambah niat gua nak tengok filem ni.

saat omar said...

sastraboy, cubalah tengok, mana tahu kau suka ke....
lagi best kalau kau belum tgk Shaolin soccer lol.

suka tak suka tak penting, yang penting kena support jugak sebab hari tu aku tgk wayang 2-3 ekor kerat je yg turun.

ryann said...

teringat dlm newspaper ahad 2 minggu lepas. panshah punya statement menyatakan sebenarnya tiada filem yg mencapai standard untuk diberikan anugerah filem terbaik. tapi kena beri jugak. kalau betul2 takde lebih baik takyah beri ye tak.

saat omar said...

yes Ryan..kontroversi FFM ni aku rasa sebab pemenang tu diberi duit. next year cuba bagi hadiah tanpa wang saguhati, tengok orang complaint or not.

estet memang ada potensi untuk jadi filem serius yang baik. Tapi mamat Khalid macam akur dengan kehendak lawak-lawak macam tu.

SHAH MOLOKO said...

Saat-

I miss you dude..

divakampung said...

suka baca komentar kamu....boleh belajar sesuatu!

saat omar said...

Moloko....is everything ok there?

ty diva..selamat hari raya haji